CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditangkap Ketika Sedap Berasmara

7-10-2013 10:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8910| Komen: 22

Description: Teluk Intan - Seorang Lelaki Tempatan Yang Asyik Memadu Asmara Bersama Seorang Wanita Di Sebuah Hotel Murah Di Jalan Raja Terkejut Apabila Diserbu Sekumpulan Anggotajabatan Imigresen Cawangan Teluk In ...


TELUK INTAN - Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota  Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi,  malam kelmarin.

Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.

"Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di  hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka  dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.

Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.

“Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.

“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini  ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 4-10-2013 08:00 PM
Hahaha ......profession tertua didunia
Quote dani-rox 4-10-2013 08:02 PM
mengeho'oh


dah berkali nampak perkataan nih kat CI tp ai mesti tergelak

cemana agaknye sebutan nye yg sebenar
Quote the_killer 4-10-2013 08:03 PM
dani-rox posted on 4-10-2013 08:02 PM
dah berkali nampak perkataan nih kat CI tp ai mesti tergelak

cemana agaknye sebutan nye ...

hang tanya pyropura
Quote merlinjb 4-10-2013 08:15 PM
macam2......
Quote DianKdeja 4-10-2013 08:17 PM
Sempat dok peluh jantan keluar
Quote Decaffeinated 4-10-2013 09:56 PM
masalahnya sebab tiada proper papers kan?...

nak mengeho'oh tu sendiri sedaplah...

Quote Decaffeinated 4-10-2013 09:58 PM
DianKdeja posted on 4-10-2013 08:17 PM
Sempat dok peluh jantan keluar

aku pulak nak tanya benda ni prepaid ka postpaid?...

kalau postpaid... silap2 dpt sedap free ja...



Quote Anakdesa 4-10-2013 10:01 PM
Ummah melayu lagike???
Quote purpledesire 4-10-2013 10:05 PM
apalah nak jadik ngan dieorg nie..kalo dah tak tahan, nikah la..kalo takde duit, puasa la..
Quote jengkoil 4-10-2013 10:08 PM
pempuan tu marah penguatkuasa sebab x sempat inzal dah kena rush..
Quote koondoor 4-10-2013 10:17 PM
Hahahaha potong sungguh. Kesian abang tu bil air masih tertangguh.
Quote schababe 7-10-2013 03:01 PM
hahaha..xdan nak on kah???
Quote nurul_akmar 7-10-2013 03:43 PM
dah la wat salah. maki org plak tu. mmg trend ye skang?
Quote ancoi 7-10-2013 03:44 PM
bnde yg puas sekejap je...nikah lah kn senang
Quote -electrifying- 7-10-2013 03:55 PM
wahh ptong stim je, tgh sdap2 an. kah3
Quote Loxlaxman 7-10-2013 04:00 PM
Ho'oh...ho'oh...ho'ohlah ......
Quote maza 7-10-2013 04:02 PM
crutttttt... sana sini
aderkkk....
Quote AraBellaJuan87 7-10-2013 04:50 PM
jengkoil: pempuan tu marah penguatkuasa sebab x sempat inzal dah kena rush..


Kahkahkahkah~

Sengal lah hang ni pun!
Quote gaara_X 7-10-2013 04:54 PM
hebat.....sedang dok sedap kena ambush..adoyai....

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.124376 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top