CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Saya Berbangga Dengan Usia Sekarang" - Ziana Zain

16-10-2013 09:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20551| Komen: 18

Description: Hadir Dengan Wajah Polos Tanpa Sebarang Solekan, Siti Roziana Zain Atau Lebih Dikenali Dengan Panggilan Ziana Zain Tetap Memiliki Pesona Yang Tersendiri. Bukan Senang Untuk Mendapatkan Diva Pop Pujaan ...


Hadir dengan wajah polos tanpa sebarang solekan, Siti Roziana Zain atau lebih dikenali dengan panggilan Ziana Zain tetap memiliki pesona yang tersendiri. Bukan senang untuk mendapatkan diva pop pujaan ramai ribuan peminat ini. Al-maklumlah, semenjak bergelar duta pelbagai prouk termasuk duta bagi produk Safi Rania Diamond, Ziana Zain begitu sibuk mengikuti rangka promosi seluruh negara.

TIDAK TERASA DIRI TUA
“Ya! Saya sudah 45 tahun dan begitu berbangga dengan usia saya. Tidak pernah merungut bahawa diri ini tua. Apabila berada dalam bidang ini, sedikit pun saya tidak pernah perasan akan perubahan usia saya.

Sejak kecil, ayah didik supaya saya berpenampilan menarik dan kemas. Jadi sehingga saya mempunyai empat orang cahaya mata pun, saya masih terbiasa dengan keadaan itu. Cantik saya untuk diri sendiri dan juga suami. Saya sangat menitik beratkan soal kekemasan. Suami saya, Armin Zahrin tidak terlalu particular seperti saya. Biasanya anak-anak akan merujuk kepada saya dahulu dalam soal pemakaian.

AMAL  AWET MUDA
“Syukur Ya Allah kerana saya masih lagi diberikan kesihatan yang baik dan diberikan rupa paras yang cukup sempurna. Orang kata saya awet muda. Mungkin awet muda ini memang keturunan. Mak dan ayah saya juga kelihatan muda walaupun sudah berusia. Apa yang kita makan dan pakai dapat menyerlahkan lagi penampilan serta kecantikan diri. Saya begitu menjaga pemakanan serta kecantikan seawal usia belasan tahun lagi. Paling penting adalah hati. Hati perlu bersih dan selalu berfikiran positif. Jangan sesekali busuk hati dengan orang lain. Kawal emosi amarah dan sentiasa reda. Hati yang tenang dan ikhlas akan terpancar pada wajah.

Untuk dalaman, saya mengamalkan pemakanan tambahan produk saya sendiri iaitu B.Lift dan juga rawatan kecantikan wajah dari Safi Rania Diamond. Dalam soal pemakanan, saya lebihkan makan daging putih, buah-buahan serta sayur-sayuran.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote HannahMontana 14-10-2013 08:35 PM
ziana zain sgt pembersih.
Quote -electrifying- 16-10-2013 11:46 AM
tp bdn montok lgi kan
Quote yusryimran 16-10-2013 12:05 PM
lawanya muka hakak ziana.. body tetap mcm dulu malah lagi lawa..
Quote famri7 16-10-2013 12:37 PM
zaman muda


zaman tua + jlo-ish
Quote arek 16-10-2013 04:35 PM
mana gambar
Quote tripple_M 17-10-2013 12:02 AM
makan daging putih??
daging hapekah???
<<<trus mai aura negatif dlm pala
Quote adawiyah_hakim 17-10-2013 07:34 AM
menten jek kak Ziana ni..
bumper dia mmg daya penarik... melentik!
Quote R.A.M.A_mirror 17-10-2013 08:01 AM
ala..skunk ade pake pad kt montot tue..montok la t montot die.. hihi
Quote aminsaniah 17-10-2013 08:32 AM
tripple_M posted on 17-10-2013 12:02 AM
makan daging putih??
daging hapekah???

daging putih tu cthnya ayam, ikan
Quote yayah8989 17-10-2013 08:43 AM
cantikkk gojessss
Quote yanasan21 17-10-2013 09:24 AM
lawa ka ziana ni..low profile.....
Quote nuralisa 17-10-2013 10:23 AM
tripple_M: makan daging putih??daging hapekah???<<<trus mai aura negatif dlm pala


bnyak sgt aura negatif dlm badan ko..hindar2 kan..
Quote wanitajelita 17-10-2013 11:24 AM
harap-harap dia berpakaian sesuai dgn umur ya... bukan feeling 16 tahun
Quote amyainsamad 17-10-2013 03:04 PM
cun sgt.....
Quote timahterung 18-10-2013 10:13 PM
HannahMontana posted on 14-10-2013 08:35 PM
ziana zain sgt pembersih.

Betulkah??
Quote timahterung 18-10-2013 10:14 PM
famri7 posted on 16-10-2013 12:37 PM
zaman muda

zaman muda tu pakai rambut pelesu ke?? Boleh pulak pegi sekolah pakai rambut palsu yek??
Quote famri7 19-10-2013 07:55 AM
timahterung posted on 18-10-2013 10:14 PM
zaman muda tu pakai rambut pelesu ke?? Boleh pulak pegi sekolah pakai rambut palsu yek??

rambut jiana jin menggerbang ok.cam mak2 lampir camtu..
Quote supernaturalee 26-10-2013 12:15 PM
nantikan konserat ziana begabung dgn alumni filem sembilu - awie & erra
di istana budaya

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063991 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top