CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

'Kami Tak Mahu Pindah!' Rumah Kena Roboh

24-10-2013 03:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14704| Komen: 106

Description: Kuala Lumpur - Operasi Perobohan Rumah Di Kampung Chubadak Tambahan Kecoh Apabila Terdapat Penghuni Yang Enggan Keluar Dari Kediaman Mereka Bagi Memberi Laluan Kepada Penguatkuasa Dewan Bandaraya


KUALA LUMPUR - Operasi perobohan rumah di Kampung Chubadak Tambahan kecoh apabila terdapat penghuni yang enggan keluar dari kediaman mereka bagi memberi laluan kepada penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan tugas mereka.
        
Difahamkan operasi perobohan sepatutnya dijalankan pada 17 September lalu setelah notis pengosongan tapak diberikan kepada penghuni.
        
Bagaimanapun, mereka (penghuni) mendakwa mempunyai surat perintah mahkamah membenarkan mereka tinggal sementara di situ.
        
Dalam operasi yang diadakan semalam, salah seorang penduduk dilihat menutup pintu sebagai protes tindakan perobohan tersebut, sebelum anggota penguatkuasa DBKL menendangnya.
        
Keadaan itu membuatkan penghuni berkenaan berang lalu berlaku pergelutan di antaranya dengan penguatkuasa berkenaan, termasuk salah seorang penghuni warga emas yang menghalang tindakan diteruskan.
        
Bagaimanapun situasi itu terkawal dengan kehadiran pihak polis dan penghuni diberi masa sejam untuk mengosongkan rumah mereka.
        
Tidak pernah ada hitam putih
        
Penduduk yang rumahnya dirobohkan, Mahwiah Daud, 55, berkata, dia kecewa dengan tindakan berkenaan kerana dia sekeluarga bersama beberapa penduduk lain dalam proses mendapatkan keputusan mahkamah setelah dalam usaha mendapatkan hak pampasan yang sewajarnya.
        
Menurutnya, tindakan pihak pemaju yang tidak turun bersemuka berbincang termasuk tiada surat hitam putih dalam urusan pemberian pampasan membuatkan mereka enggan berpindah.
        
“Asalnya dijanjikan pampasan RM50,000, namun tiada hitam putih. Begitu juga dengan wang perpindahan RM7,000, tiada hitam putih. Kami ditawarkan satu unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun ia tidak mencukupi untuk kami.
        
“Pihak pemaju pernah berjanji mulut jika kami tidak mahu pindah ke PPR, mereka bersedia menanggung kos bayaran sewa RM400 sebulan untuk mana-mana kediaman yang mahu dihuni.
        
Namun itu juga tiada hitam putih,” katanya kepada Sinar Harian.
        
Mahwiah yang tinggal bersama suami, Abdul Hamid Saad, 60, serta anak dan cucunya mendakwa, turut mengalami kerugian disebabkan terdapat barangan dalam rumah yang tidak dikeluarkan  pihak berkuasa.
        
“Mereka datang tanpa berunding. Mereka keluarkan barang namun ada yang masih tertinggal, kami kerugian lebih RM20,000,” katanya.
        
Penduduk enggan kerjasama
        
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Kampung Chubadak Tambahan, Ramli Ahmad, 44, berkata, isu pemindahan kira-kira 700 keluarga di situ bermula sejak beberapa tahun lalu, di mana kawasan kampung dikosongkan secara berperingkat.
        
Menurutnya, terdapat maklumat berhubung jumlah pampasan yang diberi, namun tidak sama rata membuatkan ada penduduk yang enggan memberi kerjasama ditambah pula tiada surat hitam putih dikeluarkan.
        
Setiausaha Badan Bertindak Surau Ikhlasiah, Zaini Abdullah, 41, pula mendakwa, sebelum ini tanah berkenaan adalah milik pemaju namun diserahkan semula kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) bagi memudahkan urusan pengosongan tapak.
        
Pemaju sebelum ini telah ambil tindakan mahkamah, tetapi mereka gagal mendapatkan tanah ini apabila keputusan mahkamah berpihak kepada penduduk. Kini geran diserah kepada agensi kerajaan.
        
Saya tak setuju tindakan ini dan telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong bulan lalu,” katanya.
        
Diminta kosong untuk bina PPR
        
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan pengosongan beberapa bidang tanah di situ adalah untuk memberi laluan kepada PPR di mana penduduk akan dipindahkan semula di kediaman yang baru dibangunkan.
        
Projek Kerajaan Persekutuan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu adalah cadangan pembangunan satu blok Pangsapuri Kos Rendah 26 tingkat (500 unit) serta satu blok 5 tingkat tempat letak kereta.
        
Ia diluluskan pada 7 Mac 2012 dan sepatutnya kerja-kerja pembinaannya bermula pada 1 November 2012 dan siap pada 31 Oktober 2014.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdsMsia 24-10-2013 11:23 AM
rumah tanah tumpang
pun ada astro jugak nooooo
Quote alepmama 24-10-2013 11:27 AM
kelakarr juga adanya tajuk thread ini
Quote tapibukanaku 24-10-2013 11:28 AM
alepmama posted on 24-10-2013 11:27 AM
kelakarr juga adanya tajuk thread ini

khenn? kat sini selalu jadi kebakaran.
kadang2 sabotaj je tu...

Quote tapibukanaku 24-10-2013 11:28 AM
AdsMsia posted on 24-10-2013 11:23 AM
rumah tanah tumpang
pun ada astro jugak nooooo

bukan setakat astro, kereta bersusun

Quote purpledesire 24-10-2013 11:30 AM
tetiba teringatkan sorg member yg dok kat kg chubadak nie..apa kabar la dia skang..huhuu

Quote exowl 24-10-2013 11:33 AM
tapibukanaku posted on 24-10-2013 03:28 AM
bukan setakat astro, kereta bersusun

tau xpe. kete bersusun pdhal garaj dpn umah pon xde.
dorg ni kaya je sbnrnye tp nk tanah free. sbb tu xnk pindah
Quote tapibukanaku 24-10-2013 11:36 AM
purpledesire posted on 24-10-2013 11:30 AM
tetiba teringatkan sorg member yg dok kat kg chubadak nie..apa kabar la dia skang..huhuu

sihat kot..mungkin da kaya raya jugak tu.


Quote iszaura 24-10-2013 11:37 AM
tanah tue sape punya??????
Quote tapibukanaku 24-10-2013 11:37 AM
exowl posted on 24-10-2013 11:33 AM
tau xpe. kete bersusun pdhal garaj dpn umah pon xde.
dorg ni kaya je sbnrnye tp nk tanah free. s ...

tu yg parking sesak sgt kat sana.

Quote purpledesire 24-10-2013 11:38 AM
tapibukanaku posted on 24-10-2013 11:36 AM
sihat kot..mungkin da kaya raya jugak tu.

heheee..amin..
sbb bila baca berita terus teringat kat member sorg tu..
Quote akies 24-10-2013 11:39 AM
ni rumah setinggan ke?
diorang nak fight pe? tuntut pampasan?
Quote tapibukanaku 24-10-2013 11:44 AM
iszaura posted on 24-10-2013 11:37 AM
tanah tue sape punya??????

tanah rizab kot

Quote tapibukanaku 24-10-2013 11:46 AM
akies posted on 24-10-2013 11:39 AM
ni rumah setinggan ke?
diorang nak fight pe? tuntut pampasan?

setinggan lah ni. mungkin pampasan dari pemaju kot

Quote cammie1711 24-10-2013 12:24 PM
Penduduk yang rumahnya dirobohkan, Mahwiah Daud, 55, berkata, dia kecewa dengan tindakan berkenaan kerana dia sekeluarga bersama beberapa penduduk lain dalam proses mendapatkan keputusan mahkamah setelah dalam usaha mendapatkan hak pampasan yang sewajarnya.


Hak pampasan yang sewajarnya tu brapa makcik?? 1juta, 2 juta???
melampau pulak ek. Dah la menumpang kat tanah orang
dah bagi notis pun x reti2 nak pindah
pastu menggelupur, mintak macam2.
alasan xdek hitam putih. puihhh
tak payah nk bagi alasan sgt
dh menumpang buat cara menumpang,
org bagi notis, sila pindah dgn cara terhormat
skg ni rumah dh kena roboh, nak duduk mana??
tagih simpati kt org ramai la ek





Quote BotakChinPeng 24-10-2013 12:35 PM
iszaura posted on 24-10-2013 11:37 AM
tanah tue sape punya??????

jkptg
jabatan ketua pengarah tanah dan galian
Quote BotakChinPeng 24-10-2013 12:36 PM
Suku minang ek
Quote dragger 24-10-2013 12:41 PM
tu belah tanah setinggan tu..

dorang ni stok ketegar takmo pindah2..

padahal dah bg notis pun.. dorang saje wat deekk je..

org bagi rumah tu amik je la.. bangang bebeno nak fight kejadahnye

Quote PICes_Boy 24-10-2013 12:44 PM
mentaliti setinggan menbawak ke pprt pasni lpas pindah..semua nak free
Quote Modngengade 24-10-2013 12:45 PM
mereka tak nak ditempatkan di pprt  sebab porumer CI selalu mengutuk kaum felda dan pprt nih...

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.068287 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top