CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lisdawati Tidak Tolak Tawaran Berlakon Yang Memaksanya Buka Tudung

1-11-2013 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 23387| Komen: 101

Description: Rambut Saya Tak Akan Dilihat Oleh Sesiapa. Kalau Ada Drama-Drama Yang Keluar Di Kaca Televisyen Sekarang Nampak Saya Tidak Bertudung, Itu Adalah Drama-Drama Saya Sebelum Berhijab. Untuk Tidak Mengelir ...
Lisdawati kini telah tampil dengan imej yang lebih sopan dan ayu bertudung.


Lisdawati Tidak Tolak Tawaran Berlakon Yang Memaksanya Buka Tudung
Berikutan isu itu, Lisdawati  telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa tiada sesiapa boleh melihat rambutnya selepas ini.

Kenyataan itu salah. Sebenarnya ada maksud yang tersirat dan tersembunyi. Tetapi bila cara penulisan itu salah,  jadi orang akan fikir, saya akan buka tudung kalau pengarah suruh. Akan tetapi, semua itu tidak benar.

Kalau dah pakai tudung, pakailah terus. Mana ada istilah buka balik. Kenyataan itu saya tak boleh jelaskan.

Rambut saya tak akan dilihat oleh sesiapa. Kalau ada drama-drama yang keluar di kaca televisyen sekarang nampak saya tidak bertudung, itu adalah drama-drama saya sebelum berhijab. Untuk tidak mengelirukan, sebenarnya saya masih ada beberapa drama dan telemovie yang masih belum ditayangkan sebelum saya bertudung.



Mengulas lebih lanjut mengenai soal pemakaian hijab dan lakonan, dramatis ini akui merasa terkejut apabila melihat drama lakonan terbarunya Ogos lepas.

Menurut Lisdawati, penggambaran drama tersebut telah berjalan sejak setahun lalu dan tidak menyangka ia baru ditayangkan pada tahun ini.

Kalau nak tahu, amat mengejutkan apabila drama terbaru saya masa Hari Merdeka baru-baru ini adalah drama yang saya shoot pada tahun lepas. Dah setahun, baru keluar. Jadi, saya harap penonton faham dengan situasi itu.

Kalau boleh, saya nak drama-drama yang saya shoot sebelum berhijab itu ditayangkan pada tahun ini juga. Jadi, untuk tahun hadapan, biarlah semuanya keluar dengan imej terbaru, supaya tidak akan berlaku salah faham lagi.


Beralih kepada soal gosip terbaru yang melibatkan suaminya, Fauzi Nawawi bersama bekas pelajar Akademi Fantasia, Noni, pelakon wanita tersebut akui lebih selesa untuk memandang perkara itu daripada sudut yang positif.

Bagi Lisdawati, suaminya hanyalah seorang yang peramah dan disebabkan keramahannya, ramai pihak yang telah salah anggap sehingga menimbulkan gosip-gosip tidak berasas seperti itu.

Apa pun, untuk semua peminat Lisdawati dan Fauzi Nawawi, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto menarik mereka sekitar pelancaran butik online Didie Alias, HITHAM petang semalam.



Bagus

Marah
4

Terkejut

Sedih

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teky 1-11-2013 09:09 AM
bagus la berhijab... kalo bleh tinggalkan terus donia hiburan yg penuh pancaroba dan fitnah ni
Quote sapp73 1-11-2013 09:11 AM
baguslah kalau betul-betul istiqamah....tapi gambar fauzi tersengih tu memang tak boleh blah...terserlah kegatalannya
Quote nuryakmal 1-11-2013 09:13 AM
Rambut tutup dada bila lagik...

In b4 statement makcik lindungan kaabah tak bace gossip

Quote mass_mirza 1-11-2013 09:16 AM
bila tgk muka fauzi sentiasa nampak cam muka miang.... tak pun muka jahat..... terpengaruh dgn lakonan dia ler nie...
Quote reenz013 1-11-2013 09:19 AM
elokla berhijab sepenuhnyer..x mcm pelakon yg nikah 2x tu
Quote lady_bonia 1-11-2013 09:20 AM
mass_mirza posted on 1-11-2013 09:16 AM
bila tgk muka fauzi sentiasa nampak cam muka miang.... tak pun muka jahat..... terpengaruh dgn lakon ...

Ala...si fauzi ni kalau bawak watak miang..jahat...memang sesuai.sangat la..
Quote amyainsamad 1-11-2013 09:20 AM
bagusla...jgn bukak2
Quote lady_bonia 1-11-2013 09:22 AM
reenz013 posted on 1-11-2013 09:19 AM
elokla berhijab sepenuhnyer..x mcm pelakon yg nikah 2x tu

Kenape dengan pelakon tu? Hihihi...
Quote drlinda08 1-11-2013 09:23 AM
reenz013 posted on 1-11-2013 09:19 AM
elokla berhijab sepenuhnyer..x mcm pelakon yg nikah 2x tu

sape ?
Quote tomet05 1-11-2013 09:24 AM
ttinggalkan semua donia nih
Quote drlinda08 1-11-2013 09:25 AM
btw bagusla.. minat lakonan lisdawati ni.
yg paling best n ingat sampai skrg lakonan dia dlm cite matahari, slot drama ptg2
heronye fahrin ahmad. best sgt.
Quote reenz013 1-11-2013 09:25 AM
lady_bonia posted on 1-11-2013 09:22 AM
Kenape dengan pelakon tu? Hihihi...

kan katanyer if ada tawaran suh bukak tudung time berlakon dia akan bukak...katanyerlah...ce baca kt thread dia tu

Quote Dadadi 1-11-2013 09:30 AM
istiqamah la ye lisda...
Quote mitnick 1-11-2013 09:43 AM
kesian.. isteri da berusaha nak jadi lbh baik, tapi lakinya... no komen
Quote rosasa 1-11-2013 09:45 AM
ok.noted.
Quote dr.R 1-11-2013 09:45 AM
Pernah tertengok drama baru dia tu yang berlakon isteri kepada Azhan Rani dan madunya Faradhiya tu, rambut memang tak nampak tapi bila pakai serkup nampak la juga anak-anak rambut dia termasuk leher jinjangnya masa adegan kat rumah tu.
Quote mizmini 1-11-2013 09:47 AM
oo laki dia peramah orangnya
Quote nurfariezza 1-11-2013 09:50 AM
pening ble bce statement artis ni...
klu jd artis ni mmg bole ckp putar belit ea..kjap ckp 2...kjap ckp ni..
Quote kajol77 1-11-2013 09:51 AM
dr.R posted on 1-11-2013 09:45 AM
Pernah tertengok drama baru dia tu yang berlakon isteri kepada Azhan Rani dan madunya Faradhiya tu,  ...

cerita derhaka seorang madu...maybe masa shooting citer ni dia masih tak hertudung kot..

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.289927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top