CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Kenderaan Lihat artikel

500 Unit Honda Jazz Petrol Disasar Dijual Sebulan

12-11-2013 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5502| Komen: 17

Description: Honda Malaysia Menyasar Untuk Menjual 500 Unit Model Ckd Yang Baru Dilancarkan, Honda Jazz Petrol, Dalam Sebulan, Kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Yoichiro Ueno.


HONDA Malaysia menyasar untuk menjual 500 unit model CKD yang baru dilancarkan, Honda Jazz Petrol, dalam sebulan, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Yoichiro Ueno.

Ueno berkata sasaran berkenaan berdasarkan kepada permintaan semasa daripada pelanggan terutama pasaran sasarannya, termasuk graduan baru dan eksekutif muda.

"Ia merupakan kereta komponen terurai (CKD) pertama dalam sejarah Honda Malaysia yang di bawah RM75,000.

"Harganya RM74,800, atas jalan, dengan insurans.

"Bayaran bulanan serendah RM755, berdasarkan unjuran 90 peratus pinjaman dalam tempoh sembilan tahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kereta berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata pengeluaran Honda Jazz Petrol CKD adalah selaras dengan hala tuju global Honda meningkatkan kos daya saing bagi menyediakan produk nilai jenama yang tinggi pada harga yang berpatutan.   

Ueno berkata Honda yakin model baharu berkenaan akan memacu sasaran jualannya sebelum ini sebanyak 64,000 unit bagi tahun ini.

"Dengan sokongan daripada pusat pembangunan dan penyelidikan baru kami, kami akan meningkatkan kandungan tempatan kami.

"Dengan 64 pengedar Honda di bandar raya utama dan pekan, kami yakin jualan yang tinggi dan pelanggan yang meningkat juga akan disokong dengan bertambahnya rangkaian pusat 3S (jualan, penyenggaraan dan alat ganti) kami dan and 4S," katanya.

Honda Jazz Petrol berkenaan didatangkan dalam empat warna iaitu putih, metalik perak, metalik perang dan hitam. - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 11-7-2013 03:46 PM
gila mabok murahhhh!!!...tak laku laaa tu
Quote ss8384 11-7-2013 08:42 PM
Bukan asal murah je x laku..ada spec yg diorang kurangkan tau..
Quote xpdckelate 12-7-2013 08:20 AM
sesuai utk golongan muda yang baru nak membina kerjaya,nampak bergaya dan harga pun ok,hu2
Quote alifdalmim 12-7-2013 12:48 PM
ss8384 posted on 11-7-2013 08:42 PM
Bukan asal murah je x laku..ada spec yg diorang kurangkan tau..

Apa bezanya dengan Honda Jazz sebelum ni... apa spec yg dia kurangkan??
Quote ss8384 12-7-2013 02:35 PM
alifdalmim posted on 12-7-2013 12:48 PM
Apa bezanya dengan Honda Jazz sebelum ni... apa spec yg dia kurangkan??

g buat researce lh.. spec pon laen..
Quote tok_hoi 12-7-2013 05:01 PM
boleh baca sini http://paultan.org/2013/07/11/honda-jazz-ckd-launched-malaysia/

30%-40% menggunakan local parts..safety features dual airbag..EBD..VSA..Brake Assist masih ada...lelain baca kat abang paultan tu...
Quote mofisa 12-7-2013 07:04 PM
lbeh kurang sama je..apesal la kau lambat keluar...huhuhu..time teringin dulu 100k lebih.
Quote otai_g 12-7-2013 07:13 PM
honda jazz hibrid pun br 90k. so mmg patut la honda kazz petrol ni harga around 70k.

tp apa harga pun naya la org yg da beli kete. x kan nak tmbh hutang... kat msia beli kete ikat 9 tahun...
Quote maryman 13-7-2013 10:24 AM
sesuai untuk anak2 mudah yang baru nak membina kerjaya .. bergaya dan murah
Quote dragger 13-7-2013 11:04 PM
igt dulu membe aku beli jazz 1.5,, tapi 1st model.. bukan iVTEC, yg jenis VTEC punye (import Thailand), harga RM100k tu

pkai 3 tahun jer.. pastu jual.. pasal tak laju

Quote tok_hoi 14-7-2013 04:08 PM
duduk kat labuan or langkawi..baru rm36k jer..kuikuikui...


Last edited by tok_hoi on 14-7-2013 04:11 PM

Quote krayolan 16-7-2013 02:51 PM
Siot murah....nak Honda Jazz atau tunggu Vios 2013???
Quote noobchan 28-7-2013 05:27 PM
Jazz CKD la berbaloi
Quote bumblebee77 29-7-2013 10:28 PM
jadi competitor swift......
Quote dragger 30-7-2013 12:49 AM
ini je cara nak buatkan kereta tu murah

guna local parts dgn local assembly

dah kurang bau2 jepun
Quote ss8384 30-7-2013 02:46 AM
Dh namanye ckd..pepaham sendiri lh..mcm civic fb yg letest gak..g lh test drive huhuhu... Mmg low spec n quality.
Quote ss8384 30-7-2013 02:48 AM
Klau korng rasa nk lg bebaloi g lh bel saga flx @preve huhuhuhu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.343175 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top