CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 13 Tahun Maut Sawan Ketika Memukat!

2-12-2013 11:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3624| Komen: 8

Description: Kejadian Itu Berlaku Kira-Kira Pukul 8 Pagi Hari Ini Ketika Mohammad Ikram Kassim, 13, Pergi Ke Bendang Itu Untuk Mengangkat Pukat Yang Dipasangnya Petang Semalam.

Gambar hiasan


MARANG - Hasrat seorang pelajar menghabiskan cuti persekolahan dengan menahan pukat untuk menangkap ikan berakhir dengan tragedi setelah ditemui lemas di dalam bendang di Kampung Baruh, di sini.


Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi hari ini ketika Mohammad Ikram Kassim, 13, pergi ke bendang itu untuk mengangkat pukat yang dipasangnya petang semalam.


Bapa pelajar itu, Kassim Mohd Adam, 57, berkata, anaknya keluar untuk melihat hasil tangkapannya pagi ini bersama-sama dua lagi rakannya.


Ketika sedang mengangkat pukat yang telah dipasang, anak keenam daripada tujuh beradik itu diserang penyakit sawan dan rebah ke dalam bendang yang dipenuhi air.


"Anak saya sanggup berjalan kaki kira-kira satu kilometer dari rumah untuk menangkap ikan, biasanya saya juga akan mengikut anak menahan pukat di bendang.


"Namun tahun ini saya tidak berkesempatan berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya tengah hari ini.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AdsMsia 2-12-2013 01:21 AM
cehhhhh
dia dulu dah
hahaha

sawan apakah ini ?
Quote tongkatwaran75 2-12-2013 01:38 AM
takpe...aku leh tutup thread nih...
bagi laluan kat hang...
Quote keraskhejong 2-12-2013 08:46 AM
aktiviti biasa pd musim tengkujuh di pantai timur
lebih2 lg tempat yg bnyak sungai atau alur

al-fatihah
Quote purpledesire 2-12-2013 08:50 AM
Innalillah..takziah pada keluarga mangsa..
Quote shysari 2-12-2013 09:02 AM
Rasanya ni kes ke 2 meninggal akibat sawan this week... Takziah..
Quote gaara_X 2-12-2013 09:02 AM
dah rezeki dia cam tue.....
Quote amyainsamad 2-12-2013 09:03 AM
takziah..........
Quote yayah8989 2-12-2013 09:54 AM
innalillahhh ramai lak berita kematian masuk bulan disember ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.143581 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top