CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Meninjau Tempat Banjir

5-12-2013 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6728| Komen: 33

Description: Saya Akan Bertolak Ke Pahang Untuk Menjenguk Keadaan Banjir Di Kuantan, Rompin Dan Pekan Sebentar Lagi. Doakan Semuanya Selamat," Katanya Yang Dipetik Dari Laman Mikro Twitternya, Sebentar Tadi.
SHAH ALAM - Selepas merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bergegas ke Pahang bagi meninjau keadaan banjir di sana.

"Saya akan bertolak ke Pahang untuk menjenguk keadaan banjir di Kuantan, Rompin dan Pekan sebentar lagi. Doakan semuanya selamat," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Pahang antara negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak awal minggu ini.
Sehingga semalam, banjir di negeri itu telah meragut satu nyawa, Mohamed Alif Khalid, 21, yang dijumpai lemas di Sungai Kampung Sepial, Kuala Tembeling, Jerantut.

Sementara itu, dua beranak, Jamal Ali, 40-an, Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pekan dan  anak lelakinya yang dikenali sebagai Megat, berusia belasan tahun, hilang apabila terjatuh ke dalam air semasa memindahkan barang di Perkampungan Sungai Isap kira-kira jam 8.30 malam tadi.


15

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
6

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berun 5-12-2013 12:44 PM
BANTUAN YANG DI MAKSUDKAN....................


Banjir: KDN mahu tambah bot, pacuan empat roda


KUANTAN - Kementerian Dalam Negeri bercadang menambah bilangan bot dan kenderaan pacuan empat roda yang diagih kepada pihak berkuasa di negeri yang kerap dilanda banjir, bagi memudahkan operasi menyelamat.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dilihat menjadi keperluan yang meruncing ketika musim banjir.

"Kita juga akan mengubah suai kenderaan seperti trak yang sedia ada supaya boleh diguna di kawasan yang teruk dilanda banjir memandangkan kenderaan biasa tidak boleh diguna ketika operasi menyelamat dan memindahkan mangsa," katanya kepada pemberita, di sini semalam.   

Terdahulu beliau mendengar taklimat operasi banjir oleh pasukan keselamatan dan pihak berkuasa berkaitan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan yang turut dihadiri Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.

Wan Junaidi juga dibawa melawat pusat pemindahan banjir di Sungai Isap di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata cadangan itu akan dibentang di kabinet
secepat mungkin.

Jumlah bot dan kenderaan yang diperlukan akan ditentukan selepas kementerian menerima laporan daripada pasukan keselamatan dan pihak berkuasa yang berkaitan, katanya.
Quote freebird 5-12-2013 12:48 PM
berun posted on 5-12-2013 12:44 PM
BANTUAN YANG DI MAKSUDKAN....................
Kementerian Dalam Negeri bercadang menambah bilangan bot dan kenderaan pacuan empat roda yang diagih kepada pihak berkuasa di negeri yang kerap dilanda banjir, bagi memudahkan operasi menyelamat
baru cadangan...tahun depan bincang...
bila beli, 1 4WD harga 1 juta....perodua kembara...
Quote berun 5-12-2013 12:51 PM
freebird posted on 5-12-2013 12:48 PM
baru cadangan...tahun depan bincang...
bila beli, 1 4WD harga 1 juta....perodua kembara...



PRO DUA
Quote hawaq 5-12-2013 01:39 PM
freebird posted on 5-12-2013 12:48 PM
baru cadangan...tahun depan bincang...
bila beli, 1 4WD harga 1 juta....perodua kembara...

perodua kalu mmg peyno menyirap la

ambik proton arena la

ala2 mcm 4wd gak
Quote siti_kus 5-12-2013 01:46 PM
go najib go jenguk2 je tau
Quote sunfizz 5-12-2013 01:55 PM
celah bedah mana kat artikel tu yg cakap pasal BRIM ni......
Quote MissMamamia75 5-12-2013 01:57 PM
berun posted on 5-12-2013 12:44 PM
BANTUAN YANG DI MAKSUDKAN....................

skit2 nak beli baru...
guna je trak askar yg byk ada tu...masa ni lah nak berkhidmat pd rakyat jelata..
Quote kakicomel88 5-12-2013 02:02 PM
Bile ek BR1M 3.0 diberikan ? Off topik jap
Quote vv2005 5-12-2013 02:13 PM
kakicomel88 posted on 5-12-2013 02:02 PM
Bile ek BR1M 3.0 diberikan ? Off topik jap

ko dapat ke
Quote sahamboi 5-12-2013 02:15 PM
freebird posted on 5-12-2013 12:48 PM
baru cadangan...tahun depan bincang...
bila beli, 1 4WD harga 1 juta....perodua kembara...

Kembara harga 1 juta sebab spec dah lain... ni kembara boleh terbang, jadi bot dan menyelam. Dilengkapi juga dengan radar waze dan mempunyai gergaji elektrik. Bumbung dilengkapi dengan tangga bergerak.

Tak caya... tunggu...
Quote kakicomel88 5-12-2013 02:17 PM
vv2005 posted on 5-12-2013 02:13 PM
ko dapat ke

of course dapat
hehehe... kalo x dpt x tanya ... kekekeke
Quote noraidil_06 5-12-2013 02:18 PM
freebird posted on 5-12-2013 12:48 PM
baru cadangan...tahun depan bincang...
bila beli, 1 4WD harga 1 juta....perodua kembara...

Dah jd mcm indon. Cadang x abis2.
Quote berun 5-12-2013 02:24 PM
vv2005 posted on 5-12-2013 02:13 PM
ko dapat ke

pendapat saya la... masa2 susah ni la bg bantuan BR1M BROM BR2M BRUM.. baru la nampak nak membantu... bukan time undi je baru nk bg bantuan.... nmpak sgt nk memancing....   



Quote berun 5-12-2013 02:24 PM
noraidil_06 posted on 5-12-2013 02:18 PM
Dah jd mcm indon. Cadang x abis2.

ada cadangan bernas ke?
Quote mehmet 5-12-2013 02:27 PM
berun posted on 5-12-2013 02:24 PM
pendapat saya la... masa2 susah ni la bg bantuan BR1M BROM BR2M BRUM.. baru la nampak nak membantu ...

tak cukup best cadangan ko...alang2 lemas kan skali wakil rakyat kat situ...alang2 dah banjir...boleh guna alasan lemas camtu...

pastu ada PRK...baru masuk... banjir yang dok naik merata2 kat kuantan tu,,,disebabkan PRK,,tetiba banjir boleh hilang,,,punya aa power ada PRK..takcaya try aa

Quote namirulmukminin 5-12-2013 02:28 PM
Datang tolong cuci umah bleh abg jibby???
Quote dandindon 5-12-2013 02:30 PM
mehmet posted on 5-12-2013 02:27 PM
tak cukup best cadangan ko...alang2 lemas kan skali wakil rakyat kat situ...alang2 dah banjir...bo ...

sarcastic maut nih
Quote lunalisa 5-12-2013 02:31 PM
kakicomel88 posted on 5-12-2013 02:02 PM
Bile ek BR1M 3.0 diberikan ? Off topik jap

agree..bile ek dpat??ehhehehe
Quote kakicomel88 5-12-2013 02:35 PM
lunalisa posted on 5-12-2013 02:31 PM
agree..bile ek dpat??ehhehehe

leh hehehe


Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061286 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top