CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Loji Kumbahan Rosak Sewaktu Banjir

12-12-2013 05:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3752| Komen: 3

Description: Timbalan Menteri Berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid Berkata, Sebanyak 51 Loji Mengalami Kerosakan Iaitu 40 Di Pahang Dan 11 Di Terengganu, Manakala Di Johor Pula Dua Loji Terbabit Banjir Namun Tidak ...

Gambar hiasan


SEREMBAN - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menganggarkan kerugian akibat kerosakan loji kumbahan ketika banjir di beberapa negeri baru-baru ini ialah sekitar RM500,000.
        
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebanyak 51 loji mengalami kerosakan iaitu 40 di Pahang dan 11 di Terengganu, manakala di Johor pula dua loji terbabit banjir namun tidak mengalami masalah.
        
Di Pahang, 13 loji yang rosak sudah dibaiki manakala di Terengganu belum lagi dibaiki kerana hujan masih turun," katanya kepada pemberita selepas melakukan meninjau projek rangkaian paip pembetungan yang baharu disiapkan di sini hari ini.
        
Katanya proses membaik pulih loji rawatan yang rosak akan mengambil masa dua minggu.
        
Kebanyakan kerosakan loji kumbahan ini melibatkan pam dan juga peralatan mekanikal," katanya.
        
Mengenai bekalan elektrik yang terjejas akibat banjir, beliau berkata setakat ini bekalan ke 17 pencawang di Pahang terpaksa diputuskan atas faktor keselamatan.
        
Tindakan itu melibatkan 859 pengguna di Maran, Jengka, Lipis dan Pekan, katanya.
        
"Berdasarkan keadaan cuaca mendung dan hujan, tempoh untuk memulihkan bekalan elektrik ini mengambil masa selama empat hari lagi," katanya.
        
Menurut Mahdzir, bekalan elektrik di Terengganu, Kelantan dan Johor sudah hampir pulih sepenuhnya.
        
Katanya Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelanjakan kira-kira RM3.9 juta bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembekalan generator mudah alih.
        
"Selain itu TNB juga membuat sumbangan berjumlah RM60,000 kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Johor," katanya. 

4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 12-12-2013 05:30 PM
untung bersih banyak...sumbang 60 ribu...up la sket
Quote maleo 12-12-2013 05:53 PM
pam loji rosak air tandas x jalan le..msti terapung2
Quote perang_candu 12-12-2013 06:16 PM
Kalu kat pantai timur  diaorang jadi pesta air..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.048547 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top