CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aduan Pasal Kerajaan Mesti Melalui Pos

19-12-2013 01:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9902| Komen: 30

Description: Orang Ramai Kini Boleh Mengemukakan Aduan, Maklum Balas Atau Cadangan Mengenai Mutu Perkhidmatan Kerajaan Dan Kakitangan Awam Menerusi Pos Di Cawangan Pos Malaysia Seluruh Negara.


Putrajaya: Orang ramai kini boleh mengemukakan aduan, maklum balas atau cadangan mengenai mutu perkhidmatan kerajaan dan kakitangan awam menerusi pos di cawangan Pos Malaysia seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata khidmat ditawarkan menerusi usahasama antara Biro Pengaduan Awam (BPA) dan Pos Malaysia itu turut dipanjangkan kepada penduduk luar bandar dan pedalaman.




“Pendekatan ini memudahkan rakyat menghubungi kerajaan bagi membuat aduan, sekali gus membantu kerajaan menambah baik perkhidmatan kepada rakyat berdasarkan kemahuan mereka.

“Saya yakin budaya ini akan menghapuskan amalan bekerja secara bersendirian dikementerian, jabatan atau agensi kerajaan tertentu.

“Ia akan menggalakkan jalinan rangkaian kerjasama yang lebih berkesan dalam kalangan pegawai kerajaan merentasi kementerian, jabatan dan agensi,” katanya pada majlis pelancaran borang aduan pos itu di sini, semalam.

Seng Kuan menjelaskan, saluran aduan terbaru yang disediakan itu selaras dasar kerajaan bagi mencapai kecemerlangan berterusan dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan kepada rakyat.
Borang aduan itu ditempatkan di 300 pejabat Pos Malaysia terpilih di seluruh negara mulai semalam dan borang yang sudah lengkap diisi akan dihantar ke alamat Peti Surat 9000 di ibu pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur dengan kandungannya disemak oleh BPA sebelum menentukan tindakan susulan.

Seng Kuan juga yakin skim itu dapat mempertingkatkan keberkesanan dan memperkenalkan kaedah lebih holistik lagi bertanggungjawab dalam cara jabatan atau agensi kerajaan menangani aduan.

14

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
8

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ushioz 19-12-2013 10:01 AM
kenapa tak boleh melalui internet?
Quote pittjie 19-12-2013 10:02 AM
masih jugak nak pakai cara lama dan lambat??
Quote gogo2 19-12-2013 10:03 AM
ushioz posted on 19-12-2013 10:01 AM
kenapa tak boleh melalui internet?

Supaya kroni dpt duit. POS tuh sape punya?
Quote zeed 19-12-2013 10:04 AM
Supaya segala aduan tak tersebar di alam maya..
Quote annehuda 19-12-2013 10:04 AM
aah iyelah tu pakai pos. dh hantar by post bile call utk follow up mesti pegawai ckp tak terima la ape lah... so pakaila pos ecxpress or pos laju. padahal email ade jek. ngape taknak guna email?
Quote oni313 19-12-2013 10:09 AM
POS?


very the 1970's punya method!
Quote magnus 19-12-2013 10:09 AM
Supaya org yg tak guna internet tp gi pejabat pos bolela isi borang..nanti bpa collect kot..
Quote ogata 19-12-2013 10:09 AM
senang kata nak untungkan POS..beli setem bagai..
faham...
Quote MelahJanda 19-12-2013 10:10 AM
kan boleh jugak melalui mysms bangang abadi tu
Quote sapp73 19-12-2013 10:10 AM
masih nak mengekalkan cara lama...
Quote brown_pupil 19-12-2013 10:12 AM
malaysia ni xlama lagi penuh dgn menteri2 yg banggang... zaman dah advance pun still insist utk guna cara old fashion.
Quote multix 19-12-2013 10:21 AM
Takdelah mesti. Ni salah satu cara utk penduduk luar bandar. Ok bagi aku cara ni sebagai satu alternatif.
Quote syaz_lina 19-12-2013 10:22 AM
nak cepat pi serang pejabat depa..cakap saya nak jumpa pengarah sekarang jugak atau saya terus lapor pada KSN..aku penah buat huhu
Quote vespa_oren 19-12-2013 10:31 AM
Lagi cepat share kat fesbuk, twiteer, dan laman sosail lain... Paling rendah pun level pengarah negeri yang jawab, mcm jpj ketua pengarah dia sendiri jawab
Quote hbms 19-12-2013 10:37 AM
entahnyer... lembab semua segala
Quote awanjingga 19-12-2013 10:39 AM
kan katanya saluran aduan terbaru yang disediakan - Borang aduan yg ada formatnya sendirinya..mudah untuk org yg buta IT , tak bape pndai nk buat surat rasmi ni..

mknanya internet masih boleh guna juga kan..

ok lah juga..idaklah nnti deme2 mnta tolong kat aku nk taip surat ..deme nk ngadu aku yg jenuh nk pikir ayat..leceh betul
Quote pakwetizzaqyah 19-12-2013 10:46 AM
kata boleh tweet je
Quote magnus 19-12-2013 10:48 AM
Adu domba je kerje korang ni...tak puas hati gi tanya senator cina tu..
Quote sueism 19-12-2013 10:55 AM
Maka aduan x sampai lah sebab sampai kalau buka tau aduan di campak masuk tong sampah or shredder

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.070344 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top