CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Toyota Vios Serba Baharu Dapat Sambutan Luar Biasa

20-1-2014 04:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10362| Komen: 17

Description: Selain Daripada Rekaan Serba Baharu, Faktor Lain Yang Turut Mendorong Peningkatan Jualan Vios Serba Baharu Ini Ialah Prestasi Yang Telah Dipertingkatkan, Keselesaan Dan Penjimatan Bahan Api Yang Efisi ...
Toyota Vios serba baharu dapat sambutan luar biasa








Sejak dilancarkan pada Oktober 2013 yang lalu, Toyota Vios serba baharu telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan. Sehingga kini, lebih daripada 20,000 tempahan telah dibuat dan jumlahnya meningkat dari masa ke semasa. Menurut UMW Toyota Motor, respons positif yang diterima ini berdasarkan imej yang lebih segar dengan rekaan menarik yang ditampilkan pada Vios serba baharu ini.

Selain daripada rekaan serba baharu, faktor lain yang turut mendorong peningkatan jualan Vios serba baharu ini ialah prestasi yang telah dipertingkatkan, keselesaan dan penjimatan bahan api yang efisien.

“Kami menjangkakan respons memberangsangkan ini berterusan memandangkan Vios memang menjadi pilihan kebanyakan ramai rakyat Malaysia. Malah Vios turut mendominasi segmen kenderaan penumpang bukan nasional sejak ia diperkenalkan lebih 10 tahun yang lalu. Untuk rekod jualan Vios sehingga Disember 2013 telah mencatatkan jumlah sehingga 280,000 unit,”ujar Datuk Ismet Suki, presiden UMW Toyota Motor.

Sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tiba, UMW Toyota Motor turut memperkenalkan promosi menarik untuk model-model kenderaannya seperti Camry, Hilux, Innova dan lain-lain. Di mana promosi tersebut melibatkan tempahan yang dilakukan sepanjang Januari ini selagi stok masih ada. Malah kesemua bilik pameran Toyota akan menganjurkan acara promosi ini dari 18 hingga 19 Januari ini dan orang ramai dijemput hadir.


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cef_gango 13-1-2014 03:53 PM
Quote cef_gango 13-1-2014 03:54 PM




Quote Sagoo 13-1-2014 04:35 PM
interior espeseli meter dia lebih kurang forte aje...... ape ni ..tiru ke
Quote card_reader 13-1-2014 07:19 PM
nape aku tgk cam x menarik je...............
Quote otai_g 13-1-2014 10:12 PM
model baru tp engine lama. baik x yah...

p/s: toyota dugong ada jual lg x? kalo ada tlng kontek aku...
Quote benadzam 14-1-2014 11:00 AM
otai_g posted on 13-1-2014 10:12 PM
model baru tp engine lama. baik x yah...

p/s: toyota dugong ada jual lg x? kalo ada tlng kontek a ...

sebab ramai beli vios kerana ketahanan enjin dan mudah utk diselenggara. pomen bawah pokok pun reti. tak semestinya enjin makin canggih makin bagus. kadang2 enjin baru ni lah lagi byk ragam dan maintenancenya.
Quote Bell 15-1-2014 08:35 AM
Engine utk vios skrg dah digunakan utk 3 generasi. Malas betul toyota.
Quote dualchicks 15-1-2014 09:12 AM
Suprima S dah baper unit dah sold?...
Quote mofisa 15-1-2014 10:50 AM
"prestasi yg dipertingkatkan" kepala hottt dia...hahaha..
macai toyota boleh la nak tipu. ekekeke..
Quote wak_parjo 15-1-2014 06:52 PM
kereta aper pon letak lambang "T" tu.mmg org beli.
Quote flarengirl 16-1-2014 12:10 AM
aku pkai versi dugong jer
Quote dragger 18-1-2014 02:29 PM


dah tak dugong dah

tapi nampak macam singa laut plak



Quote kuriboh 28-1-2014 12:01 PM
design lampu blkg tu mmg xberkenan la..potong stim haha.
Quote mamat2009 28-1-2014 02:36 PM
dugomg tetap dugomg
Quote leon_mclaren78 28-1-2014 04:05 PM
start dari Prius, Camry, Vios.... semua design Toyota yg baru2 ni huduh2 belaka. Altis tu je yg semenggah sket rupanya..

Drp vios baru ni, baik lg vios dugong lama tu..

sape la designer toyota baru ni...teruk nau taste..keja mcm x siap jah. Terbalik plak design Honda yg latest ni semua far better (walopun ai x brape suka Honda sbb ruang sempit sket berbanding Toyota).
Quote estrellas 29-1-2014 10:08 PM
Safety feature kurang, sighhh, i dont mind the old engine since proven reliable
Quote masterixs 30-1-2014 03:55 PM
Casis vios baru nie telah diperkuatkan dengan high tensile steel so casis lebih kuat dan kukuh berbanding vios lama. Secara tak langsung boleh membantu pengendalian yg lebih baik dan lebih selamat....Kalau ikutkan vios2 lama gimik jer lebih. Org yg beli pun tak tahu apa yg dia beli.....janji keta jepun.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.176820 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top