CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Selepas 2 Dekad, Erra Fazira Kini Tunggu Masa Nak Tampar Awie

24-1-2014 04:30 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21310| Komen: 87

Description: Bagi Peminat-Peminat Tegar Filem Tempatan, Pasti Cukup Mengingati Dua Filem 'Pecah Pangggung' Sekitar 90-An, Sembilu Dan Sembilu 2 Yang Pernah Melakar Sejarah Kutipan Tertinggi Filem Melayu Sebanyak R ...


Bagi peminat-peminat tegar filem tempatan, pasti cukup mengingati dua filem 'pecah pangggung' sekitar 90-an, Sembilu dan Sembilu 2 yang pernah melakar sejarah kutipan tertinggi filem Melayu sebanyak RM4.2 juta dan RM6.1 juta masing-masing.

Filem arahan pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam yang mengisahkan kisah percintaan tiga segi, penuh konflik dan dendam itu telah mencipta fenomena di kalangan khalayak filem Melayu dan seni popular ketika itu.

Bagaimanapun kerinduan peminat-peminat Awie, Wati (Erra Fazira) dan Ziana Zain selama lebih dua dekad bakal terubat apabila ketiga-tiga bintang utama filem berkenaan akan bergandingan dalam satu konsert istimewa diberi nama Konsert Teaterikal Suara Kita.


Rasa keterujaan yang tinggi bukan sahaja akan dirasai para peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan konsert tersebut (3 hingga 9 Mac), malahan bagi Erra juga - heroin dalam filem-filem Melayu hebat itu.

Menurut aktres yang terkenal dengan jolokan Primadona filem Melayu dekad 1990-an ini, beliau tidak pernah membayangkan yang mereka bertiga akan bergandingan semula. Namun beliau amat bersemangat untuk mengembalikan nostalgia peminat terhadap filem tersebut. Lebih-lebih lagi gandingan kali ini akan mengambil tempat di pentas Istana Budaya.

Begitu pun Erra tidak menafikan yang dia juga berasa gusar lebih-lebih lagi apabila dia perlu membuat persembahan nyanyian dalam tempoh yang panjang. Erra akan menyanyikan lagu OST dari sedutan filem popular lakonannya seperti Yang Terindah Hanya Sementara, Pasrah dan Pertemuan.

"Kegusaran pertama dah saya terlerai apabila piha-pihak yang saya perlu jaga hati mereka telah memberi restu untuk saya, Awie dan Ziana dalam merealisasikan konsert ini.

"Tapi timbul kegusaran saya yang kedua, saya kena jadi penyanyi semula. Bergandingan pula dengan dua lagenda ni. Sebabnya saya dah lama tak menyanyi. Memang kadang-kadang saya ada buat persembahan nyanyian tapi tak bukanlah untuk konsert yang besar sebegini. Dengan masa saya yang terhad tapi saya rasa kalau dapat latihan yang cukup, semua itu tak akan jadi masalah", katanya ketika ditemui pada sidang media konsert tersebut di Istana Budaya, semalam.

Dalam pada itu, Erra juga menyatakan dia tidak mempunyai masalah untuk berlakon dengan Awie terutamanya dalam melakonkan semula babak-babak romantis. Malah dia menantikan untuk melakonkan semula adegan masterpiece filem Sembilu iaitu babak di mana Wati menampar Awie.

"Kami berdua sudah cukup matang dan profesional. Tiada masalah untuk saya dan Awie berlakon bersama. Saat dia buka mulut menyatakan idea projek ni, saya tak ambil masa yang panjang untuk beri kata setuju. Apa yang kami buat ini untuk peminat-peminat. Kita nak kembalikan semula nostalgia mereka.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote surisau 24-1-2014 09:45 AM
bestnya!!!!!!
Quote apatah 24-1-2014 09:46 AM
Mungkinkah cinta berputik kembali?????
Quote md_nana 24-1-2014 09:48 AM
Aku mati2 igt nak tampo in real life sbb dendam.
Hahahha
Quote biskut_milo 24-1-2014 09:48 AM
Best!!
Quote beatgirlX 24-1-2014 09:48 AM
hehehe...harapnya memang bebetul profesional la ye...
Quote edoraixora 24-1-2014 09:50 AM
gud luck lah....
Quote fifie_olin 24-1-2014 09:52 AM
aku suka erra dulu..kini ..selamanyaa
makin cantik
Quote sambal_kicap 24-1-2014 09:57 AM
md_nana posted on 24-1-2014 01:48 AM
Aku mati2 igt nak tampo in real life sbb dendam.
Hahahha

hahahha i pun samaa.. kalau ada peluang nanti harapnya erra sambil nyelam minum airlah. hehe
Quote twins 24-1-2014 10:08 AM
aku suka suara awie ... dari muda sampai sekarang suara dia power
Quote arira_arora 24-1-2014 10:08 AM
semoga pro...
mau berputik balik kng..
Quote ladyfree 24-1-2014 10:10 AM
aku suka kalau berputik kembali.

eh eh...mcm la erra ni single. bukan masih status bini org ke???


lagi satu, awie ni jenis setia. untung bini awie.
Quote zwaty 24-1-2014 10:12 AM
tipula klau x tertelan air liur si Awie ni....
Quote amiraira 24-1-2014 10:17 AM
all the best wat they all lah...
Quote disneyprincess 24-1-2014 10:31 AM
alahai. sweet Erra & Awie. bergabung di atas pentas Istana Budaya. tak sabar nak tengok
Quote vv2005 24-1-2014 10:34 AM
awie dah gemuk..erra still maintain
Quote katakau 24-1-2014 10:43 AM
tajuk tak menahan..iols igt mmg nak tampo btol2..sabo jela..
Quote siti_kus 24-1-2014 10:47 AM
Berani nak tampar btl2 awie kan gangster
Quote clarizsa 24-1-2014 10:49 AM
hehehe... gusar gk pikir erra nyanyi...
Quote mamaezah 24-1-2014 10:49 AM
tapi still they are not meant together...lebey suka tengok Erra mcm ni dari dgn Awie...my personel pendapat la.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.200364 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top