CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Ziana Zain Bakal Muncul Dengan Album Baru Tahun Ini

27-1-2014 01:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7548| Komen: 31

Description: Insyaallah Jika Tiada Aral Yang Melintang Saya Target Dalam Tahun Ini Juga Album Itu Akan Disiapkan Serta Release,” Katanya Kepada Murai.Com.My Selepas Sidang Media Konsert Teaterikal Suara Kita Di I ...


KUALA LUMPUR, 24 JAN 2014: Penyanyi popular tanah air, Ziana Zain atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 45, akui bakal kembali melahirkan sebuah album solo yang dijangka akan diterbitkan  dalam tahun ini.

Ziana Zain berkata setelah lebih sepuluh tahun lalu tidak menerbitkan album baru dan telah menyimpan hasrat untuk merakamkan album solo, akhirnya masanya akan tiba jua tidak lama lagi.

“Album solo terakhir saya pada tahun 2000, dan kini saya rasa adalah masa yang sesuai untuk saya kembali merakamkan album solo.

“Sekarang ini baru dalam proses mencari material lagu yang akan dimuatkan dalam album. Dijangka 8 hingga 10 buah lagu baru akan dimuatkan di dalamnya.

“InsyaAllah jika tiada aral yang melintang saya target dalam tahun ini juga album itu akan disiapkan serta release,” katanya kepada murai.com.my selepas sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita di Istana Budaya semalam.

Penyanyi lagu Malah Berhelah itu memberitahu album solonya nanti bakal tampil dengan konsep yang berbeza daripada yang pernah dibawakan sebelum ini.

“Kali ini, adik saya sendiri iaitu Anuar Zain yang akan menjadi co –produser untuk album saya. Apa yang saya boleh katakan cara dan treatment yang berbeza yang akan ditampilkan dalam melodi dan cara nyanyian untuk album ini.

“Saya serahkan kepada Anuar untuk menjadikan ia satu kenyataan kerana dia memang minat untuk membantu,” jelasnya yang akan memuatkan lagu-lagu dari composer tempatan dan Indonesia.

Mengenai perkembangan lain, Ziana dan Awie serta Erra Fazira bakal muncul dalam pementasan Konsert Teaterikal Suara Kita di Panggung Sari Istana Budaya pada 3 hingga 9 Mac 2014.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote achik2009 26-1-2014 09:53 AM
berita gembira utk karatz ZZ....

selepas ni bole lah bertanding semula kat Muzik-Muzik ye....


@micha  
Quote hyie 26-1-2014 11:19 AM
yelah tu
Quote Syd 26-1-2014 11:28 AM
aiyooo

tiap2 tahun dok dengar citer yang tajuk ala2 gituhhh
Quote enchikfitz 26-1-2014 11:36 AM
Bosan la dgn propa mek jena ni. Uar2 je nak kluar album tahun ni, ingat dah siap, rupa2 baru nak mencari. Boleh tarik ke lagi?
Quote cikperiukkera 26-1-2014 11:39 AM
Dr zaman iols study dulu dh mek jena ni kata nk kuar album baru nk kuar album baru tp xde jugekkkkk... Propa sgt! Nt jgn sentap kalo org xnk sponsor konsert jota2 dia sbb dia xde produk baru... Asyik2 lagu lama. Ure so 90's mek jena!
Quote awanindah 26-1-2014 01:05 PM
untuk ahkak jena .. ikhlas dari ku... tok sah la menyanyi lagi ...

buat event yg eksklusif sudehh .... vocal pun dah bertarabur ...
Quote tomet05 27-1-2014 01:59 AM
banyaknya benang pasal si ziana nih arinih
Quote mitnick 27-1-2014 07:51 AM
moga terialisasi impian nak beralbum baru
Quote KoSe 27-1-2014 08:17 AM
simpan je la hasrat tu ZZoi.. nanti dalam album tu akan ada semua single2 lesu yg dirakamkan sebelum nie..ZZ ni dahla out of taste muzik dia...cuma mintak anuar yg tolong tapis lagu tu.. apapun iols rasa ZZ dah sgt tak relevan dalam industry muzik ni dan boleh masuk arkib Negara dan buku sejarah jer...
Quote micha 27-1-2014 11:19 AM
achik2009 posted on 26-1-2014 09:53 AM
berita gembira utk karatz ZZ....

selepas ni bole lah bertanding semula kat Muzik-Muzik ye.... ...

Ziana tua propa u ls percaye ke noks
Quote biozipstar 27-1-2014 11:48 AM
lagu ape aje laaaa acik jiana
Quote harkktuih 27-1-2014 12:01 PM
Mohon kak jena ikut nasehat anak bujang beliyau..dia nyanyi skang pun sendu jer..
Quote idolfan 27-1-2014 01:14 PM
KoSe posted on 27-1-2014 08:17 AM
simpan je la hasrat tu ZZoi.. nanti dalam album tu akan ada semua single2 lesu yg dirakamkan sebelum ...

pihak pengurusan dia langsung x membantu zz improve her name dalam music....and yes, shes no longer relevant as a singer. unless dia reinvent herself, mungkin boleh.

but laaaa ni... hidup jelah dengan kenangan.
Quote idolfan 27-1-2014 01:15 PM
micha posted on 27-1-2014 11:19 AM
Ziana tua propa u ls percaye ke noks

peminat tegar dia percayalah nokkksss...
Quote micha 27-1-2014 01:44 PM
idolfan posted on 27-1-2014 01:15 PM
peminat tegar dia percayalah nokkksss...

Dh nm ziana propa, mmg xkn ade nye wlbum tu........
Quote KoSe 27-1-2014 02:12 PM
idolfan posted on 27-1-2014 01:14 PM
pihak pengurusan dia langsung x membantu zz improve her name dalam music....and yes, shes no longe ...

boleh kan seorang penyanyi tu tetap aktif menyanyi tanpa sebarang album selama 13 tahun?..sampaikan album last tu pun dah salah tahun..album ACKM tahun 2001 saing dgn SMAC dan Safa n PBDA-M.Nasir..

sangat kecewa dgn ZZ..rasa macam buang masa je jadi hardcore ZZ ni dari dulu..baik jadi fan ct..
Quote atikah2013 27-1-2014 05:05 PM
betul ke bohong? hahahaha
Quote sokmogitu 28-1-2014 07:51 AM
KoSe posted on 27-1-2014 02:12 PM
boleh kan seorang penyanyi tu tetap aktif menyanyi tanpa sebarang album selama 13 tahun?..sampaika ...

Ct pun dah ada bau2 nk jd cam kak jrna... dr tahun gajah yg lepas dia ckp dia nk wat album baru... tp x klua full album... dok pulun single je
Quote punyukuku 28-1-2014 08:00 AM
sokmogitu: Ct pun dah ada bau2 nk jd cam kak jrna... dr tahun gajah yg lepas dia ckp dia nk wat album baru... tp x klua full album... dok pulun single je


xper yg penting ct dah rakam berapa buah lagu untuk dalam album dia nnt kiranya tahun ni adalah album baru weee

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054368 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top