CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anak Ziana Zain Nasihat Ibunya Agar Berhijab

27-1-2014 05:45 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 40614| Komen: 256

Description: Memang kelakar... kerana kebiasaannya ibu bapa yang menasihati anak-anak agar menjaga tingkah laku dan menutup aurat. Namun entah kenapa, ia jadi terbalik dalam keluarga Ziana Zain, 46, apabila anakny ...


Memang kelakar... kerana kebiasaannya ibu bapa yang menasihati anak-anak agar menjaga tingkah laku dan menutup aurat. Namun entah kenapa, ia jadi terbalik dalam keluarga Ziana Zain, 46, apabila anaknya pula yang menasihati ibunya agar menutup aurat. Heh!

Meskipun pahit untuk ditelan, tetapi nasihat anaknya Muhammad Aiman, 14, yang bersekolah di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah Pekan Sabak, Sabak Bernam, Selangor yang menasihatinya agar memakai hijab serta menutup aurat didengar oleh Ziana dengan hati terbuka.

"Aiman malah turut berpesan kepada saya jika mahu melawatnya di asrama atau sekolah, saya perlu memakai hijab kerana tidak mahu memalukan sekolahnya.

"Aiman memang pernah menyuruh saya memakai tudung. Dia tanya; "*bila Mama nak pakai tudung*"? Apabila saya cakap saya perlukan masa untuk mengambil keputusan bertudung, dia cakap*"kita tak tahu bila kita akan mati"*.

"Aiman cakap kena tutup aurat sebab berdosa kalau tidak buat. Pernah sekali dia menemani saya membeli kuih. Waktu itu dia memakai pakaian sekolah dan saya memakai skirt. Aiman cepat-cepat tutup lencana sekolahnya kerana tidak mahu orang tahu dia bersekolah di mana," ujar Ziana tanpa berselindung.

Selain nasihat, Ziana turut kongsi pengalamannya setiap kali bertandang ke sekolah anaknya. Jelas Ziana, ramai juga rakan-rakan Aiman yang mengenalinya sebagai penyanyi dan pelakon dan mereka seronok bertemu dengannya.

"Sesekali apabila saya berjumpa Aiman di sekolah, ramai juga kawan-kawan dia yang seronok dapat berjumpa dengan saya. Aiman pun rasa pelik sebab mungkin dia tidak sangka ramai pula yang meminati saya. Selain itu, setiap kali Aiman pulang ke rumah mesti ada kawan-kawan atau emak kawan-kawan dia yang berkirim salam," katanya.

"Biarpun beberapa kali saya sudah ditegur oleh Aiman tentang berhijab dan memakai menutup aurat, namun saya tidak pernah memarahinya. Malah saya bersyukur kerana sebagai anak sulung, Aiman diharap dapat membimbing adik-adiknya nanti," ujar Ziana lagi dipetik sebagai berkata pada media.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riehan 24-1-2014 08:59 AM
erm...so brubah lah
Quote serimaya 24-1-2014 09:00 AM
Itu pun nak cerita ke?memalukan diri sendiri
Quote fairiza 24-1-2014 09:01 AM
soalannya... dah pakai tudung ke belum?
Quote bottombikini 24-1-2014 09:02 AM
retis ni nak anak skola agama..tapi diri sendiri tak tunjuk teladan..
Quote fifie_olin 24-1-2014 09:05 AM
ssh sgt ko nk tutup aurat ye kak jena oii..
malu la anak dh tegur tu..
cpt2 la insaf..tlg la jgn ckp psl ikhlas or x...
benda wajib buat jek
Quote aminsaniah 24-1-2014 09:05 AM
cerita ni mempunyai 2 kesimpulan

1. zz nak cakap anak dia ni berjaya menjadi insan yang sempurna

2. cerita ini memalukan diri dia sendiri

sekian.
Quote lotionmilo 24-1-2014 09:05 AM
sooo apa tunggu lagi

kalau dia cakap hidayah tak sampai lagi.tatahulah
Quote zwaty 24-1-2014 09:06 AM
mmg dah sepatutnya pun....sbnarnya lagi kemas bertdung ni..... Last edited by zwaty on 24-1-2014 09:07 AM

Quote Leonarzi 24-1-2014 09:06 AM
Ziana zain satu2 retis wanita yg takde gossip liar
Quote AnBulisia 24-1-2014 09:07 AM
kalau sekolah buat hari ko kurikulum, bolehlah jemput ziana nyanyi 2-3 lagu sambil angkat2 kening
Quote rain2169 24-1-2014 09:07 AM
So bila nak berhijabnya jiana oiii....
Quote Leonarzi 24-1-2014 09:07 AM
Umur 46 tp nmpk mcm muda ... Apa rahsia dia
Quote SyaAnis 24-1-2014 09:08 AM
iman tak dapat diwaris.. huhu... kak ziana, berhijab la..
Quote AnBulisia 24-1-2014 09:08 AM
Leonarzi posted on 24-1-2014 09:06 AM
Ziana zain satu2 retis wanita yg takde gossip liar

yang gossip kat PD tu ... jinak ke gossipnya?
Quote AshkieLa 24-1-2014 09:10 AM
kalau tak kesian kat diri sndiri makcik Ziana.. kesian laa kat anak tu dan sorang lagi anak lelaki yg salah sorang kembar tu, kesian dekat husband tu, kesian dekat Pak Zain... sebab mereka akan ditarik sama oleh anda ke neraka... kesian tul aku kt makcik ziana ni..dah laa takda perasaan malu sbb bercerita kt orang ditegur...lagi sadis bila tiada perubahan yg nk dilakukan. Aiyooo...semoga Allah bukakan pintu hati seluas luasnya utk makcik sorang ni... (kan x pasal2 dh jadi setazah jadian jap)
Quote NHolmes 24-1-2014 09:11 AM
mungkin di sekolah kawan2 anak sheols bertanya mcmtu.. then anak sheols pun segan n suruh maknye mcmtu.. untungla dpt anak mcmtu suruh bebaik kan..
Quote setankuning 24-1-2014 09:12 AM
bottombikini posted on 24-1-2014 09:02 AM
retis ni nak anak skola agama..tapi diri sendiri tak tunjuk teladan..

retis ni kan pikiran cetek sket

sbb kalo dah ada "anak yang soleh" diorang rasa dah leh masuk sorga terus
so mak bapak takyah susah2 nak beramal, ikut syariat sume tu
diorang tatau yang sebenarnya diorang yang buat idop budak2 tu kompius.




Quote asampodeh 24-1-2014 09:14 AM
klu anknye tu tegur & dia berubah ok la tp malunye bile bercerita ditegur anknye sedngkan dia tk berubah..
Quote munchkin 24-1-2014 09:15 AM
how this is news, ziana zain?

Lihat semua komen(256)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.070653 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top