CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Christina Aguilera Janji Akan Sopan Di Konsert Twin Tower @Live 2014

17-2-2014 05:50 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3428| Komen: 6

Description: Christina Atau Nama Sebenarnya Christina Maria Aguilera Ini Cukup Popular Dengan Lagu Seperti 'Genie In A Bottle', 'What A 'Girls Wants', 'Come On Over', 'Lady Marmalade', 'Hurt', 'I Turn To U', 'Beau ...



PENGANJUR konsert Twin Tower @LiVe 2014 yakin persembahan Ratu Pop Antarabangsa, Christina Aguilera pada 28 Mac ini tidak akan menimbulkan sebarang kontroversi atau isu berbangkit, kelak.

Menurut penasihat projek Live at Work Sdn Bhd, Dato' Hafez Mohammed, pihaknya telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan penyanyi itu di Amerika Syarikat, sejak dari awal perbincangan lagi.

Malah, penyanyi yang terkenal dengan imej seksi dan 'daring' ini dikatakan bersedia mengikut segala syarat dan peraturan yang telah ditetapkan baik dari segi imej dan penampilannya.


"Kami teruja dan berbesar hati dapat membawa seorang penyanyi hebat antarabangsa, Christina Aguilera untuk konsert kali ini. Lagipun beliau tidak pernah lagi membuat persembahan di Malaysia, jadi ini kali pertama.

"Selepas dua minggu kami mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan penyanyi tersebut, kami terus mendapat pengesahan daripada mereka. Malah menerusi pihak pengurusannya, Christina bertanyakan kepada kami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh semasa membuat persembahan di Malaysia",

"Kami juga telah mendapatkan kelulusan dan permit dari pihak PUSPAL. Kami yakin tidak ada sebarang masalah atau isu yang akan timbul kelak", katanya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan barisan artis yang akan beraksi di konsert Twin Towers @Live 2014, bertempat di Hotel Shang Ri La, Kuala Lumpur, hari ini.



Tambah istimewa, bersama lebih kurang 40 pengiring terdiri daripada pemuzik dan penari, Christina dijangka membuat persembahan selama 75 minit pada malam pertama konsert.

Christina atau nama sebenarnya Christina Maria Aguilera ini cukup popular dengan lagu seperti 'Genie In A Bottle', 'What A 'Girls Wants', 'Come on Over', 'Lady Marmalade', 'Hurt', 'I Turn To U', 'Beautiful dan 'Aint No Other Man'.

Penyanyi berusia 34 tahun ini juga dikenali dengan imej panas dan aksi menghairahkan setiap kali membuat persembahan pentas.

Terdahulu, dua artis solo terkenal antarabangsa iaitu bintang Kpop, Rain dan penyanyi Craig David diumum akan turut menghangatkan konsert tahunan yang bersempena dengan perlumbaan Grand Prix Formula 1.

Rain akan membuat persembahan pada 29 Mac sementara Craig David akan membuat persembahan pada 28 Mac 2014. Selain itu konsert Twin Towers @Live 2014 akan turut dimeriahkan lagi dengan penampilan barisan artis popular tanahair seperti Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Ila Damia, DJ Biggy, kumpulan Oh Chentaku .



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carbonico 13-2-2014 08:27 PM
ye ke sopan ? hahaha sekali terkeluar kau!
Quote Ferr_Remy 14-2-2014 04:30 AM
wow.. even aku nyampah dgn xtina ni.. rasa truja plak die dtg malaysia
Quote suzilah 24-2-2014 01:09 PM
bole ke sopan ni??mcm tak caye je hihihi
Quote fifie_olin 26-2-2014 11:11 AM
still tembun....aku igt kan dh slim...
hrp2 dia tunaikan la janji tu...
bg dia pakai bj...x seksi lg kot
Quote alphawolf 26-2-2014 11:18 AM
bukan dah slim ke, tu gambar 2-3 tahun lepas kan?
Quote amyainsamad 26-2-2014 03:00 PM
dh kurusla.....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.060806 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top