CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Rozita Che Wan Tak Sanggup Bermadu

17-2-2014 06:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12506| Komen: 53

Description: Mungkin Selama Ini Kita Lihat Ada Golongan Suami Yang Suka Bermadu Sama Ada Secara Diam Atau Memohon Kebenaran Tetapi Drama Ini Memaparkan Kisah Yang Jarang Terjadi Apabila Si Isteri Yang Merelakan Di ...




PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian.

“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,” katanya.

Bagaimanapun tambahnya, dia hanya rela hidup berpoligami dalam kerjaya lakonannya sahaja menerusi sebuah telefilem khas terbitan Zeel Production berjudul Madu bersama barisan pelakon lain iaitu Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Telefilem arahan Joeza itu mengisahkan Anita, lakonan Rozita, yang sanggup mencarikan calon isteri buat suaminya, lakonan Zamarul.

"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan," ujarnya.

Madu akan ditayangkan pada Ahad (hari ini) pada pukul 10 malam, di saluran TV3, menerusi slot Festival.

Sementara itu, ditanya pula mengenai perkembangan dirinya yang mungkin sudah berbadan dua, Rozita menafikannya dan menganggap dia dan Zain yang berkahwin pada 11 Disember lalu masih lagi belum mempunyai rezeki anak.

“Saya belum mengandung. Belum ada rezeki lagi. Tapi saya dan suami mengharapkan yang terbaik untuk itu. Kini pun kami masih dalam 'mood' berbulan madu," tuturnya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jonlabu 17-2-2014 12:11 AM
Kenapa...jen dah kenen2 nak bukak cwgn baru ke
Quote naina 17-2-2014 12:22 AM
Apa ni.br kawen kot nk cte pasal madu.wrtwn ni poonnnn.
Quote LappyHappy 17-2-2014 12:31 AM
Baru hbs layan cite madu tuh kat tv3....
Quote pakwetizzaqyah 17-2-2014 12:31 AM
skrip cerita indon...boring
Quote setankuning 17-2-2014 12:34 AM
tapi kalo dah menopos
telaga dah kering
takkan nak keras juga tak bermadu
sian kat laki tu che ta oi


Quote shogun77 17-2-2014 08:05 AM
41 ke awak ni cik taa???
Quote aderaderker 17-2-2014 08:59 AM
Speed sikit la jenta kalo nak anak...
Sempat lg kut sorang...
Quote peah311 17-2-2014 09:07 AM
goodluck jenta, baby konpem comel nnt
Quote adidas2010 17-2-2014 09:15 AM
Aikk..tetiba jek.. zain komplen performance x best kah?
Quote tomet05 17-2-2014 09:23 AM
sian dia nih kannnnnnnnnnnnnnn hahahaha
Quote cikatilia 17-2-2014 09:25 AM
inai kat jari ibu kaki pon entah2 tak hilang lg
awat dah pikir bermadu??


Quote bottombikini 17-2-2014 09:32 AM
laaa..ingatkan dia sporting macam cite tv3 malam tadi
Quote sayalala 17-2-2014 09:41 AM
takpe la nek ..ape2 je la..
Quote manehnya 17-2-2014 10:50 AM
dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian.


bertuah che ta dapat laki thorbaekk
Quote Suchi 17-2-2014 11:36 AM
ta takleh cakap gitu
bila kita kawen ni ta,nak tak nak
kita ada 2 pilihan je
sama ada bersedia utk diduakan atau kembali status lama
so fikir2kan dan renung2kan..

kalo meroyan tak mboh nanti di cop bini durhaka
kita memang tak banyak pilihan,kita bleh membebel sampai berbuih mulut
tapi bukan kita yang membuat keputusannyaa

so banyak2kan berdoa moga kasih sayang kalian hingga ke syurga
cinta manusia taaa...ingat tak kekal
sekelip mata leh jatuh cinta sekelip mata juga bleh hilang cinta itu..


Quote juecy 17-2-2014 11:42 AM
Klu dah suratan apa nak dikata.
Dulu x fikir pun al kisah nya kwin org muda.
Sekrg baru nak meraih simpati ke jangan ganggu suami dia ???
Basi sudah.
Quote LauKanaBainana 17-2-2014 06:37 PM
eh che ta sebaya makcik aku lah, dah 45 thn this year, nape dia tulis 41....
Quote MellyNad 17-2-2014 06:41 PM
LauKanaBainana posted on 17-2-2014 06:37 PM
eh che ta sebaya makcik aku lah, dah 45 thn this year, nape dia tulis 41....

Umur die dah di hentikan..

Biasalah tu, kalau tak wartawan yang hentikan tahun tu atau cik ta sendiri yang tak sedar masa nie bergerak..
hahhahahha

Quote LauKanaBainana 17-2-2014 06:49 PM
MellyNad posted on 17-2-2014 06:41 PM
Umur die dah di hentikan..

Biasalah tu, kalau tak wartawan yang hentikan tahun tu atau cik ta s ...

eh btol ke umur bleh dihenti2 kan....kolo camtu aku pun nk sntiasa umur 27 je lah smpai msk liang lahad blh tak....wakakakakaka....sori che ta aku saja je wat lawak utk hiburkan hati sndiri...penat blk keje

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.055999 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top