CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Gosip Lihat artikel

Anzalna Nasir Sedia Jadi Perempuan Simpanan

18-2-2014 06:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 40148| Komen: 291

Description: Tapi Itu Semua Merupakan Watak Terbaru Yang Bakal Anzalna Lakonkan Dalam Drama Bersiri Berjudul ‘Aku Isterinya’. Anzalna Bakal Menggalas Watak Utama Sebagai Mya Arlissa. Drama Yang Diadaptasikan Dar ...
Cuba bayangkan, aktres genit, Anzalna Nasir yang mula dikenali menerusi watak antagonis dalam drama bersiri siaran Astro Mustika HD, ‘Adam dan Hawa’ menjadi seorang perempuan simpanan. Dengan penampilan yang jelita dan gaya yang menggoda, pastinya Anzalna berupaya menjadi seorang ‘perempuan simpanan’ yang digilai ramai lelaki. Mungkin percaya dengan kemungkinan itu, Anzalna mendedahkan yang dia kini sudah bersedia untuk menjadi seorang perempuan simpanan.

Tapi itu semua merupakan watak terbaru yang bakal Anzalna lakonkan dalam drama bersiri berjudul ‘Aku Isterinya’. Anzalna bakal menggalas watak utama sebagai Mya Arlissa. Drama yang diadaptasikan daripada novel berjudul ‘Aku Bukan Mistress’ hasil nukilan novelis Acik Lana ini bakal menjalani penggambaran pada awal Januari hadapan.



“Saya akan memegang watak Mya Arlissa, seorang perempuan simpanan. Apabila kita berbicara mengenai perempuan simpanan, pastinya orang akan menganggap mereka berperangai teruk, namun begitu dalam novel ini, kisah yang berlaku adalah sebaliknya. Mya menjadi perempuan simpanan tanpa kerelaan hatinya,” tutur Anzalna memulakan bicara.

“Umum tahu bahawa drama bersiri ini diadaptasikan daripada novel. Jadi sebagai persiapan, saya membeli novel itu dan membacanya sehingga selesai. Sebenarnya, saya agak takut juga untuk membawakan watak ini kerana drama ini merupakan drama adaptasi novel dan pastinya novel tersebut mempunyai kelompok peminat sendiri. Jadi saya mengambil inisiatif untuk menghayati watak Mia dengan membaca novel agar saya dapat menyelami watak Mia seperti yang dibayangkan oleh pembaca novel,” ujar Anzalna yang bakal ke London untuk melawat keluarganya.

“Saya mahu bersiap sedia sepenuhnya dengan membaca novel ini supaya dapat menjadi bekalan untuk saya apabila melangkah ke lokasi penggambaran kelak. Dalam drama ini, saya bakal bergandingan dengan Izzue Islam dan pengarahnya pula adalah Fairuz Loy,” jelas Anzalna yang ditemui di Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 dan TV9 di ASWARA pada Rabu.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Jelajah DFKL, Anzalna menjelaskan yang dia dijemput untuk sama-sama berkongsi pengalamannya dalam dunia hiburan.

“Saya gembira untuk berkongsi pengalaman saya dengan pelajar-pelajar di sini. Bukan sahaja saya bercerita mengenai pengalaman saya dalam dunia seni dengan mereka, saya juga turut belajar dan mengambil input daripada respon yang diberikan oleh pelajar-pelajar di ASWARA. Saya pun ingin tahu bagaimana caranya mereka belajar mengenai lakonan kerana mereka menghadiri kelas formal tentang ilmu lakonan, manakala saya pula belajar daripada pelakon-pelakon senior,” tutur Anzalna.

“Saya juga mengambil peluang ini untuk bertemu sendiri pelajar-pelajar ASWARA. Sebelum ini, saya hanya mendengar sahaja mengenai ASWARA. Apa yang saya tahu, ramai pelakon yang berbakat dilahirkan di sini. Apabila saya sudah berada di sini, saya juga turut berbangga apabila ASWARA menjadi salah satu institusi dalam melahirkan karyawan dalam industri seni yang mempunyai pelajaran formal dalam bidang yang diceburi,” tutur Anzalna mengakhiri perbualan.

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote peah311 14-2-2014 04:48 PM




tgk tv xde iklan pon..


btw, aku suka anzalna..hope cte ni ag best dri PISA hahahaha
Quote khailya 14-2-2014 04:59 PM
ganti ariani rose ker?
aku mcm tak pasan je iklan cite ni kat tv
Quote peachRose 14-2-2014 05:01 PM
alamat..izzue + anzalna..2-2 aku sukeeeeeeeeee...
abis le azam aku takmo tgk drama bersiri..
AR aku tak tgk langsung pung..
Quote carbonico 14-2-2014 05:03 PM
lepas ni yang ganti ariana rose, drama bersiri jika itu takdirku.. shah iskandar, intan ladyana, shukri yahaya.. yang penting ini bukanlah adaptasi novel... setelah berlambak lepas LYMA, PISA, and the wedding breaker... aku bukan mistress yg ganti jika itu takdirku nanti
Quote baruli_san 14-2-2014 05:24 PM
carbonico posted on 14-2-2014 05:03 PM
lepas ni yang ganti ariana rose, drama bersiri jika itu takdirku.. shah iskandar, intan ladyana, shu ...

Alar..heroin x best la..huhu
Quote carbonico 14-2-2014 05:26 PM
baruli_san posted on 14-2-2014 05:24 PM
Alar..heroin x best la..huhu

hahaha sah sah drama bersiri itu adalah terbitan MIG. jadi sapa lagi yang layak kalau bukan intan ladyana.. si yaan samsudin dah nak blah dari mig. wawa zainal buat hal..
Quote shachihata33 14-2-2014 05:54 PM
aku suka anzalna berlakon..cantik, kelakar, malu2 gitu
Quote pakwetizzaqyah 14-2-2014 06:04 PM
menyampah tajuk cerita...aku bukan misteri..dia playboy...dia bini aku.... rindu dengan rose jusoh
Quote pakwetizzaqyah 14-2-2014 08:19 PM
peachRose posted on 14-2-2014 05:01 PM
alamat..izzue + anzalna..2-2 aku sukeeeeeeeeee...
abis le azam aku takmo tgk drama bersiri. ...

peachrose ni adik tiri arianna rose jusoh bini nombor bape eh?
Quote aderaderker 14-2-2014 08:31 PM
Aku suka gandingan dua orang ni.
Anzalna ni kalau betul2 boleh jadi pelakon wanita yg bagus.
Bakat tu dah ada dah...

Lepas kontroversi bodoh dia ngan lofa dulu dia betul2 tonjolkan bakat dia.
You go girl!
Quote Grengo 14-2-2014 08:35 PM
anzalna lakonan bagus. suka tgk. tak kayu kayan.
Quote peachRose 14-2-2014 09:01 PM
pakwetizzaqyah posted on 14-2-2014 08:19 PM
peachrose ni adik tiri arianna rose jusoh bini nombor bape eh?




ngok ngek la nko..


Quote pakwetizzaqyah 14-2-2014 09:18 PM
aku agak terkejot korang kata anzalna bimbo ni pandai berlakon...ye...dia ni sesuai berlakon dengan jepp sepah ..untuk rancangan buletin cinta... she is....an actress..lol
Quote FlowerGirl 14-2-2014 09:30 PM
ada ke ppuan jadi mistress tanpa kerelaan hati?
Quote gibrana 14-2-2014 09:39 PM
sudah menjadi trend skrg tajuk novel2 picisan murahan mencampur adukkan bahasa m'sia dan inggeris?
Quote Suchi 14-2-2014 09:58 PM
nih cinta kawen paksa jugalah yea
Quote tomet05 14-2-2014 10:54 PM
uiks .. semalam benang pasal dia .. ni benang dia lagik
Quote peah311 15-2-2014 09:39 AM
carbonico posted on 14-2-2014 05:03 PM
lepas ni yang ganti ariana rose, drama bersiri jika itu takdirku.. shah iskandar, intan ladyana, shu ...

Oh yeke..lmbt lgi lah cte ni kitenye el..dh ad ke iklan kat tv?
Quote NAT_11 15-2-2014 09:47 AM
FlowerGirl posted on 14-2-2014 09:30 PM
ada ke ppuan jadi mistress tanpa kerelaan hati?


Mesti mistress kepada JUTAWAN MUDA yang ensem................

Lihat semua komen(291)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.059345 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top