CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Toyota Perkenal Fcv, Berkuasa Hidrogen-Elektrik

7-3-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13912| Komen: 3

Description: Tokyo – Syarikat Kereta Jepun, Toyota Memaklumkan Pihaknya Akan Mula Menjual Secara Komersial Kereta Berkuasa Bahan Api Hidrogen Dan Elektrik Pada 2015. Sasaran Itu Ditetapkan Sejurus Selepas Toyota ...
  



TOKYO – Syarikat kereta Jepun, Toyota memaklumkan pihaknya akan mula menjual secara komersial kereta berkuasa bahan api hidrogen dan elektrik pada 2015.


Sasaran itu ditetapkan sejurus selepas Toyota memperkenalkan kereta konsep FCV, pada Tokyo Motor Show yang sedang berlangsung.


Perkembangan berkenaan membuka dimensi baru dalam industri automotif kerana ia menggunakan hidrogen bagi menghasilkan elektrik dan seterusnya menjana enjin.

Pada masa sama, FCV lebih cepat dicas dan boleh bergerak lebih jauh berbanding kereta berkuasa bateri.Toyota memaklumkan, FCV hanya perlu dicas dalam masa beberapa minit.


Setiap kali ia dicas, FCV boleh bergerak sejauh 500 kilometer.

Pengumuman Toyota itu dibuat sebagai menyahut saingan yang dibuat oleh pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai.


Hyundai pada awal minggu ini memberitahu pihaknya bercadang memulakan pengeluaran secara besar-besaran kereta berkenaan seawal tahun depan.

Hyundai memaklumkan pengeluaran besar-besaran itu membabitkan model Tucson yang mendapat sambutan hebat di Amerika Syarikat.Dalam pada itu, Honda Motor juga dijangka memperkenalkan kereta konsep yang sama akhir minggu ini.


Kebanyakan syarikat pengeluar kereta sedang rancak membangunkan kereta berteknologi itu dan membawanya ke dalam pengeluaran secara besar-besaran.

Langkah berkenaan diambil kerana ia lebih mesra alam.


Sementara itu, ada juga yang bimbang mengenai permintaan kereta berkenaan di pasaran.

Antara sebab utamanya ialah mengenai kekurangan stesen hidrogen.

Malah, syarikat kereta Nissan dilapor menangguhkan projek kereta berkenaan atas sebab kekurangan kemudahan mengisi hidrogen.


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote assaffah 15-9-2015 08:45 AM
Gambar dah hilang
Quote Al-Patih 17-9-2015 06:12 AM



The production Toyota FCV is officially slated to launch in Japan in April of next year, with a US launch around the beginning of summer 2015.

— integrityexports.com
Quote assaffah 17-9-2015 09:50 AM
Menarik kereta ni

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.040465 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top