CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Kenderaan Lihat artikel

Ferrari 458 Speciale Penuh Ledakan Adrenalin!

7-3-2014 11:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4711| Komen: 0

Description: Sempena Dengan Hari Pertama Ferrari Racing Day Di Litar Antarabangsa Sepang (Sic) Pada Hari Ini, Naza Italia Sdn Bhd Iaitu Pengimport Dan Pengedar Rasmi Jentera Super Car Ferrari Di Malaysia Mengambil ...
Ferrari 458 Speciale penuh ledakan adrenalin!


Sempena dengan hari pertama Ferrari Racing Day di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hari ini, NAZA Italia Sdn Bhd iaitu pengimport dan pengedar rasmi jentera super car Ferrari di Malaysia mengambil kesempatan untuk melancarkan model Ferrari 458 Speciale bagi pasaran tempatan.

Menurut Timbalan Presiden Bahagian Pelaburan Strategi Korporat NAZA World, Datuk Maruan Mohd Said, model 458 Speciale dibawa masuk ke pasaran Malaysia bagi melengkapi keluarga Ferrari di sini dan memberikan lebih banyak pilihan kepada para peminatnya yang mampu memiliki super car ini.



458 Speciale merupakan produk terkini daripada Ferrari yang menggunakan teras falsafah teknologi inovasi ekstrem terutama bagi powertrain, aerodinamik dan dinamik tambahan bagi jentera ini bersesuaian dengan namanya “Speciale”. Malah penerapan aerodinamik tambahan yang pertama kali digunakan pada 458 Speciale bakal diadaptasikan pada semua model baharu Ferrari yang akan datang.

Dengan enjin yang sangat berprestasi tinggi iaitu V8 Berlinetta yang direka khas untuk memberikan kuasa prestasi dan emosi pemanduan yang mampu meledakkan lagi adrenalin. Dalam masa yang sama, ia turut menyalurkan kesempurnaan dan keselesaan pemanduan di dalam apa jua situasi.



Bukan itu saja, ‘jantung’ yang menjanakan supercar ini diiktiraf sebagai ‘Enjin Paling Berkuasa’ pada Anugerah Tahunan Enjin Antarabangsa selama dua tahun berturut-turut. Ekoran daripada itu, Ferrari telah membina enjin lebih berkuasa V8 dengan kuasa spesifik iaitu 135 cv/l dan ia merupakan pencapaian tertinggi bagi enjin yang pernah dihasilkan.

Ia membuatkan 458 Speciale mampu memecut daripada titik sifar ke 100km/j dalam hanya tiga saat! Satu pencapaian yang sangat luar biasa!



2

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top