Lavender85 Publish time 11-5-2020 06:29 PM

Amalan Untuk Yang Mempunyai Masalah Hutang / Hidup

Assalamualaikum semua .
Memandangkan sepanjang tempoh pkp semakin meningkat rakyat serta umat Islam kita tertekan dengan masalah kewangan , dibuang kerja dan masalah peribadi yang lain. Saya tertarik nak berkongsi sedikit ilmu yang saya ada serta catat dalam buku nota.

1) Doa ini dibaca waktu pagi dan petang.

-Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada saat dan
kesedihan dan aku berlindung kepadamu daripada kelemahan dan malas . Aku berlindung kepadamu daripada sifat pengecut dan kepadamu aku berlindung
dari sifat bakhil dan aku berlindung kepadamu daripada masalah hutang yang banyak dan terkanan daripada orang yang zalim.

*diambil dari kuliah Habib Zainal

2) Ya Allah aku serahkan segala urusanku kepadamu
untuk diaturkan.

*diambil dari kuliah Ustazah Asma Harun.

3) Ketika menghadapai stress / meroyan
-letakkan tapak tangan di dada dan baca surah Al-insyirah berulang2 serta banyakkan istighfar.

semoga amalan ini dapat membantu meringankan
masalah yang dihadapi semua yg mengamalkan ya.
Amin yarabbala’lamin

nefnefnef Publish time 11-5-2020 06:48 PM

Tq Lav. Perkongsian yang bagus {:mlproud:}

Lavender85 Publish time 11-5-2020 07:02 PM

nefnefnef replied at 11-5-2020 06:48 PM
Tq Lav. Perkongsian yang bagus

sama2.. ;)

CiliPadiSedap Publish time 11-5-2020 07:06 PM

terima kasih kaka

Lavender85 Publish time 11-5-2020 07:16 PM

CiliPadiSedap replied at 11-5-2020 07:06 PM
terima kasih kaka

sama2 .. terima kasih sudi baca

yuki812 Publish time 11-5-2020 07:17 PM

tq tt. share yg baik.

sy selalu amalkan berdoa dgn doa elak malas..yg first tu lepas selesai segala solat. surah al insyirah saya mmg amalkan baca dalam solat selepas alfatihah.

kiah78 Publish time 11-5-2020 08:41 PM

Terima kasih... share doa2 yang baik. Semoga urusan TT dipermudahkan...

Tinot7 Publish time 11-5-2020 08:41 PM

tengkiu TT
nak amalkan makthurat lepas subuh dan maghrib pun ok juga.

dubuk Publish time 11-5-2020 08:47 PM

terima kasih

Lavender85 Publish time 11-5-2020 09:16 PM

Tinot7 replied at 11-5-2020 08:41 PM
tengkiu TT
nak amalkan makthurat lepas subuh dan maghrib pun ok juga.

ok jugak tu.. saya selalu kalau pagi lepas subuh akan baca selain al fatihah zikir ayat kursi.. saya akan baca al waqiah.. lepas maghrib sy baca al mulk.. Al kahfi sblm ni selalu baca lepas solat 5 waktu skrg selalu lupa .. so akan baca setiap kali ingat

Lavender85 Publish time 11-5-2020 09:17 PM

dubuk replied at 11-5-2020 08:47 PM
terima kasih

sama2 semoga urusan kita semua dipermudahkan

Lavender85 Publish time 11-5-2020 09:19 PM

kiah78 replied at 11-5-2020 08:41 PM
Terima kasih... share doa2 yang baik. Semoga urusan TT dipermudahkan...

sama2.. bukan urusan saya je .. saya harap urusan semua yg ada dalam forum ni dipermudahkan termasuk awk. saya faham x semua berani nak share masalah hidup dengan siapa2.

Tinot7 Publish time 11-5-2020 09:21 PM

Lavender85 replied at 11-5-2020 09:16 PM
ok jugak tu.. saya selalu kalau pagi lepas subuh akan baca selain al fatihah zikir ayat kursi.. sa ...

wow, baguihnya adik... iols takde la baguih mcm tu.. hehe

Lavender85 Publish time 11-5-2020 09:27 PM

Tinot7 replied at 11-5-2020 09:21 PM
wow, baguihnya adik... iols takde la baguih mcm tu.. hehe

saya dpt satu buku ni masa melawat kilang Al Quran kat Putrajaya.. Ada hamba Allah yg infaq kepada setiap pengunjung sorg satu. Dalam tu satu pakej. Surah Yassin , Al Waqiah , Al mulk, Al Sajdah , Al Kahfi.. so mudah sikit nak baca . cantik sgt buku tu .. harap ada pahala bagai air yg mengalir utk hamba Allah tu huhu

Tinot7 Publish time 11-5-2020 09:34 PM

Lavender85 replied at 11-5-2020 09:27 PM
saya dpt satu buku ni masa melawat kilang Al Quran kat Putrajaya.. Ada hamba Allah yg infaq kepada ...

aminn..   

awanysss Publish time 12-5-2020 08:49 AM

thanks tt.. best post..

rainbowrainz Publish time 18-5-2020 06:16 AM

Tq tuan tanah semoga kita semua dijauhkanlah dr hutang ni abis doa jgn lupa selitkan doa hutang ni takut takut disana x lepas je kalau kat dunia byk hutang...nahuzubillah

Lavender85 Publish time 18-5-2020 12:16 PM

rainbowrainz replied at 18-5-2020 06:16 AM
Tq tuan tanah semoga kita semua dijauhkanlah dr hutang ni abis doa jgn lupa selitkan doa hutang ni t ...

sama sama ;)
Pages: [1]
View full version: Amalan Untuk Yang Mempunyai Masalah Hutang / Hidup


ADVERTISEMENT