Siasatan Ajaran Sesat 'Agama Melayu' Di Peringkat Akhir
https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dh03L.img?h=798&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=fAhmad Marzuk Shaary ketika hadir tempat unit sajian hospital tumpat menyerahkan bantuan Tabung Musaadah COVID-19 JAKIM-Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Harian Metro
Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
Tumpat: Siasatan berhubung agama baharu dikenali sebagai 'Agama Melayu' yang menolak ajaran Islam, kini berada di peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata sebaik siasatan selesai, pihaknya akan membuat pengumuman.
Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk menyiasat memandangkan kes berkenaan di Selangor.
"Sekiranya siasatan mendapati wujud penyelewengan ajaran sesat, JAIS akan mengambil tindakan lanjut termasuk proses pendakwaan di mahkamah.
"Bagaimanapun, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat untuk menghukum seseorang individu berdasarkan video yang tular.
"Sebaliknya perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk menyiasat. Ini kerana soal penyelewengan akidah hanya boleh dinilai pihak tertentu, bukannya semua orang boleh tentukan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan bantuan Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
Media sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa agama sedang menyiasat dan meneliti tindakan sewajarnya berhubung isu agama baharu dikenali sebagai 'Agama Melayu' yang menolak ajaran Islam.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan, berkata sebagai agensi dakwah, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi kefahaman, pemurnian akidah dan fikrah.
Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan perkara berkenaan minggu lalu selepas tular sebuah video sebelum JAIS membuat siasatan. cerita bermusim...
kalau xde puak2 sesat ni, xde pula keje2 dari jabatan2 agama
sejak sebelum nabi2 wafat pun, memang akan ada isu2 ni
walau secangih hebat mana pon zaman berzaman
tetap akan ada bende2 sebegini...
kerna apa???:lol:
walau dlm forum cari pon
akan ade spesis kaldai2 sebegiini:lol:
Pages:
[1]