Al-Qur'an & Hadith: Bab: Bulan Ramadhan
Edited by boca120879 at 25-10-2021 02:57 AMAssalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Yahya bin Yahya, diceritakan oleh Malik, daripada Said bin Abu Said Al Maqbari,daripada Abu Salamah bin Abdurrahman,
Abu Salamah bin Abdurrahman bertanya kepada Aishah,"Bagaimanakah solat (sunnah) Rasulullah s.a.w.pada bulan Ramadhan?"
Aisyah menjawab,"Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat sunnahbaik ketika Ramadhanatau di luar Ramadhantidak lebih dari sebelas (11) rakaat,
Rasulullah s.a.w. mengerjakan empat (4) rakaat,kamu tidak perlu menanyakan kualiti dan panjang solatnya,
setelah itu Rasulullah s.a.w. mengerjakan empat (4) rakaat,kamu tidak perlu menanyakan kualiti dan panjang solatnya,
kemudian Rasulullah s.a.w. solat tiga (3) rakaat."
Aishah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,"Wahai Rasulullah, apakah anda tidur sebelum Witir?
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Wahai Aisyah, kedua-dua mataku memang tidur,namun hatiku tidak."
(Hadith Muslim no. 1219)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) Edited by boca120879 at 9-4-2021 01:26 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Hannad, diceritakan oleh Waki',
daripada Ali bin Mubarrak, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Janganlah mendahului untuk berpuasa
sehari (1) atau dua (2) hari
sebelum bulan Ramadhan,
kecuali jika seseorang terbiasa berpuasa,
maka dia boleh berpuasa."
(Hadith Tirmidzi no. 621)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Abu Salamah bin Abdurrahman bertanya kepada Aishah,
"Bagaimanakah solat (sunnah) Rasulullah s.a.w.
pada bulan Ramadhan?"
Aisyah menjawab,
"Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat sunnah
baik ketika Ramadhan
atau di luar Ramadhan
tidak lebih dari sebelas (11) rakaat,
Salam....
Tentang pertanyaan solat dalam hadith ni ada Ulama menjelaskan tentang ia berkaitan solat malam (tahajjud), kerana samada ketika Ramadhan ataupun luar Ramadhan solat itu sama bilangannya yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW.
Solat Tarawih tidak dilakukan di luar Ramadhan. Terdapat banyak riwayat tentang bilangan rakaat solat Tarawih yang melebihi 11 rakaat (termasuk witir).
WAllahu a'lam
Edited by boca120879 at 21-4-2021 08:40 AM
mnm77 replied at 21-4-2021 06:43 AM
Salam....
Tentang pertanyaan solat dalam hadith ni ada Ulama menjelaskan tentang ia berka ...
Salam.
Kesimpulan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (26 Mei 2017)
berkenaan Rakaat Solat Tarawih
setelah meneliti beberapa Hadith berkaitan:
Rujukan
".....Adapun beramal dengan sepertimana dilakukan oleh
Nabi SAW, Abu Bakar ra dan di awal pemerintahan Umar ra
adalah aula dan afdhal
iaitu dengan bersolat lapan rakaat atau sepuluh rakaat tanpa (solat) witir.
Kemudian seterusnya dari segi kelebihan,
melakukannya dua puluh rakaat
sebagaimana amalan pada akhir pemerintahan Umar ra, Uthman ra dan Ali kw.
Sesungguhnya qiamullail itu digalakkan
tanpa disebut had bilangannya oleh syarak."
Tetapi saya lebih cenderung untuk memilih 8 rakaat
untuk Solat Qiyam Ramadhan saya.
Wallahu a'lam
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Musaddad, diceritakan oleh Yazid bin Zurai', diceritakan oleh Daud bin Abu Hind,daripada Al Walid bin Abdurrahman, daripada Jubair bin Nufair, daripada Abu Dzar,
"Kami pernah berpuasa Ramadhan bersama Rasulullah s.a.w.,
dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat malambersama kami sedikit pun dalam sebulansampai berlalu sepertiga (1/3) malam,
setelah malam keenam (6) (dari akhir bulan),Rasulullah s.a.w. juga tidak mengerjakan solat malam bersama kami,
ketika pada hari kelima (5) (dari akhir bulan),Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat malam bersama kamihingga tengah malam pun berlalu.
Maka kata Abu Dzar,"wahai Rasulullah, alangkah baiknya sekiranya anda memperbanyak solat sunnah (qiyamullail)pada malam hari ini untuk kami!."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya apabila seseorang solat malam bersama imam hingga selesai,maka akan dicatat baginya seperti bangun (untuk mengerjakan solat malam) sepanjang malam."
Kata Abu Dzar,"Ketika malam keempat (4) (dari akhir bulan)Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan solat malam (bersama kami),
setelah malam ketiga (3) (dari akhir bulan),Rasulullah s.a.w. mengumpulkan keluarganya, isteri-isterinya dan orang-orang,lalu melakukan solat malam bersama kami,sampai kami khuatir ketinggalan al-Falah."
Jubair bin Nufair bertanya,"Apakah al-Falah itu?"
Jawab Abu Dzar,"Waktu sahur,
kemudian Rasulullah s.a.w. tidak lagi melakukan solat malam bersama kamipada malam-malam berikutnya dari sebulan itu."
(Hadith Abu Daud no. 1167)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by mnm77 at 22-4-2021 11:35 AM
boca120879 replied at 21-4-2021 04:37 PM
Salam.
Kesimpulan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (26 Mei 2017)
Salam...
Ya, tiada masalah untuk tunaikan 8 atau 20 rakaat tarawih (atau lebih sehingga 36 rakaat), kerana ia merupakan solat sunat (yang dituntut), dan bilangannya sahaja yang diperselisihkan... terpulang...
Saya lebih cenderung untuk ikut bilangan seperti yang diamalkan secara kebiasaan di Masjid Al-Haram dan Masjid An-Nabawi (20 rakaat tambah 3 rakaat witir)
Waktu wabak covid-19, di Masjid Al-Haram pun solat dijarak-jarakkan... dan qiyam ramadhan pun dihadkan bilangan orang dan dipendekkan bilangan rakaat solat sunnat.
WAllahu a'lam
Edited by boca120879 at 22-4-2021 03:42 AM
mnm77 replied at 22-4-2021 03:28 AM
Salam...
Ya, tiada masalah untuk tunaikan 8 atau 20 rakaat tarawih (atau lebih sehingga 36...
Salam.
Tidak mengapa saudaraku.
Kita berbeza dalam soal ini.
Semoga Allah redha & memberkahi
segala kebaikan yang kita lakukan.
Insha Allah. Edited by boca120879 at 30-4-2021 01:52 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Salamah & Al Harits bin Miskin, diceritakan oleh Ibnul Qasim, diceritakan oleh Malik, daripada Nafi', daripada Ibnu 'Umar,
"Rasulullah s.a.w. mewajibkan zakat fitrah dalam bulan Ramadhan atas manusia sebanyak satu sha'(1 gantang) kurma atau satu sha' gandum,
atas setiap orang merdeka atau hamba, lelaki atau wanita daripada kaum Muslimin."
(Hadith Nasa'i no. 2456)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Al Laits, daripada Musa bin Ali, daripada ayahnya (Ali), daripada Abu Qais (hamba Amru bin Ash), daripada Amru bin 'Ash,Nabi s.a.w. bersabda,
"Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab ialah makan sahur."
(Hadith Tirmidzi no. 643)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah, diceritakan oleh Abu 'Awanah, daripada Qatadah & 'Abdul 'Aziz, daripada Anas,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat berkah."
(Hadith Nasa'i no. 2117)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Yahya bin Musa, diceritakan oleh Abu Daud At Thayalisi, diceritakan oleh Hisyam Ad Dastuwa'i, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, daripada Zaid bin Tsabit,
"Kami pernah sahur bersama Rasulullah s.a.w., kemudian kami solat berjema'ah (Subuh).
Anas bin Malik bertanya, "Berapa lama jarak (masa) antara sahur dan solat (Subuh)?
Zaid bin Tsabit menjawab, "Kira-kira lima puluh (50) ayat (al-Qur'an)."
(Hadith Tirmidzi no. 638)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 9-5-2021 04:16 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Umar bin Al Husain bin Ibrahim, diceritakan oleh Muhammad bin Abu Al Wazir Abu Al Mutharrif, diceritakan oleh Muhammad bin Musa, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada Abu Hurairah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Sebaik-baik (makanan) sahur bagi seorang Mukmin adalah tamar."
(Hadith Abu Daud no. 1998)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 27-4-2021 04:46 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Ibrahim, daripada Ibnu Syihab, daripada Ubaidullah bin Abdullah bin 'Utbah bin Mas'ud, daripada Ibnu Abbas r.a.,
"Rasulullah s.a.w. adalah orang yang paling pemurah membuat kebajikan, terutama pada bulan Ramadhan.
Kerana setiap tahun, Jibril selalu menemui Rasulullah s.a.w. setiap malam, hingga habis bulan Ramadhan.
Rasulullah s.a.w. memperdengarkan bacaan Qur'an kepadanya (Jibril)(dan Jibril menyemaknya).
Apabila Jibril menemui Rasulullah s.a.w., Rasulullah s.a.w. lebih giat lagi membuat kebajikan melebihi angin yang berhembus."
(Hadith Muslim no. 4268)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 28-4-2021 01:16 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad, diceritakan oleh 'Abdah, daripada Hisyam bin 'Urwah, daripada bapanya ('Urwah), daripada 'Aisyah r.a.,
"Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh (10) hari terakhir dari bulan Ramadhan dan bersabda,
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh (10) malam yang akhir dari Ramadhan."
(Hadith Bukhari no. 1880)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 30-4-2021 01:10 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Bisyr bin Hilal, diceritakan oleh 'Abdul Warits, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ramadhan telah datang kepada kalian,
ia adalah bulan berkah,
Allah a.w.j. telah mewajibkan kepada kalian berpuasa.
Pada bulan itu, pintu langit dibuka,
pintu neraka ditutup
dan syaitan dibelenggu.
Demi Allah, pada bulan itu ada satu (1) malam yang lebih baik daripada seribu (1000) bulan.
Barangsiapa yang tidak mendapat kebaikannya,
maka sungguh dia (ditakdirkan untuk) tidak mendapatkannya."
(Hadith Nasa'i no. 2079)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) Edited by boca120879 at 30-4-2021 01:15 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Abdul Malik bin Abu Asy Syawarib & Abu Ishaq Al Harawi Ibrahim bin Abdullah bin Hatim, kedua-duanya diceritakan oleh Abdul Wahid bin Ziyad, diceritakan oleh Al Hasan bin Ubaidullah, daripada Ibrahim An Nakha'i, daripada Al Aswad, daripada Aisyah,
"Nabi s.a.w. pada sepuluh (10) hari yang akhir (Ramadhan)
sangat bersungguh-sungguh (beribadah),
sesuatu yang tidak Nabi s.a.w. lakukan
pada hari-hari yang lain."
(Hadith Ibnu Majah no. 1757)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 30-4-2021 01:15 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abdullah bin Muhammad Az Zuhri, diceritakan oleh Sufyan, daripada Ibnu Ubaid bin Nisthas, daripada Abu Adl Duha, daripada Masruq, daripada Aisyah,
"Jika telah masuk sepuluh akhir (10 hari terakhir Ramadhan),
Nabi s.a.w. memperketatkan kain sarungnya
(menahan diri daripada hubungan kelamin dengan isteri)
dan mengejutkan keluarganya
(untuk ibadah malam)."
(Hadith Ibnu Majah no. 1758)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Hannad, diceritakan oleh Abdurrahim, daripada Abdul Malik bin Abu Sulaiman, daripada 'Atha`, daripada Zaid bin Khalid Al Juhani,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang memberi makan (untuk) orang yang berbuka,
dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun."
(Hadith Tirmidzi no. 735)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 3-5-2021 01:22 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Rafi', diceritakan oleh Abdurrazaq, diceritakan oleh Ibnu Juraij, diceritakan oleh Atha`, daripada Abu Shalih Az Zayyat, daripada Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Allah a.w.j telah berfirman,
'Setiap amal anak Adam adalah untuk dirinya kecuali puasa.
Puasa itu adalah untuk-Ku,
dan Akulah yang akan memberinya pahala.'
"Dan puasa itu adalah perisai.
Apabila kamu puasa,
maka janganlah kamu merosakkan puasamu dengan hubungan kelamin,
dan jangan pula menghina orang.
Apabila kamu dihina orang atau pun diserang,
maka katakanlah, ''Sesungguhnya saya sedang berpuasa."
Demi Allah, yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya.
Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah
pada hari kiamat kelak
daripada wanginya kasturi.
Dan bagi mereka yang berpuasa ada dua (2) kebahagiaan.
1) Dia merasa senang saat berbuka lantaran puasanya;
2) dan senang pula saat berjumpa dengan Rabbnya juga kerana puasanya.
(Hadith Muslim no. 1944)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 10-5-2021 03:09 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Abu Mu'awiyah & Waki', daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Setiap perbuatan (pahala) anak Adam akan digandakan baginya,
satu (1) kebaikan dibalas dengan sepuluh (10) kali ganda,
sehingga tujuh ratus (700) kali ganda.
Allah s.w.t. berfirman,
"Kecuali puasa,
sesungguhnya puasa itu milik-Ku
dan Akulah yang akan membalasnya."
(Hadith Ibnu Majah no. 3813)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages:
[1]
2