boca120879 Publish time 24-4-2021 02:41 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sedekah vs. Meminta-minta

Edited by boca120879 at 30-10-2022 08:51 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Isma'il bin Mas'ud, diceritakan oleh Khalid, diceritakan oleh Syu'bah, diceritakan oleh 'Amru bin Murrah, diceritakan oleh Khaitsamah, daripada 'Adi bin Hatim,

"Ketika Rasulullah s.a.w. menyebutkan tentang neraka,
wajah Rasulullah s.a.w. berubah
(kerana takut padanya),
lalu Rasulullah s.a.w berlindung daripadanya.

Syu'bah menyebutkan bahawa
Rasulullah s.a.w. berlindung daripada api neraka sebanyak tiga(3) kali,

lalu Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Takutlah kalian dengan api neraka,
walaupun dengan menginfakkan sepotong kurma.

Jika kalian tidak mendapatkannya,
maka dengan berkata baik."

(Hadith Nasa'i no. 2506)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 25-4-2021 10:30 AM

Edited by boca120879 at 17-6-2022 02:19 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdullah bin Muhammad bin Asma` Adl Dluba`i, diceritakan oleh Mahdi (Ibnu Maimun), diceritakan oleh Washil (bekas hamba Abu 'Uyainah), daripada Yahya bin 'Uqail, daripada Yahya bin Ya'mar, daripada Abul Aswad Ad Du`ali, daripada Abu Dzar,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Setiap pagi daripada setiap sendi kalian
memerlukan sedekah,

setiap tasbih adalah sedekah,
setiap tahmid adalah sedekah,
setiap tahlil adalah sedekah,
setiap takbir adalah sedekah,
setiap amar makruf nahi mungkar
(mengajak kepada kebaikan & mencegah kemungkaran) adalah sedekah.

Dan semuanya itu dicukupi dengan
dua (2) raka'at (solat sunat) Dhuha."

(Hadith Muslim no. 1181)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 4-5-2021 09:00 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Al Qasim bin Zakariya, diceritakan oleh Khalid bin Makhlad, diceritakan oleh Sulaiman bin Bilal, diceritakan oleh Mu'awiyah bin Abu Muzarrid, daripada Sa'id bin Yasar, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun.
Salah satunya memohon,'Ya Allah, berikanlah ganti bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya.'
Dan satu lagi memohon,'Ya Allah, musnahkanlah harta si bakhil."
(Hadith Muslim no. 1678)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 25-10-2021 10:52 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Muhammad bin Abdul A'la, diceritakan oleh Khalid, diceritakan oleh Ibnu 'Aun, daripada Hafshah, daripada Ummu Ar Raaih, daripada Salman bin 'Amir, Nabi s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya sedekah kepada orang miskin,pahalanya satu (1) sedekah.
Sedangkan sedekah kepada kerabat (hubungan silaturrahim)pahalanya dua (2),pahala sedekah dan pahala silaturrahim."
(Hadith Nasa'i no. 2535)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 30-10-2022 04:52 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Yahya bin Yahya & Qutaibah bin Sa'id, daripada Hammad bin Zaid, daripada Harun bin Riyab, diceritakan oleh Kinanah bin Nu'aim Al 'Adawi, daripada Qabishah bin Mukhariq Al Hilali,
"Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua (2) kabilah yang saling bersengketa).
Lalu aku datang kepada Rasulullah s.a.w., meminta bantuan Rasulullah s.a.w. untuk membayarnya.
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Tunggulah sampai orang datang menghantarkan zakat.Nanti kusuruh menyerahkannya kepadamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. melanjutkan sabdanya,"Hai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (haram) kecuali untuk tiga (3) golongan.
1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua (2) orang yang saling bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Bila hutangnya telah lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-meminta.
2) Orang yang terkena bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya.
3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga (3) orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta, sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak (baginya).
Selain daripada tiga (3) golongan itu, haram baginya untuk meminta-minta.
Dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu."
(Hadith Muslim no. 1730)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 16-1-2023 05:45 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ibnu Numair, diceritakan oleh ayahnya, diceritakan oleh Abdul Malik, daripada 'Atha`, daripada Jabir,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seorang Muslim yang bercucuk tanam, kecuali
setiap tanaman yang dimakannya bernilai sedekah baginya.
Apa yang dicuri orang daripadanya menjadi sedekah baginya.
Apa yang dimakan binatang liar menjadi sedekah baginya.
Apa yang dimakan burung menjadi sedekah baginya.
Dan tidaklah seseorang mengambil daripadanya, melainkan ia menjadi sedekah baginya."
(Hadith Muslim no. 2900)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 29-5-2023 11:11 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Muslim no. 1698Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Suwaid bin Sa'id, diceritakan oleh Hafsh bin Maisarah, daripada Musa bin Uqbah, daripada Abu Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Ada seorang lelaki berkata,"Malam ini, aku benar-benar akan bersedekah."
"Maka lelaki itu pun keluar membawa sedekahnya.Dan disedekahkannya kepada wanita pelacur. Esok harinya, orang-orang pun mengatakan bahawa malam tadi ada pelacur yang diberi sedekah. Maka lelaki itu berdoa,"Ya Allah, segala puji bagi-Mu yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh di tangan pelacur. Aku akan bersedekah lagi."
"Dia pun pergi dengan membawa sedekahnya.Lalu diberikannya kepada orang kaya. Esok harinya, orang-orang pun membicarakannya bahawa malam tadi ada orang yang memberi sedekah kepada orang kaya. Maka lelaki itu pun berkata,"Ya Allah, untuk-Mulah segala puji, kerana Engkau telah menjadikan sedekahku jatuh di tangan orang yang kaya.Aku akan bersedekah lagi."
Kemudian dia pergi lagi dengan membawa sedekahnya.Dan diberikannya kepada pencuri. Esok harinya,orang-orang pun membicarakannya bahawamalam tadi ada orang yang bersedekah kepada pencuri. Lelaki yang bersedekah itu pun berujar,"Segala puji bagi Allah yang telah mentakdirkan sedekahku jatuh pada pelacur, kepada orang kaya, dan kepada pencuri."
Kemudian lelaki itu didatangi malaikat seraya berkata,"Sedekahmu telah diterima oleh Allah.
Adapun sedekahmu yang jatuh ke tangan perempuan pelacur, semoga dia berhenti daripada perbuatan melacur.
Yang jatuh kepada orang kaya,semoga dia menyedari dirinya dan bersedekah pula.
Sedangkan yang jatuh kepada si pencuri, semoga dia berhenti mencuri."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

DARSITA Publish time 11-6-2023 06:09 AM

Bersedekah ini utk hilangkan sifat ketamakkan dan kedekut kita.

BErsedekah menunjukkan kita redha dgn perintah Allah SWT.

Semoga kita semua boleh melatih diri utk bersedekah subuh.
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sedekah vs. Meminta-minta


ADVERTISEMENT