Al-Qur'an & Hadith: Bab: Dunia vs. Akhirat
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhDiceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Affan,
diceritakan oleh Hammad bin Salamah, diceritakan oleh Tsabit,
daripada Abu Uthman an-Nahdi, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Penduduk neraka yang seksaannya paling ringan
adalah Abu Talib,
dia memakai dua sandal
yang mana otaknya mendidih
kerana panas kedua-duanya (sandal)."
(Hadith Muslim no. 312)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 24-5-2021 11:03 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Al Khalil bin 'Amru, diceritakan oleh Muhammad bin Salamah Al Harrani, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Humaid At Thawil, daripada Anas bin Malik,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada hari kiamat,
akan didatangkan seorang kafir
yang paling merasakan nikmat ketika di dunia,
lalu dikatakan,
"Celupkanlah dia ke dalam neraka!"
Maka dia pun ditenggelamkan ke dalam neraka.
Kemudian dikatakan kepadanya,
"Wahai fulan, apakah kamu mendapatkan sedikit kenikmatan?"
Dia menjawab,
"Tidak, saya tidak pernah merasakan kenikmatan sama sekali."
Kemudian didatangkan seorang mukmin
yang paling menderita dan paling berat cubaannya (ketika di dunia),
lalu dikatakan (kepadanya),
"Masukkanlah dia ke dalam syurga!"
Maka dia pun dimasukkan ke dalam syurga. Kemudian ditanyakan kepadanya,
"Wahai fulan, apakah kamu merasakan sedikit penderitaan atau cubaan?"
Dia menjawab,
"Tidak, tidak sedikit pun saya merasakan penderitaan atau cubaan."
(Hadith Ibnu Majah no. 4312)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya) MasyaAllah.... Seronok baca.. Teruskan menulis Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِKetahuilah, bahawasesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainandan suatu yang melalaikan,perhiasandan bermegah-megah antara kamuserta berbangga-banggaan tentang banyaknya hartadan anak,
كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُونُ حُطَامًاseperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani,kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
وَفِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٌDan di akhirat ada azab yang beratdan keampunan daripada Allahserta keredhaan-Nya.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِDan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenanganbagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Hadid 57:20)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh Abdullah bin Al Mubarak, daripada Ma'mar & Yunus, daripada Az Zuhri, daripada 'Urwah bin Az Zubair, daripada Al Miswar bin Makhramah, daripada Amru bin 'Auf (sekutu Bani 'Amir bin Lu`ai),
"Amru bin 'Auf turut serta dalam perang Badarbersama Rasulullah s.a.w.
Amru bin 'Aufmemberitahubahawa Rasulullah s.a..w mengutuskan Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah.Lalu Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah datang membawa harta dari Bahrain.
Dan kaum Anshar mendengar kedatangan Abu 'Ubaidah.Lalu mereka solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w.
Setelah solat,Rasulullah s.a.w. bergegas pergi.Lalu kaum Anshar menemui Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika melihat mereka.
Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda,"Aku merasa kalian mendengar bahawa Abu 'Ubaidah datang membawa sesuatu."
Kaum Anshar berkata,"Benar, wahai Rasulullah."
Rasulullah s.a.w.bersabda,"Bergembiralah dan berharaplah apa yang menggembirakan kalian.
Demi Allah,bukan kemiskinan yang aku takutkan pada kalian.
Tapi aku takut dunia (termasuk harta kekayaan) dibentangkan untuk kalian seperti halnya dibentangkan pada orang sebelum kalian.
Lalu kalian berlumba-lumba mendapatkannyasebagaimana mereka (orang sebelum kalian) berlumba-lumba mendapatkannya.
Lalu ia membinasakan kalian seperti halnya mereka (orang sebelum kalian)."
(Hadith Tirmidzi no. 2386)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 13-3-2023 05:35 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Sa'id bin Syurahbil, diceritakan oleh Laits, daripada Yazid, daripada Abu Al Khair, daripada 'Uqbah bin 'Amir,
"Nabi s.a.w. pada suatu hari keluar.Lalu mendirikan solat bagi para syuhada perang Uhud,iaitu solat jenazah.
Kemudian Nabi s.a.w. menuju ke mimbar.Lalu bersabda,
"Aku akan mendahului kalian dan aku bersaksi atas kalian bahawa aku, demi Allah, sekarang sedang melihat telagaku (di syurga) dan sungguh aku telah diberikan kunci-kunci perbendaharaan (kekayaan) bumi.
Dan aku, demi Allah, sepeninggalanku,aku tidak takut kalian berbuat syirik.
Tapi yang aku takutkan adalah kalian berlumba-lumba mendapatkan harta dunia.
(Hadith Bukhari no. 3329)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages:
[1]