boca120879 Publish time 26-6-2021 02:23 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Nasihat & Dakwah

Edited by boca120879 at 26-6-2022 12:11 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah, diceritakan oleh Al A'masy, daripada Syaqiq, daripada Usamah bin Zaid,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Seseorang didatangkan pada hari kiamat kemudian dilemparkan ke neraka
sehingga ususnya terburai keluar
dan berputar-putar di neraka
seperti keldai memusing kisaran gandumnya.

Kemudian penduduk neraka bertanya,
"Hai fulan! Apa yang menimpamu,
bukankah dulu
kau menyeru kepada kebaikan
dan melarang daripada kemungkaran?"

Dia menjawab,
"Benar, dulu saya menyeru kepada kebaikan
tapi saya tidak melakukannya.

Dan saya melarang daripada kemungkaran
tapi saya melakukannya."

(Hadith Muslim no. 5305)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 9-6-2022 12:02 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Basysyar, diceritakan oleh Shafwan bin Isa, daripada Muhammad bin Ajlan, daripada Al Qa'qa' bin Hakim,daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Agama itu adalah nasihat." Rasulullah s.a.w. mengulanginya sehingga tiga (3) kali.
Kemudian para sahabat bertanya, "Untuk siapakah wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Untuk Allah, Kitab-Nya, para pemimpin dan kaum muslimin seluruhnya."
(Hadith Tirmidzi no. 1849)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 23-6-2022 05:51 PM

Edited by boca120879 at 23-6-2022 10:09 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَWahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
(Surah As-Saff 61:2)
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَAmat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
(Surah As-Saff 61:3)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 26-6-2022 08:00 AM

Edited by boca120879 at 26-6-2022 03:28 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Peringatan kepada Orang Kafir& Orang yang Banyak TinggalkanPerintah Allah & Rasul-Nya
حَتَّىٰ إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), sehingga apabila datang kematian kepada salah seorang daripada mereka, dia berkata,"Ya Tuhanku,kembalikanlah aku (ke dunia).
(Surah Al-Mu'minun 23:99)
لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ Agar aku berbuat amal soleh dalam perkara-perkarayang telah aku tinggalkan.
كَلَّاSekali-kali tidak.
إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا Sesungguhnya itu adalah perkataanyang diucapkannya sahaja.
وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَSedang di hadapan merekaada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya)sehingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
(Surah Al-Mu'minun 23:100)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 21-3-2023 10:56 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Budail bin Quraisy al Yamiyyu al Kufi, diceritakan oleh Abdullah bin Numair, daripada Umarah bin Zadzan, daripada Ali bin al Hakam, daripada 'Atha',daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu yang dia ketahui.
Kemudian dia menyembunyikannya.
Maka dia akan disebat pada hari kiamat dengan cemeti dari neraka."
(Hadith Tirmidzi no. 2573)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 5-4-2023 09:40 AM

Edited by boca120879 at 5-4-2023 01:46 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakr bin Abu Syaibah, Abu 'Amir Al Asy'ari & Muhammad bin Al 'Allaa, (lafaz Abu 'Amir Al Asy'ari) diceritakan oleh Abu Usamah, daripada Buraid, daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa, Nabi s.a.w. bersabda,
"Perumpamaan agama bahawa aku diutus oleh Allah a.w.j. dengannya, iaitu berupa petunjuk dan ilmu ialah bagaikan hujan yang jatuh ke bumi.
Antaranya, ada yang jatuh ke tanah subur yang dapat menyerap air.Maka tumbuhlah padang rumput yang subur.
Antaranya pula, ada yang jatuh ke tanah yang keras sehingga air bertakung kerananya. Lalu air itu dimanfaatkan oleh orang ramaiuntuk minum, menyiram kebun dan menternak.
Dan ada pula yang jatuh ke tanah tandus, tidak menakungkan air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.
Seperti itulah perumpamaan,orang yang mempelajari agama Allah dan mengambil manfaat daripadanya.Belajar dan mengajar.
Dan perumpamaan orang yang tidak mahu tahu dan tidak menerima petunjuk Allah bahawa aku diutus dengannya."
(Hadith Muslim no. 4232)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Nasihat & Dakwah


ADVERTISEMENT