Ciptaan Genius Yang Patut Ada Di Seluruh Dunia
Edited by Raline at 9-7-2021 07:44 PMCiptaan Genius Yang Patut Ada Di Seluruh Dunia
WvRmu7NtWFc
Ciptaan sentiasa muncul setiap hari di seluruh dunia, dan beberapa ciptaan genius ini adalah penyelamat dan sangat berguna untuk kehidupan seharian kita.
Anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ciptaan hebat ini tidak berada di seluruh tempat. Jadi mari kita lihat beberapa idea paling genius di dunia yang mesti ada di mana saja.
1. Lampu Isyarat LED
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/j9eZTZ05e4HLttUZk1yDtLtJ-4fXYrTVm0WGurNHhy4-768x768.jpg
Ini adalah lampu isyarat baru yang diperkenalkan di Turki dan direplikasi di Ukraine. Ciptaan hebat ini menggunakan lampu LED dan dipasang sekitar tiang lampu isyarat. Tujuannya agar warna lampu isyarat yang bersesuaian sahaja dapat dilihat oleh penumpang jika penglihatannya terhalang oleh kenderaan yang besar.
2. Troli membeli-belah dengan kalkulator
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/rw6kaabbwvjz-edited.jpg
Memasang kalkulator di troli membeli-belah mungkin idea yang bijak dan boleh membantu agar tidak terlebih bajet semasa membeli barang di pasar raya. Ia juga lebih memudahkan daripada memegang telefon pintar semasa membeli-belah.
3. Cawan anti titisan
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/fc5f645d4eba978c3890213b05.jpg
Ciptaan cawan anti titisan ini mungkin satu-satunya penyelesaian yang mudah untuk mengelak air daripada menitis ke permukaan meja. Anda tidak perlu susah-susah untuk mengelap meja lagi.
4. Mesin Bayar Dengan Plastik
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/plasticle-bottle-recycling-768x536.jpg
Ciptaan genius ini boleh mendorong orang untuk menyimpan sampah. Stesen kereta api bawah tanah China kini mengandungi mesin di mana anda boleh menyimpan botol plastik sebagai bayaran kredit pada kad metro anda. Ciptaan ini harus berada di seluruh dunia agar dapat mengurangkan pembuangan sampah di merata tempat.
5. Rambler Socket
ambler Socket yang dicipta oleh Meysam Movahedi mempunyai kabel sambungan yang terpasang di dinding itu sendiri, dan juga dapat digunakan dengan cara biasa. Ia mengandungi kabel tambahan 1.5 meter dan hanya memerlukan penarik lembut untuk melilitnya kembali ke dinding. Amat sempurna jika anda ingin vakum keliling rumah tanpa perlu mengubah soket banyak kali.
6. Cermin Papan Seterika
https://plus.wiser.my/wp-content/uploads/2021/04/25c8cc5827b398b7fd47a7649e.jpg
Ciptaan ini dapat muwujudkan persekitaran yang sesuai dengan keperluan fizikal pengguna. Cermin papan seterika ini membantu pengguna memastikan pakaiannya diseterika dengan kemas. Kan senang kalau ada papan seterika ini? Tidak perlu tengok di cermin meja solek lagi.
Alangkah bagusnya jika ciptaan genius dan berguna ini direplika di seluruh dunia. Ciptaan ini pasti dapat memudahkan kehidupan seharian kita dan menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.
Sumber:https://plus.wiser.my
Nombor 4 tu patut ada Wow!!semua I loike akuchenta replied at 6-7-2021 09:11 PM
Nombor 4 tu patut ada
No 4 tu dah lama patut ada . Kat eropah salah satu sebab bersih dari plastik sebb ada mesin ni. Cantik lampu led tu..{:loveo
Y plastik tu bagus kalau ada kt malaysia,,cuma hrp xde y bt hal laa g vandalize plak mesin tu.. Mesin jual botol kosong tu bila nk ada kt Malaysia tutup mata, terus lampu padam. lil_honey replied at 7-7-2021 11:12 PM
tutup mata, terus lampu padam.
WvRmu7NtWFc
Semua menarik Semua best [AceHand SPECTaceLAR]
Nombo satu tu patotnya dah lama buat secara menyeluruh... Ni sesetengah tempat jer hada...
Jizzz... Klong! Klong!
Pages:
[1]