ada contoh ngan aku baru nih.. byk yg lebih.. sebab tak smpt nak jual.. last2 bini aku amik buat baju semua.. hahaha Originally posted by mak_zikri at 28-9-2007 01:27 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Agak2 ade sape yang tahu tak dalam berapa agaknye modal nak bisness kain ela ni...especially yg saiz bisnessnya mcm Nagoya tu...ratus2 ribu yek..
Kalau mcm Euro Moda tu mmg confirm la kot coz...
mau RM800 K kot...
jekel tu takyah citer la....mamak mmg pandai buat duit.. tak kuar lagi ke nih.. mamak je ke yg pandai ?.. melayu tak pandai ke?....
Reply #27 sinar_inspirasi's post
betuah bini sinar....:D Originally posted by barney1412 at 28-9-2007 04:53 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gifbetuah bini sinar....:D
kalau laki haku pemborong kain pun....haku pilih yang lawa2 dulu buat baju....
bakinyer baru haku jual.....:loveliness: bro sinar...tak der sample2 nak cuci mata, kain ela yang macam mana nak bawak masuk m'sia... ada design baru..teringin gak :loveliness: Alhamdullilah ok gak sekarang ni dah ada untuk kain ela.memang sekarang ni pun tengah meniaga kain ela.Kalau nak ikut sekarang ni yang monopoli adalah orang Pakistan dan China.Saya pun sekarang ni ambik dengan Pakistan untuk kain kosong untuk buat kemeja dan seluar sebab kualiti nya ok tetapi daripada China pun ok juga asalkan mahal ler.Sekarang ni memang saya tengah concentrated ngan kain ela nih.2 minggu lepas saya jumpa ader satu supplier daripada China dia jual kain Jaquard,Chiffon,Silk dan Opel datang ke mari suruh saya jadi agen kat sini.dan minggu lepas saya jumpa satu supplier daripada Vietnam dia pun suruh saya jadi ejen kat sini.Dia jual kain jenis lace,brokad dan .Yang Ejen dari Vietnam tu saya bawa dia jalan-jalan kat Jalan TAR,punyalah dia hangin sebab rupanya Vietnam banyak supply kain Lace ke Indonesia dia ada banyak customer daripada Jakarta kat Pasar Baru tu dan daripada Indonesia kain tu di esport ke Malaysia ler.Dia hari tu banyak bawak kain sample memang cantik-cantik geram nyerrrr.Tapi cam ner nak jadi ejen sebab kalau nak order kena ambik tak kurang satu design 2000 yards. huhuhuhuhu ake tak der modal banyak tu. Tapi kain ela yang dipakai oleh wanita ni saya suka cari yang stocklot jer murah sikit terutama daripada Korea dan Jepun kain dia walaupun stock lot tapi cantik-cantik dan berkualiti. aku ada pengalaman bab ni. lama juga aku buat, untung lumayan tu. cerita la sikit pengalaman tu..modal berape..nak tahu gak ni.. Originally posted by mamaeli at 2-10-2007 08:50 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Alhamdullilah ok gak sekarang ni dah ada untuk kain ela.memang sekarang ni pun tengah meniaga kain ela.Kalau nak ikut sekarang ni yang monopoli adalah orang Pakistan dan China.Saya pun sekarang n ...
modal berapa semua tu?... Originally posted by sinar_inspirasi at 3-10-2007 08:51 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
modal berapa semua tu?...
Modal bergantung kepada kita lah,macam saya kecil-kecil jer tak sampai RM 5K sebab ambik sikit2 tak berani lagi nak ambik banyak2 yang penting ambik mesti abiskanlah kalau tak rugi.saya cari yang stocklot jer.Kain Stocklot ni ader kat sini.Stocklot tu maknanyer apabila seorang buyer tu pesan kat kilang kain contohnya 1 kontena tapi tak jadi order dia kensel order tapi payment dah dibuat separuh oleh buyer tu.Jadi kilang tu let go je barang diorang murah murah.Tapi modal banyak je tak cukup kalau tak de pelanggan,kain pasang ni yang penting ader pelanggan lah dan kaki banyak,baru boleh jalan sebab nak carry stock banyak-banyak pening wooo.kalau nak niaga kain pasang pun susah sorang-sorang sebab kalau tak laku camner. kira-kira modal nak buat kedai kain pasang dalam RM1-2 Juta kalau nak betul-betul tokey.kat sini yang penting kaki kena banyak tak cukup 4-5 orang kena seluruh Malaysia. Originally posted by mamaeli at 4-10-2007 12:51 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Modal bergantung kepada kita lah,macam saya kecil-kecil jer tak sampai RM 5K sebab ambik sikit2 tak berani lagi nak ambik banyak2 yang penting ambik mesti abiskanlah kalau tak rugi.saya cari...
Kilang yang ada jual stoklot tu kat mana ? selain stoklot, ada lagi tak cara lain?
Reply #36 iqbalriad's post
boleh bagi contact no, saya nak cuba jual kain ataucall saya 013 3944202 dah lepas2 raya ni agak2 jual kain laku lg ke? Originally posted by mrs_teratai at 5-10-2007 01:00 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gifdah lepas2 raya ni agak2 jual kain laku lg ke?
laku..sebab org nak buat baju pakai gi rumah kawin plak.. kak teratai jangan risau..saya sendiri jual kain..tapi kecil-kecilan je lah..sekarang ni stok dah abis..tapi orang masih tanya ada kain lagi ke idak..lepas raya diorang pun tak kesah...maybe market saya org keje gomen kot:lol:dulu saya suka-suka je jual kain sebab nak carik duit lebih..target saya sampai raya je sbb permintaan mesti banyak..tapi bila dah jual ni rasa syok pulak and susah nak berenti. setakat ni saya amik stok saya ngan org kemboja je. modal pun kecik. yg lagi best kalau tak laku boleh tukar ngan yang lain. diorang biasanya jual kain kat pasar-pasar.
Untung memang besar dalam 70 - 100%. Kadang-kadang lebih tengok jenis kain. tu yang saya suka. saya penah jugak jual tudung..tapi lambat nak balik modal..modal dah lah besar..terus surender...tak pel ah..kosentrate jual kain je..Kalau ada org melayu tulen yang jadik tokey kedai kain ni..saya memang respect..selain org cina, india and pakistan..jangan lupa org kemboja..kalau jalan kat pasar-pasar tempat saya ni diorang saja yg meniaga..kadang-kadang saya terfikir jugak tau ,camne diorang adamodal banyak tu..heran betul lah..he..he Originally posted by rinadini at 7-10-2007 09:22 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kak teratai jangan risau..saya sendiri jual kain..tapi kecil-kecilan je lah..sekarang ni stok dah abis..tapi orang masih tanya ada kain lagi ke idak..lepas raya diorang pun tak kesah...maybe mark ...
ha ah saya setuju pendapat awak ti saya pun kecik-kecik ciput jer takut lagi nak besau-besau hehehe takut tak leh laku fening aku nanti nak fusing modal.Betul saya luper lak orang Kemboja,diorang pun menjual kain jugak....ha ni ader lagi orang Minang dari Indon tuh bersepah kat Chow Kit.Saya kenal sorang kakak yang ader bukak kedai Kain kat Aked Malindo Kat Chokit tu dia Melayu lah owner kedai kain tu.Saya tenya dia camner dia start bukak kedai kain.sengeh-sengeh ajer dia bagitau semuanyer yang keluar modal Indon-Indon tu diorang nak guna nama Melayu jer dalam business diorang tapi akak tu ader lah syer.
Bila saya wat survey,kalau setakat nak bukak kedai cam kat Jalan TAR ala yang macam kedai-kedai Aked tu dalam RM300K lebih kurang maksima lah tu.Sewa kedai dalam RM2500(kedai kecik) deposit 2 bulan pastu baki boleh beli kain .tapi kalau ader modal RM300K baik ambik supplier kat kedai-kedai Jalan TAR tu jer senang. Daripada kalau ambik direct kat Luar Negeri Camner kalau Kain tu tak Habis? kat Chokit tu depa kain tak abis,diorang tukar-tukar sesama depa jer so korang kena jadi geng depalah kalau nak bukak kain kat area Jalan TAR ker atau Chokit.Biasanya kat satu-satu Aked tu ader ketua lah.ketua dia yang ambik barang kat Luar negeri dan diagih-agihkan kat kedai-kedai kat situ.Yang jadi Tokeh tu memanglah kena invest tak kurang RM1 juta untuk beli kain drp Luar Negeri duit tu atau dia collect daripada penjual-penjual kain yang nak invest dan beli kain atau duit dia sendiri dan dijual kepada peniaga-peniaga kat situ.Kiranyer jaringan perniagaan mereka ni cukup kuat.:lol: :lol: Hmmm camtu lebih kuranglah.so macam aku yang bekerja nih hik...hik...hik jadi sambilan jer.Insyaallah tengah belajar-belajar selok belok dalam dunia Kain Ela nih.Kalu ader duit nanti boley ler bukak.