Khutbah Terakhir Rasullullah
Post Last Edit by selendangmerah at 9-8-2009 10:34KHUTBAHINI DISAMPAIKANPADA9ZULHIJJAHTAHUN10 HIJRAHDILEMBAH URANAH,GUNUNG‘ARAFAH
Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan...
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini..
Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yangmelibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.
adakah maksudnya umatnya di akhir zaman lebih memahami ajarannya walaupun bilangannya sedikit dan lemah...:) mungkin gaks..
tp.. skang neh ramai yg jahil n xnak belajar.. senang je
makin nampak percanggahannya sekarang kan
antara ISLAM yg NABI bawa
dgn ISLAM sekarang niiiii
betoiiii ka lagu tu?????????:L MMG R X BTOI..
TP.. NAK BUAT CEMANA.. ORG NAK PAKAI ISLAM BARU..
BUKAN ISLAM YG NABI BAWA nabi kan dah kata, akhir zaman nanti umat Islam berpecah kepada 73 puak.
satu puak ke syurga, 72 lagi masuk neraka jahannam. Pandai-pandailah menyesuaikan diri nak masuk golongan mana.
hadis nya:
Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam:
Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecah kepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umat Islam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluh dua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuk syurga, iaitu al-Jamaah.
Hasan: Hadis daripada sejumlah sahabat dengan lafaz yang saling berbeza tetapi ke arah maksud yang sama, dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dan lain-lain, di atas adalah salah satu dari lafaz Abu Daud, lihat Sunan Abu Daud – no: 4429 (Awal kitab al-Sunnah). Hadis-hadis ini memiliki jalan periwayatan yang banyak, sebahagiannya sahih, sebahagiannya hasan dan sebahagian lain dha‘if, lihat semakan dan penilaiannya oleh Nasr al-Din al-Albani dalam Silsilah Hadits Shahih – no: 203. sama macam lagu m. nasir..
hehehe dan jikalau berkehendak TUHAN engkau nescaya DIA jadikan manusia ummat yg satu dan (tetapi) mereka sentiasa berseliseh.
kecuali org2 yg telah diberi rahmat oleh TUHAN engkau dan demikian itulah DIA menciptakan mereka dan telah sempurnalah kalimat TUHAN engkau: " sungguh aku akan penuhkan jahannam dari jin &manusia kesemuanya! ". HUD :118 &119.
WALLAHU A'LAM. Up!
- Selawat kpd baginda rasulullah s.a.w.
Dzulqarnain replied at 11-1-2014 02:53 PM
Up!
- Selawat kpd baginda rasulullah s.a.w.
bagaimana cara berselawat dengan betul yg menepati sunnah ..?
halil_ksbharta replied at 9-8-2009 11:00 AM
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendakl ...
apa yg baginda nabi saw sebutkan itu yg beliau nampak
nampak umat yg sedikit tu atas nur dr saandnya sendiri yg sampai dr sahabat pada cucu cicit, sampai pd guru pd guru, sampailah yg beroleh sanadnya itu yg ada landasan thoriq...
selendangmerah replied at 28-7-2022 05:40 PM
bagaimana cara berselawat dengan betul yg menepati sunnah ..?
Spt mana Allah dan para malaikat berselawat kpd Ibrahim Khalilullah a.s.
- Sunnah Allah Dzulqarnain replied at 1-9-2022 05:06 PM
Spt mana Allah dan para malaikat berselawat kpd Ibrahim Khalilullah a.s.
- Sunnah Allah
apakah dengan menambah perkataan 'saidina' dalam selawat dikira bida'ah ..?
umumnya masyarakat di Malaysia menambah perkataan 'saidina' di dalam selawat termasuklah di dalam tasyahud ..
Pages:
[1]