Al-Qur'an & Hadith: Bab: Pemimpin / Penguatkuasa vs. Yang Dipimpin
Edited by boca120879 at 27-8-2022 11:22 AMBismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi'b, daripada Sa'id Al Maqburi, daripada Abu Hurairah,Nabi s.a.w. bersabda,
"Kalian akan rakus terhadap kedudukan (jawatan tinggi), padahal kedudukan itu akan menjadi penyesalan di hari kiamat.
Ia adalah seenak-enak penyusuan dan seperit-perit ketika bercerai susu (sebagai perumpamaan)."
(Hadith Bukhari no. 6615)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 21-7-2022 05:41 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Al Yaman, diceritakan oleh Syu'aib, diceritakan oleh Abu Az Zanad, diceritakan oleh Al A'raj, diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang taat kepadaku,bererti dia telah taat kepada Allah.
Dan barangsiapa yang berbuat dosa kepadaku,bererti dia telah berbuat dosa kepada Allah.
Dan barangsiapa yang taat kepada pemimpin,bererti dia telah taat kepadaku.
Dan barangsiapa yang berbuat dosa kepada pemimpin,bererti dia telah berbuat dosa kepadaku.
Dan sesungguhnya imam (pemimpin) adalah umpama benteng, di mana orang-orang akan berperang, mengikutinya dan berlindung dengannya.
Maka jika dia memerintah dengan berlandaskan taqwa kepada Allah dan keadilan, maka dia akan mendapat pahala.
Namun jika dia berkata (berbuat) sebaliknya,maka dia akan menanggung dosa."
(Hadith Bukhari no. 2737)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Laits, daripada 'Ubaidullah, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar, Nabi s.a.w. bersabda,
"Wajib setiap orang untuk mendengar dan taat (pada pemimpin).
Baik terhadap sesuatu yang dia suka atau benci.
Kecuali jika dia diperintahkan untuk berbuat dosa.Maka tidak ada kewajipan baginya untuk mendengar dan taat."
(Hadith Muslim no. 3423)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Syaiban bin Farrukh, diceritakan oleh Abu al-Asyhab, daripada al-Hasan,
"Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya.
Ma'qil bin Yasar al-Muzani lalu berkata,"Sungguh, aku ingin menceritakan kepadamu sebuah Hadith yang aku pernah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.Sekiranya aku mengetahui bahawa aku (masih) memiliki kehidupan, nescaya aku tidak akan menceritakannya.
Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,"Barangsiapa diberi beban (tanggungjawab) oleh Allah untuk memimpin rakyatnya.
Lalu (dia) mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan syurga ke atasnya."
(Hadith Muslim no. 203)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Utsman bin Haitsam, diceritakan oleh Auf, daripada Al Hasan, daripada Abu Bakrah,
"Sesungguhnya Allah telah memberi manfaat kepadaku dengan kalimat yang aku dengar daripada Rasulullah.
Iaitu pada waktu perang Jamal,tatkala aku hampir menyertai dengan para penunggang unta lalu aku ingin berperang bersama mereka.
Abu Bakrah berkata,"Tatkala sampai kepada Rasulullah s.a.w., bahawa penduduk Persia telah dipimpin oleh seorang anak perempuan puteri raja Kisra.
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Suatu kaum tidak akan beruntung, jika dipimpin oleh seorang wanita."
(Hadith Bukhari no. 4073)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Edited by boca120879 at 5-1-2023 05:04 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim Al Handlali, diceritakan oleh Isa bin Yunus, diceritakan oleh Al Auza'i, daripada Yazid bin Yazid bin Jabir, daripada Ruzaiq bin Hayyan, daripada Muslim bin Qaradlah, daripada 'Auf bin Malik,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sebaik-baik pemimpin kalian adalah mereka mencintai kalian dan kalian mencintai mereka.Mereka mendoakan kalian dan kalian mendoakan mereka.
Dan seburuk-buruk pemimpin kalian adalah mereka yang membenci kalian dan kalian membenci mereka.Mereka mengutuk kalian dan kalian mengutuk mereka."
Rasulullah s.a.w. ditanya, "Wahai Rasulullah, tidakkah kita boleh memerangi mereka?"
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,"Tidak.Selagi mereka mendirikan solat bersama kalian.
Jika kalian melihat daripada pemimpin kalian,sesuatu yang tidak baik,maka bencilah tindakannya.
Dan janganlah kalian meninggalkan ketaatan kepada mereka."
(Hadith Muslim no. 3447)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh 'Amr bin Ali, diceritakan oleh Yahya, daripada Sufyan, daripada Abu Hashin, daripada Asy Sya'bi, daripada 'Ashim Al 'Adawi, daripada Ka'ab bin 'Ujrah,
"Rasulullah s.a.w. keluar menemui kami.Ketika itu kami sembilan orang.
Lalu Rasulullah s.a.w.bersabda,"Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin.
Barangsiapa yang mempercayai kedustaan mereka dan membantu kezaliman mereka, maka dia bukan termasuk golonganku dan aku bukan daripadanya.Dia tidak akan menemuiku di telaga (al-Haudh).
Dan barangsiapa yang tidak mempercayai kedustaan mereka dan tidak membantu kezaliman mereka,maka dia adalah termasuk golonganku dan aku sebahagian daripadanya.Dia akan datang menemuiku di telaga."
(Hadith Nasa'i no. 4136)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Abdullah bin Yunus, diceritakan oleh 'Ashim bin Muhammad bin Zaid, daripada ayahnya (Muhammad bin Zaid), daripada Abdullah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Perkara ini (kepemimpinan) akan sentiasa dipegang oleh orang-orang Quraisy.
Sekali pun manusia hanya tinggal dua (2 orang)."
(Hadith Muslim no. 3392)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages:
[1]