boca120879 Publish time 23-2-2023 10:43 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Keberkahan

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Bisyr bin Adam (cucu Azhar bin As Saman), diceritakan oleh datuknya (Azhar bin As Saman), daripada Ibnu 'Aun, daripada Nafi', daripada Ibnu Umar,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Ya Allah, berkahilah kami di negeri Syam kami.
Ya Allah, berkahilah kami di negeri Yaman kami."
Mereka (para sahabat) berkata,"Dan di daerah Najd kami?"
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Ya Allah, berkahilah kami di negeri Syam kami.
Dan berkahilah kami di negeri Yaman kami."
Mereka (para sahabat) berkata,"Dan di daerah Najd kami?"
Rasulullah s.a.w. bersabda,"Di sana akan terjadi gempa bumi dan fitnah-fitnah."
Atau Rasulullah s.a.w. bersabda,"Darinya akan muncul tanduk syaitan."
(Hadith Tirmidzi no. 3888)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 4-4-2023 10:15 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Rumh, diceritakan oleh Al Laits bin Sa'd, daripada Ibnu Al Had, daripada Muhammad bin Ibrahim At Taimi, daripada Abu Salamah bin Abdurrahman, daripada Thalhah bin 'Ubaidullah,
"Dua orang lelaki daripada Baliy datang menemui Rasulullah s.a.w. dan memeluk Islam.
Salah seorang daripada kedua-duanya lebih semangat berjihad daripada yang seorang lagi.Kemudian dia pergi berperang sehingga dia mati syahid.
Sedangkan yang seorang lagi masih hidup sehingga setahun setelahnya,lalu dia meninggal dunia."
Thalhah bin 'Ubaidullah berkata, "Kemudian aku bermimpi seakan-akan aku berada di pintu syurga. Tiba-tiba aku berada di sisi kedua-dua lelaki tersebut.
Setelah itu, malaikat keluar dari syurga. Malaikat itu kemudian mengizinkan lelaki yang meninggal dunia kemudiandaripada kedua-duanya untuk memasukinya (syurga).Kemudian ia keluar lagi dan mengalu-alukan lelaki yang mati syahid.
Lalu malaikat itu kembali kepadaku dan berkata,"Kembalilah kamu, sebab belum saatnya kamu memperoleh hal ini."
Keesokan harinya Thalhah bin 'Ubaidullah menceritakannya kepada orang ramai.Mereka pun hairan. Mereka lalu menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w.
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,"Perkara mana yang membuat kalian hairan?"
Mereka menjawab, "Wahai Rasulullah,lelaki (yang pertama meninggal) adalah orang yang paling bersemangat dalam berjihad daripada yang seorang lagi.Lalu, dia mati syahid.
Tapi mengapa orang yang lain (lelaki yang meninggal kemudian) masuk ke syurga terlebih dahulu daripadanya?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah orang ini hidup setahun setelahnya?"
Mereka menjawab,"Ya."
Rasulullah s.a.w.bersabda."Bukankah dia mendapat bulan Ramadhan dan berpuasa?
Dia juga telah mengerjakan solat ini dan itu dengan beberapa sujud dalam setahun?"
Mereka menjawab, "Ya."
Rasulullah s.a.w. kembali bersabda,"Sesungguhnya, sangat jauh perbezaan antara kedua-duanya(dalam kebajikan) bagaikan antara langit dan bumi."
(Hadith Ibnu Majah no. 3915)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Keberkahan


ADVERTISEMENT