boca120879 Publish time 3-4-2023 03:29 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sangkaan

Edited by boca120879 at 3-4-2023 07:35 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Ya'qub (Ibnu Abdurrahman al-Qari (nama sebuah desa di Arab), daripada Abu Hazim, daripada Sahal bin Sa'ad as-Saidi,
"Rasulullah s.a.w. bertemu dengan orang-orang musyrik.Maka terjadilah peperangan.
Semasa Rasulullah s.a.w. kembali ke pasukan Muslimin, dan orang kafir kembali ke pasukan mereka,
terdapat seorang lelaki daripada kalangan sahabat Rasulullah s.a.w.yang tidak membiarkan musuh berlalu begitu sahaja. Dia mengejar dan menyerang musuh dengan pedangnya.
Sahabat Rasulullah s.a.w. yang lain berkata,"Pada hari ini,tiada di kalangan kita yang benar-benar berpuas hati (mendapat ganjaran pahala) seperti yang dilakukan oleh fulan."
Rasulullah s.a.w. terus bersabda,"Ketahuilah! Dia tergolong dalam golongan ahli neraka."
Seorang lelaki daripada kaum Muslimin berkata,"Aku akan mengikutnya sepanjang masa (waktu perang)."
Sahal bin Sa'ad as-Saidi berkata lagi,"Lelaki itu telah keluar (waktu perang)bersama-sama dengan fulan.Jika si fulan berhenti ketika berperang,maka dia turut berhenti.Ketika fulan bergerak cepat, maka dia pun sama bergerak cepat."
Lelaki itu berkata,"Fulan mengalami luka parah. Kerana tidak tahan dengan sakit yang dialami, maka dia ingin segera mati.Lalu dia meletakkan pemegang pedangnya ke tanah lalu menikam dirinya sendiri."
Lelaki itu keluar bertemu Rasulullah s.a.w. lalu berkata,"Aku bersaksi bahawa kamu Muhammad, adalah utusan Allah."
Rasulullah s.a.w. bertanya,"Ada apa dengan kamu ini?"
Lelaki itu berkata,"Lelaki yang kamu sebut-sebut sebagai ahli neraka sedangkan kebanyakan manusia merasa keberatan dengan hal ini.Maka aku bersaksi kepadamu, wahai Rasulullah tentang fulan, aku telah keluar mengikutnya sepanjang peperangan sehingga aku dapati dia telah luka parah, dia ingin cepat mati, lalu dia telah meletakkan pemegang pedangnya ke tanah dan mata pedang di antara dua dadanya.Kemudian dia menekankannya pada dirinya sehingga membunuh dirinya sendiri."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,"Sesungguhnya ada lelaki yang beramal seperti amalan ahli syurga pada pandangan manusia, padahal dia adalah ahli neraka.
Dan ada juga lelaki yang beramal dengan amalan ahli neraka pada pandangan manusia, padahal dia adalah ahli syurga."
(Hadith Muslim no. 163)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 9-5-2023 11:29 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadith Tirmidzi no. 1911Darjat: Sahih
Diceritakan oleh Ibnu Abu Umar, diceritakan oleh Sufyan, daripada Abu Zinad, daripada Al A'raj, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jauhilah oleh kalian prasangka.
Kerana prasangka itu adalah ungkapan yang paling dusta."
Diceritakan oleh Abda bin Humaid, daripada sebahagian sahabat Sufyan, daripada Sufyan,
"Prasangka itu ada dua (2).
1) Iaitu prasangka yang mengandungi dosa.
2) Dan prasangka yang tidak mengandungi dosa.
Yang mengandungi dosa adalah seorang yang berprasangka buruk,lalu dia membicarakannya.
Sedangkan yang tidak mengandungi dosa adalah seorang yang berprasangka,namun dia tidak membicarakannya."
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Sangkaan


ADVERTISEMENT