steven.l Publish time 2-5-2023 01:30 PM

Lelaki mualaf perlu bersunat atau tidak?

Adakah lelaki mualaf harus bersunat atau tidak diharuskan?
Sebab ada dengar yang kata perlu dan ada yang cakap tak perlu.
Cuma nak tahu sahaja.

ibnur Publish time 3-5-2023 10:44 AM


1. Menurut pandangan yang dinyatakan oleh Imam Syafie, wajib hukumnya bagi orang lelaki dan perempuan untuk berkhatan

2. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah dan juga Imam Malik, hukum berkhatan adalah sunat bagi orang lelaki dan juga perempuan

3. Ada juga pendapat ulama’ yang menyatakan bahawa hukum bersunat ini adalah wajib ke atas lelaki, tetapi sunat kepada orang perempuan

Disebabkan wujudnya perbezaan pandangan ulama’ mengenai hukum berkhatan, individu mualaf mempunyai pilihan untuk melakukan khatan atau tidak.

Jika mualaf tersebut berkemampuan untuk berkhatan, maka lakukanlah.

Namun, jika tidak mampu atau tidak bersedia lagi untuk melakukannya, maka tangguhkanlah terlebih dahulu sehingga dia bersedia untuk melakukannya.

Imam Hassan Al-Basri ada menyatakan bahawa, individu dewasa yang baru sahaja memeluk Islam diringankan daripada amalan berkhatan.

Rujukan: https://udakwah.com/hukum-berkhatan/

Pages: [1]
View full version: Lelaki mualaf perlu bersunat atau tidak?


ADVERTISEMENT