CARI-MRO Publish time 8-5-2023 11:14 AM

Suami Isteri Hias Kubur Anak Dengan Tema Hello Kitty

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia menghias kubur anak mereka dengan tema Hello Kitty.


Video berkenaan dimuat naik seorang wanita bernama Helsa dalam akaun TikTok @helsaseftini.


Wolipop melaapokam, suami Helsa dirakam mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202305/08/111423o0arjrorsys2xy8r.png



Setelah siap, Helsa menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil.


Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


“Maaf, lagi baik kalau tanam rumput dan bunga-bunga kecil sebab kalau tak silap tanaman di atas kubur akan mendoakan si mati,” komen seorang netizen.




7224343662568705307


Wolipop kemudian menghubungi Helsa, 29, yang berasal dari kota Padang, Sumatera Barat.


Menurut Helsa, video itu dirakam pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian keluarga besarnya yang kebetulan berdekatan dengan rumah.


Dia melawat kubur bayinya yang meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.


“Motif batu nisan tema Hello Kitty adalah inisiatif saya untuk mencantikkan kubur anak perempuan kerana tidak berpeluang menjaganya. Kami fikir kubur ini boleh kami cantikkan sebagai rumah terakhir anak kami,” katanya sayu. –CARI


Sumber: Kosmo

Purplehaz Publish time 8-5-2023 11:34 AM

Semestinya di IndonesiA

KamikuP Publish time 8-5-2023 12:22 PM

Polandsia at its caprut

Nana_Man Publish time 8-5-2023 03:38 PM

Warna pink tu ok lah… tapi yg ada muka kitty tu apasal

gigahertz Publish time 8-5-2023 08:51 PM

dia masih tak dapat terima kematian anak dia.
Iblis suka orang macam ni.
Pages: [1]
View full version: Suami Isteri Hias Kubur Anak Dengan Tema Hello Kitty


ADVERTISEMENT