Raline Publish time 17-10-2023 06:59 AM

Kerajaan perlu sedia hadapi ekonomi perlahan, inflasi tinggi pada 2024 – Johari Ghani

Kerajaan perlu sedia hadapi ekonomi perlahan, inflasi tinggi pada 2024 – Johari Ghani

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/2023/10/JOHARI-ABDUL-GHANI-re.jpg
JOHARI ABDUL GHANI

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu bersedia menghadapi global stagflation iaitu keadaan pertumbuhan ekonomiperlahan, inflasitinggi dan kadar pengangguran yang tinggi pada 2024.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kadar inflasi yang semakin perlahan, lebih rendah dankadar pengangguran yang sudah semakin pulih berisiko meningkat semula jika ekonomi global terus terjerumus serta terperangkap dalam situasi ini.

“Kadar inflasi negara hanya dua peratus pada Ogos 2023 iaitu lebih rendah dari negara maju dan serantau tapi kita perlu akui kadar inflasi rendah bukanlah kerana harga barang sudah turun.

“Tetapi ia kerana dasar kerajaan mengawal harga dan memberi subsidi kepada barangan asas jadi ini bukan inflasi sebenar. Sebab kita memberi subsidi yang begitu banyak mencecah 27 peratus daripada pendapatan kerajaan untuk subsidi barang menyebabkan inflasi dikawal hanya dua peratus,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, dasar kawalan harga dan subsidi pukal memberi tekanan kepada kewangan kerajaan apabila harga komoditi dunia terus melambung seperti dialami sepanjang tiga tahun lalu apabila harga jagung, soya dan beras meningkat.

“Ini ekoran kerajaan membelanjakan hampir RM3.8 bilion hanya semata-mata untuk mengawal harga ayam dan telur, dulu kita tak pernah subsidi sebab ayam dan telur self-sustain, ayam lebih 100 peratus pengeluaran dan telur 110 peratus, tak pernah tak cukup.

“Oleh kerana harga komoditi meningkat begitu tinggi maka akhirnya kerajaan menetapkan harga ayam dan telur menyebabkan penternak dan pemain industri tidak lagi mahu masuk, anak ayam dibela mereka bila dah sampai umur 42 hari, kalau dia jual akan rugi kerana harga makanan ayam dua tiga kali ganda,” katanya.

Jelasnya lagi, di sebalik kadar pengangguran menurun pada paras 3.4 peratus, skill-related underemployment rate masih lagi kurang selepas pandemik Covid-19.

“Jangan terlepas pandang, underemployment 1.9 juta ketika ini berbanding 1.3 juta sebelum Covid-19, maknanya keadaan sebenar pasaran buruh masih tidak pulih sepenuhnya apabila semakin ramai bekerja pekerjaan lebih rendah daripada kelayakan akademik.

“Inilah realiti ekonomi sebenar sedang kita hadapi di tengah-tengah kelembapan ekonomi global dan kita harap ia tidak akan berlarutan terlalu lama pada tahun mendatang, kerana kesan ketidaktentuan akan menyebabkan pendapatan kerajaan berkurang, pekerjaan berkurang, kuasa beli rakyat jatuh dan eksport jatuh,” katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap kadar import makanan yang meningkat setiap tahun apabila mencapai RM50 bilion sejak 2018 dan meningkat kepada RM75 bilion tahun lalu.

“Saya jangka 2023 kadar import makanan akan terus meningkat, sebab baru sampai bulan Ogos, kadarnya sudah mencecah lebih RM50 bilion,” katanya.

Beliau juga menyifatkan, kadar tukaran mata wang menjadi penyumbang kepada kenaikan nilai import makanan negara.

“Kadar tukaran mata wang bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding ringgit adalah 3.85 sen pada 2018, kadar itu kini mencecah satu dolar sama dengan RM4.70 ketika ini, ia penurunan kadar kekuatan ringgit sebanyak 22 peratus.

“Ini memberi terus tekanan kepada kewangan negara, malah meningkatkan lagi aliran keluar mata wang apabila jumlah import meningkat setiap tahun, lebih banyak kita import, lebih banyak mata wang dolar AS dan ia memberi tekanan kepada ringgit,” katanya. – UTUSAN

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/kerajaan-perlu-sedia-hadapi-ekonomi-perlahan-inflasi-tinggi-pada-2024-johari-ghani/

kembulselawi Publish time 1-11-2023 10:19 PM

inf;aso, suku bunga, dan instrumen investasi merupakan hal yang menarik untuk kita bahas
Pages: [1]
View full version: Kerajaan perlu sedia hadapi ekonomi perlahan, inflasi tinggi pada 2024 – Johari Ghani


ADVERTISEMENT