Raline Publish time 7-11-2023 10:19 PM

Harga runcit minyak masak dalam botol kekal - KPDN

Harga runcit minyak masak dalam botol kekal - KPDN
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/29bhminyak_1699358402.jpg
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP


Putrajaya: Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol bagi tempoh 8 November hingga 7 Disember ini kekal, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.

KPDN berkata harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90) yang ditetapkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"(Ini) komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga. "Ini bagi mengelak pengguna terkesan dengan sebarang bentuk kenaikan harga barangan yang tidak munasabah," kata KPDN dalam kenyataan hari ini.

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Sabit kesalahan, bagi individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000," menurut kenyataan itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/11/1028058/harga-runcit-minyak-masak-dalam-botol-kekal-kpdn

Pages: [1]
View full version: Harga runcit minyak masak dalam botol kekal - KPDN


ADVERTISEMENT