Raline Publish time 19-12-2023 10:58 PM

Petronas tandatangan kontrak pengeluaran di pesisir Suriname

Petronas tandatangan kontrak pengeluaran di pesisir Suriname

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/01xxpetronas2_1702942960.jpg

Pelantar minyak Petronas di Tangga Barat,Terengganu.


Kuala Lumpur: Petronas Suriname E&P BV (Petronas Suriname E&P), anak syarikat Petronas, menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran untuk Blok 63 dan 64 luar pesisir Suriname dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV.

Petronas Suriname E&P memenangi blok terbabit di Lembangan Guyana-Suriname, semasa Pusingan Bidaan Suriname Demerara 2022-2023 pada Jun 2023.

Blok 63 mempunyai keluasan 5,425 kilometer (km) persegi dan terletak 200 km di luar pesisir Suriname dalam kedalaman air 1,700 meter (m).

Blok 64 bersaiz 6,262 km persegi terletak 250 km dari pantai dalam air yang sedikit cetek sedalam 1,300 m.

Petronas Suriname E&P mempunyai 100 peratus kepentingan penyertaan dan pengendali Blok 63.

TotalEnergies mengendalikan Blok 64 dengan 40 peratus kepentingan penyertaan, dengan baki faedah dipecah sama rata antara Petronas Suriname E&P dan QatarEnergy.

Naib Presiden Eksplorasi Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, blok terbabit penting bagi usaha Petronas dalam membuka kunci potensi sumber Suriname yang luas di lembangan berkenaan.

"Ini menggariskan aspirasi untuk membina kehadiran kami di negara ini dan mengukuhkan portfolio antarabangsa kami, terutama di benua Amerika," katanya.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/bisnes/2023/12/1042157/petronas-tandatangan-kontrak-pengeluaran-di-pesisir-suriname

Pages: [1]
View full version: Petronas tandatangan kontrak pengeluaran di pesisir Suriname


ADVERTISEMENT