TARIK KE DALAM... INBOUND MARKETING
Edited by kruzaman at 23-2-2024 08:44 AMIstilah 'inbound marketing' bermaksud menarik prospek untuk mengenali anda, ianya berbeza dengan 'outbound'.
Atau dengan kata lain inbound menggambarkan anda berada dalam skop sesuatu perkara atau topik bagi memudahkan anda dijumpai.
Inilah satu-satunya cara untuk kedai fizikal anda dijumpai di alam maya oleh golongan yang mencari di internet dan seterusnya menarik mereka ke kedai.
Data yang dikeluarkan pada Januari 2023 menunjukkan terdapat 33 juta pengguna internet di Malaysia, 96 peratus daripadanya menggunakan Google sebagai enjin carian internet.
Selain itu, statistik juga menunjukkan 76 peratus daripadanya mencari maklumat bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.
Kebanyakan mereka yang mencari menggunakan ‘search text’ pada injin carian Google dengan menaip perkataan-perkataan yang ada kaitan dengan masalah dihadapi.
Adakah mereka menjumpai anda pada muka hadapan sekiranya membuat carian sesuatu maklumat yang ada kaitan dengan perniagaan anda?
Baca selanjutnya
outbound marketing lebih kepada sebarkan kepada khalayak ramai...contoh iklan tv atau billboard. Ramai yang nampak tetapi berapa ramai yang perlukan apa yang dilihat? inbound pula lebih kepada berada dalam circle mereka yang cari, kena pandai untuk tarik mereka datang kepada kita..... sangat mengesankan dan berfaedah menurut saya hirudine replied at 28-3-2024 08:21 PM
sangat mengesankan dan berfaedah menurut saya
terima kasih...
Pages:
[1]