saudagarkecil Publish time 5-3-2011 07:40 AM

Perlu Tunjuk Ajar - BISNESS FROZEN FOOD

salam, selama ni saya jadi silent reader je. tapi lama2 terbuka hati nak berniaga. saya adalah cuba berniaga sikit2 beberapa produk.
ni nak cuba pulak frozen food. tapi sebagai pengedarlah, bukan tukang buat (process) -sebab tak pandai buat. jadi sini saya nak tanya kawan2 kalau saya dpt roti canai harga 50sen sekeping, so saya pack lah dlm 6keping sebungkus, then saya nak tolak ke kedai2, berapa saya boleh tolak kat kedai tu, dan berapa pulak kedai tu nak tolak kat end user?

then saya noticed, harga produk frozen ni agak mahal sikit dari kuih kita beli tepi jalan. katalah kat gerai sebiji 40sen, saya tgk org jual sepeket 12 biji say pulut panggang dlm rm6.70. means sebiji dlm 55sen.

saya benar2 harap bantuan pandangan kwn2, terutama yg dah biasa bisnes frozen ni. tkasih saya dulukan.

intan_pet Publish time 9-3-2011 04:04 PM

Saya pun nak tahu gak... :D

intan_pet Publish time 9-3-2011 04:07 PM

Saudagar,

Saya dah jumpa thread pasal frozen food ni.
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=420003&highlight=frozen%2Bfood

TintaMerah Publish time 10-3-2011 09:12 AM

salam, selama ni saya jadi silent reader je. tapi lama2 terbuka hati nak berniaga. saya adalah cuba...
saudagarkecil Post at 5-3-2011 07:40 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    huhuhu, awat mahai sgt... sebiji pulut panggang 55 sen. Aku jual 10 biji satu container baru RM4.50. Aku tolak kat pengedar RM 3.80 saja. kira sebatang aku jual 38 sen saja. Itu kalu yang hak amik container. yang amik guna borong 1 bungkus 100 biji, aku tolak 36 sen ja sebatang.

    Hang tengok tang mana yang jual Rm 6.70 12 btg pulut panggang ni???? Aku bukan pengedar, tp aku supply kira aku pengeluarla... Tapi tang penghantaran aku x buat kalu bawah limit dia. jenuh nk top up minyak, hehehehe......

Aku supply kat kedai frozen, cafe golf, kedai2 biasa pun ada amik kat aku... memang la frozen mahai dr jual tepi jalan. Karipap tepi jalan pun 40 sen sebiji la ni. Aku juai 28 sen kalu hak container and 26 sen kalu hak bungkus 100 biji... selalu yang meniaga pasar malam amik la...

Aku x tau la hang nak letak rega mcm mana... kalu pengeluar mcm kami kena kira kos kerja, kos pengangkutan, elektrik, kos bahan mentah, and banyak lagi kos. Aku x juai mahal berkapak2 pasal pada aku niat nak bagi orang makan sekali kita dapat tampung semua kos n untung sikit x pa. Meniaga kalu mahai berkapak terutama makanan memng aku x leh terima. Mungkin sebab aku besar kat kampung yang kalu hang pi beli boleh dapat kuih 20 sen sebiji.....

bungazaleha Publish time 10-3-2011 12:17 PM

tinta
hang punya rega dah kira murah la, klu frzen kat sini ,karipap packing biasa2 je range harga dari 4.00-4.50,klu packing cantek sket cam Karts ke, Nani ke dah pegi 4.00-5.00..packing sepoloh biji...hang kat mana ni? murah rega tu....

roti canai standard la frozen leh jual sekeping 70sen dah siap packing,sbb kedai skrg pon dah 70-80 sen (ni area melaka la)..

remizati Publish time 10-3-2011 01:04 PM

mmg perasan froozen food mmg mahal sikit...

TintaMerah Publish time 14-3-2011 02:40 PM

tinta
hang punya rega dah kira murah la, klu frzen kat sini ,karipap packing biasa2 je range harga...
bungazaleha Post at 10-3-2011 12:17 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Aku dok selangor.... packaging aku dalam container microwave yg lutsinar tu, bukan dalam plastik biasa. Dalam plastik biasa kalau aku juai borong (100 biji).

Mahal jugak tempat hang no karipap RM 4.00-5.00. Sini kalau RM 4.00-5.00 kalau x karipap pusing, karipap ayam /daging.

Frozen memang mahai, sebab amik kira kos elektrik freezer. tapi kalau nk banding dengan cara biasa, frozen food ni xda pulak dengar poison food pasal sejuk beku tu dh kira mcm mengawet....

bungazaleha Publish time 14-3-2011 04:38 PM

tinta
yup,karipap pusing pon dah 40-45 sen,inti kentang/ayam daging.

tp,ada gak yg frozen ni sdp...selangor kt mana tu? umah parents aku kt cheras nun...:D

saudagarkecil Publish time 14-3-2011 04:45 PM

terimakasih la puas saya tunggu org jawab.

jadi betulla frozen lebih mahal. saya ni baru je dpt peluang niaga makan ni. tapi saya kira org tengah je sbb tak larat nak buat sendiri takde pekerja.

tinta, murahlah harga kamu tu, selangor belah mana? kalau boleh saya nak ambik lah sebab ada kedai kawan2 saya supply. tapi saya nak yg betul2 sedap. taulah sedap tu subjective, tapi saya rasa korg paham lah maksud saya.

sy mmg mencari supplier2 yg buat sendiri product, kira bukan org tengah coz saya tak nakla banyak2 tgn.

sapa2 minat boleh hubungi saya ya.

TintaMerah Publish time 14-3-2011 05:25 PM

tinta
yup,karipap pusing pon dah 40-45 sen,inti kentang/ayam daging.

tp,ada gak yg frozen ni sdp ...
bungazaleha Post at 14-3-2011 16:38 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


Aku dok Puchong... kalau mai sini meh la.... Ada bnyk jenis aku juai... bole pm aku kalu nk laman web..

TintaMerah Publish time 14-3-2011 05:28 PM

terimakasih la puas saya tunggu org jawab.

jadi betulla frozen lebih mahal. saya ni baru je dpt p ...
saudagarkecil Post at 14-3-2011 16:45 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


ya, memang mahal dr yang juai siap....

aku nk kata produk aku sedap x dak la jugak... macam hang kata sedap subjektif kat org... Produk ni pun aku dh upgrade berkali2 berdasarkan komen-komen ikhlas org yang dok beli... hang boleh saja rasa kalu nak.. semua yg amik ngan aku pun dok rasa dulu sebelum amik....

aku dok Puchong.... nak no tel ka laman web ka pm la aku... kang promote web sini kang kena banned pulak, wakakaka....

zaidi_MZZ Publish time 14-3-2011 05:50 PM

Reply 11# TintaMerah

tinta...

ko buat kat umah atau ada premis...?

hayatkekalmaju Publish time 14-3-2011 10:59 PM

selalunya frozen food utk tetama x dindang dtg umah

saudagarkecil Publish time 15-3-2011 11:06 AM

saya dah PM tinta.

kalau sesapa ada buat sendiri kuih muih atau apa2 saja, bolehlah hubungi saya.

macamana nak tau hayat kuih muih ni ya?

bungazaleha Publish time 15-3-2011 01:16 PM

tinta
ala,ko letak je...utk rujukan...:)

TintaMerah Publish time 17-3-2011 03:24 PM

ReplyTintaMerah

tinta...

ko buat kat umah atau ada premis...?
zaidi_MZZ Post at 14-3-2011 17:50 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


home made saja...rumah ja..

TintaMerah Publish time 17-3-2011 03:30 PM

saya dah PM tinta.

kalau sesapa ada buat sendiri kuih muih atau apa2 saja, bolehlah hubungi saya. ...
saudagarkecil Post at 15-3-2011 11:06 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


hang tanya la dia boleh tahan berapa lama... aku punya aku test dulu sebab mcm karipap kalu lebih masa dia jadi masam..

Ni blog frozen aku, tp x dak la lawa mana. rega kat situ rega juai bukan rega tolak ke pengedar sebab ada customer beli direct tapi untuk makan saja...ada lagi produk yang aku tak dan nak update. kalau nak rega bolehla email kat aku, nanti aku bg quotatioon...

tapi jgan la banned aku pasal dok show link ke web lak... hangpa dok kata sebagai rujukan ....

http://muizzmanfrozenfoods.webs.com

tempur Publish time 18-3-2011 08:03 AM

Komisen 20 % untuk peniaga ..itu standard dia...

bungazaleha Publish time 18-3-2011 02:58 PM

tinta
ok..nti aku ziarah blog ko..takde blok la eh,nk perkenal biz je..tengkiu eh...

ranzatrading Publish time 6-11-2014 12:24 AM

http://pelaburanminyakdangas.blogspot.com/
Pages: [1] 2
View full version: Perlu Tunjuk Ajar - BISNESS FROZEN FOOD


ADVERTISEMENT