YgBenar Publish time 29-4-2024 10:49 PM

Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah

Seperti sedia maklum, duit KWSP yang kita carum sepanjang berkerja itu boleh dikeluarkan apabila mencapai had umur tertentu. Wang caruman yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit itu pasti mampu membuatkan sesetengah individu menjadi tidak rasional lalu menghabiskan dalam sekelip mata.


Ini yang diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Tuan Imlan Adabi berkenaan seorang kenalannya yang telah menghabiskan sejumlah wang besar duit KWSP dalam masa 3 tahun sahaja.

Difahamkan wang KWSP sebanyak RM700,000 hasil berkerja selama 30 tahun lalu telah habis dalam masa 36 bulan sahaja.

Mana tidaknya, individu itu mengamalkan sikap boros keterlaluan akhirnya memakan diri setelah dia terpaksa keluar bekerja di usia emasnya.

Imlan memaklumkan bahawa dia sering memberi nasihat kepada kenalannya bahawa perlu membuat simpanan dan bukan tugas anak-anak untuk menanggung orang tua yang boros namun tidak diendahkan sejak 25 tahun lalu.

Bak kata pepatah nasih sudah menjadi bubur, kini individu tersebut terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah. Selain menyesal, dia turut menyalahkan anak cucu kerana tidak memberikan wang bulanan seperti yang diharapkan.

Realitinya, mereka sendiri mesti terbeban untuk memenuhi keperluan dan komitmen peribadi lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga.

Bagi tuan Imlan pula, dia dan isteri sentisa beringat bahawa mereka tidak boleh terlalu berharap kepada anak-anak untuk menanggung kehidupan di kemudian hari.

Katanya lagi, untuk hidup selesa selepas bersara, kita perlu RM1 juta. Itupun belum mengambil kira inflasi dan juga kos sara hidup pada tahun-tahun mendatang yang pasti memerlukan sejumlah wang yang lebihbesar untuk digunakan pada sisa-sisa terakhir kehidupan kita.

Malah, dia turut sempat berpesan kepada anak-anaknya sejak di peringkat awal untuk menabung. Walaupun tidak kaya, bagi mereka cukuplah mempunyai simpanan sedikit bagi menghabiskan sisa-sia kehidupan di usia senja.

Tidak mahu menyusahkan orang lain, dia juga hanya mengharapkan doa daripada anaknya dan wang saku dilihat sebagai bonus.

Berkenaan kewujudan akaun terbaru dalam sistem KWSP, Tuan Imlan juga mengingatkan orang ramai agar tidak mengusik simpanan berkenaan.



SUMBER
FB Imlan Adabi

mojarean_X Publish time 29-4-2024 11:14 PM

My biggest fear

mojarean_X Publish time 29-4-2024 11:16 PM

Iols x nk susah masa dh tua. Biarlah iols pki kete biasa tp simpanan utk hari tua ada. X nk jd mcm org2 sekeliling hidup paycheck to paycheck

manopBKK Publish time 29-4-2024 11:33 PM

Cerita biasa rakyat Msia!

cm_vungtau Publish time 29-4-2024 11:37 PM

I vote cerita ni Tuan Imlan reka. Mesti Tuan Imlan penjual insurance. Agittew

anony-mous Publish time 30-4-2024 12:06 AM

cm_vungtau replied at 29-4-2024 11:37 PM
I vote cerita ni Tuan Imlan reka. Mesti Tuan Imlan penjual insurance. Agittew

Nk sokong uols. 70 tu berapa sen sgt keperluan bulanan

mojarean_X Publish time 30-4-2024 12:15 AM

Tp citer org2 tua 70+ bekerja cuci pinggan sapu lantai selalu dilaporkan di Singapura

prettyuglybabe Publish time 30-4-2024 12:57 AM

i pun tikam hasanah versi kwsp..
kalau dapat kumpul 700k epf dalam masa 30 tahun, maknanya gaji dia bukan keling keling...
mesti 5 figures juga per month..
jarang amat orang gaji 5 figures ni hutang melebihi aset..
nak nak bila dah umur retired..

kepompong Publish time 30-4-2024 01:39 AM

prettyuglybabe replied at 30-4-2024 12:57 AM
i pun tikam hasanah versi kwsp..
kalau dapat kumpul 700k epf dalam masa 30 tahun, maknanya gaji dia...

700k sikit je u... pengusaha staycation yg i kenal pun epf 700k, bermula dgn gaji 3 angka jer masa mula2 kerja ... kuli kat estet (lama jadi kuli baru le naik pangkat jadi mandur) ... umur 55 dpt epf 700k .

kalau gaji 5 angka macam kakak i, umur 50 angkat iX cash keluar acc 2..

i & hb letak sendiri epf ikut suka nak letak brp sebab keje sendiri;P;P

kepompong Publish time 30-4-2024 01:41 AM

tapi... i setuju ni cerita hasanah walopon mmg wujud org begini kat mana2 negara pun. Dpt duit sekelepuk terus habis sekelip mata

kepompong Publish time 30-4-2024 01:43 AM

Lagi 1... kenapa ayat dia... duit epf licin dlmasa 36 bulan, padehal umur 55 dah boleh keluarkan semua epf? means duit epf tu umur 58 dah habis

adiputras Publish time 30-4-2024 03:01 AM

KWSP 1 juta simpan dlm ASB cuma generate tak smpai 5k monthly income. Berapa kerat je yg capai KWSP 1 juta. Untung pencen gomen!

Tinot7 Publish time 30-4-2024 05:55 AM

Kena berdisiplin guna duit..

Betui ka nak idup selesa lepaih bersara kena ada sejota? Takkan banje 2k sebulan jah?

limesherbet Publish time 30-4-2024 06:41 AM

I percaya je. Sbb dari dulu byk dah kes duit epf licin within a few years sbb joli. Bukan benda baru pun ni. 700k tu ciput. I buat calculation kalau i nak kekal lifestyle mcm skarang kene ade 6.5mil min mase retired. Zaman skarang 1 juta bukan banyak. U kena ambil kira inflation brape % bila buat pengiraan.

copy_paste Publish time 30-4-2024 07:21 AM

700k tu x banyak, bila dpt kuar kwsp dah tentu byk kena cukai dari sedara mara,dengan sikap boros lagi,kalau dah boros dah tentu la pengetahuan kewangan pun kurang ditambah dengan mentaliti anak akan tanggung hari tua,

copy_paste Publish time 30-4-2024 07:25 AM

Tinot7 replied at 30-4-2024 05:55 AM
Kena berdisiplin guna duit..

Betui ka nak idup selesa lepaih bersara kena ada sejota? Takkan banje...

nk displin tu yg susah,
700k tu mmg x byk kalau perbelanjaan spt masa dapat gaji,
nak xnk bila dah pencen kena hapuskan segala hutang dan komitment,hanya tinggal komitment keperluan mcm bayar bil dan makan minum,
sebahagian duit pencen pun patut dilaburkan dalam pelaburan yg boleh dipercayai,

fifie_olin Publish time 30-4-2024 08:01 AM

abiskn 700k dlm masa 3 thn
gila arr
menda la yg ko lanje kan

kepompong Publish time 30-4-2024 08:19 AM

Tinot7 replied at 30-4-2024 05:55 AM
Kena berdisiplin guna duit..

Betui ka nak idup selesa lepaih bersara kena ada sejota? Takkan banje...

kalau rumah bukan strata, rumah sendiri debt free, ok je. tanggung diri sendiri mahal sgt ka? melainkan nak kena tanggung biawak, buaya, monyet , kucing, flamingo, siput babi etc 30k sebulan pun tak cukup

apech Publish time 30-4-2024 08:47 AM

adiputras replied at 30-4-2024 03:01 AM
KWSP 1 juta simpan dlm ASB cuma generate tak smpai 5k monthly income. Berapa kerat je yg capai KWSP...

takde la untung mana. Contoh pencen 55, 56 mati. setahun je dpt rasa duit 'epf'. Yg dpt selepuk pun brp je. Sama banyak je dgn budak keja speedmart bila bersara

s@s@ Publish time 30-4-2024 08:54 AM

dia joli sendiri, dia susah sendiri.... untung gak la dapat merasa joli.
yang lagi sedih, kena scam, org pinjam x bayar, jadi mesin atm bergerak... langsung x merasa
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah


ADVERTISEMENT