sfhzuraz Publish time 3-5-2024 02:29 PM

Kemarau berpanjangan sejak 2 bulan lalu, penduduk buat solat mohon hujan

Kemarau berpanjangan sejak 2 bulan lalu, penduduk buat solat mohon hujan

Oleh Nor Amalina Alias - Mei 3, 2024 @ 1:31pmbhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/solata_1714714215.jpg
Lebih 100 jemaah lelaki dan wanita menyertai solat sunat Istiqa' memohon hujan dilaksanakan pihak Masjid Mukim Padang Pak Amat, Pasir Puteh, pagi tadi. Foto ihsan pembaca.




KOTA BHARU: Mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu segala hari, lebih ramai penduduk kampung dan beberapa masjid di negeri ini mengadakan solat sunat Istiqa' bagi memohon hujan, pagi tadi, susulan kemarau yang berlanjutan sejak dua bulan lalu.
Antaranya Masjid Al Taqwa,Semerak, Pasir Puteh; Masjid Ar-Rahman,Mukim Pasir Pekan; Masjid As-Solihin Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat; Masjid Al Falah,Mukim Rekang Hulu,Repek,Bachok; Masjid Mahmoodi, Bandar Bachok dan Masjid Tayyibah Mukim Hutan Pasir, Ketereh.
Kebanyakan solat sunat mohon hujan ini diadakan pada jam 7.45 pagi membabitkan lebih 100 jemaah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, Mohd Huzaimy Che Husin, berkata solat hajat diadakan pihaknya di tapak pasar malam Pantai Irama dengan kerjasama pihak Masjid Mahmoodi, Bandar Bachok yang diketuai Imam Tua masjid berkenaan, Ustaz Wan Mohd Fikri Wan Sani.
Katanya, solat sunat memohon hujan itu sudah dua kali dianjurkan akibat kemarau berpanjangan di negeri ini sejak dua bulan lalu.
"Kali pertama, kita laksanakan solat sunat ini pada bulan Ramadan lalu, dan hari ini adalah kali kedua membabitkan 100 jemaah terdiri daripada jemaah lelaki dan wanita.
"Di Bachok sendiri, banyak kerugian dialami petani dan penduduk juga mengalami masalah bekalan air akibat telaga kering, selain menjejaskan aktiviti pertanian lain," katanya.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman dan Ketua Jajahan Bachok, Shamsul Abu Bakar.
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ada juga ramalan mengatakan cuaca panas dan El Nino ketika ini adalah paling panas selepas 1998.
Katanya, beberapa negeri seperti Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding Kuala Lumpur dan negeri lain, selain jika berlarutan sehingga Julai ini.
Sementara itu, penduduk, Rahani Ariffin, 62 berkata, ini kali pertama dia dan enam ahli keluarga berdepan masalah air sejak menggunakan telaga pada 1990-an.
Katanya, telaga di rumah mereka kering sepenuhnya sehingga menyukarkan aktiviti harian seperti mencuci pakaian, mandi dan sebagainya.
"Sejak minggu lalu, kami terpaksa mencuci pakaian di dobi yang menyebabkan perbelanjaan keluarga turut meningkat membabitkan kos dobi dan penggunaan kipas dipasang 24 jam kerana cuaca terlalu panas," katanya.
Kemarau berpanjangan sejak 2 bulan lalu, penduduk buat solat mohon hujan (bharian.com.my)




Pages: [1]
View full version: Kemarau berpanjangan sejak 2 bulan lalu, penduduk buat solat mohon hujan


ADVERTISEMENT