mattzzx Publish time 6-5-2024 03:37 PM

Warga AS mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/amarika_1714976536.jpg
DAVID Matthew Frahm, 46 (dua dari kanan) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Langkawi. FOTO arkib NSTP

Langkawi: Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah dalam komputer riba, Februari lalu.

Tertuduh, David Matthew Frahm, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Helmi Ghani.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan pornografi kanak-kanak dan video lucah di dalam komputer riba di sebuah kediaman di Chogm Villa, Jalan Seri Legenda, di sini, jam 7.10 malam pada 15 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam, Cheow Wee dan Alvin Lau.

Mahkamah kemudian menetapkan 13 Mei depan untuk mitigasi kes dan keputusan hukuman.

Sebelum ini, tertuduh sama turut berhadapan pendakwaan atas kesalahan tinggal melebihi masa ditetapkan apabila tinggal di negara ini selama 1,380 hari.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1087388/warga-mengaku-miliki-bahan-pornografi-kanak-kanak-video-lucah
Pages: [1]
View full version: Warga AS mengaku miliki bahan pornografi kanak-kanak, video lucah


ADVERTISEMENT