Calon pilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Hanya Tunku Mahkota Ismail yang layak – Hamidin
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/06/223949i40p4smaui0ske60.pngPETALING JAYA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjadi calon pilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk mengetuai badan induk itu.
Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan hanya Tunku Mahkota Ismail yang memiliki kemampuan dan segala ciri-ciri diperlukan untuk memimpin FAM.
“Saya sedia dan terbuka jika ada sesiapa yang mahu bertanding merebut jawatan presiden tetapi kita tidak boleh lari daripada statut ataupun perlembagaan FAM. Jika tanya calon, saya hanya nampak Tunku Mahkota Ismail.
“Semua ini hanya ada pada Tunku Mahkota Ismail. Jika orang mahu saya teruskan, sudah pasti saya akan teruskan tetapi kalau Tunku Mahkota Ismail mahu pimpin FAM, saya rela untuk berundur,” katanya pada sesi temubual bersama pengamal media, hari ini.
Untuk rekod, Hamidin sebelum ini mengambil alih kepimpinan FAM daripada Tunku Mahkota Ismail dalam Kongres Ke-54 ketika pemilihan penggal 2018-2021 FAM pada 14 Julai 2018 dan mengekalkan jawatan itu tanpa dicabar bagi penggal 2021-2025 pada tanggal 13 Mac 2021.
Dalam masa sama, Hamidin juga menjelaskan ketika ini beliau masih lagi ada misi yang perlu dilunaskan.
Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasakan sudah tiba masanya FAM menukar pucuk pimpinan dan memilih ahli korporat sebagai calon paling sesuai.
Sumber – KOSMO! ONLINE berenti la midin bagi kj pun ok tengok macam mana Bola sepak dah tak seronok bila kayangan kuning pegang. Of course la semua kuasa dia ada. Dia tarik semua yang hebat2 dari negeri lain ke negeri dia. Soooo apa yang saingannya..mestilah negeri ko terpaling menang sorak. naina: Bola sepak dah tak seronok bil ...
Bukan dulu dia pernah pegang FAM kejap ke? Sudahnya digantikan dgn midin nie yg di endorse tmj kan.
Terigt dulu kisah pen drive FAM nie tp mcm takde apa pun.. Betul ke kes faisal halim ada kaitan dgn kuning kayangan... baik punya licking Midin! Betul la tu. So far sorang tu ja nampaknya yang cukup syarat dan ada hasil yang boleh dilihat.
Cadangan kurangkan pemain naturalisasi, amek south american bagai tp sendu jgk. At least klu semua Msian main sendu x kisah sgt. Sbb it is cost, duit mengalir keluar negara. Xkn la dlm 30+ juta rakyat Msia ni ( 17+juta laki warganegara) x terer main bola. G masuk kampung2 tu, bg rmt kt budak2 sekolah Msia bg mkn berkhasiat biar tinggi2 jdnya in future. Zaman mail pegang sblm ni, satu game pun xmenang, seri pun susah. Ranking jatuh sampai 178 (negara berdaftar FIFA 200++ je) nikaido replied at 8-5-2024 01:34 PM
Zaman mail pegang sblm ni, satu game pun xmenang, seri pun susah. Ranking jatuh sampai 178 (negara b ...
Target dia harimau malaya lepas kelayakan world cup 2026 tu yg paling xleh aq lupa:lol:sekali tengok team under 23 kita kalah ngan indonesia dalam sukan sea 2017,xlepas final aff suzuki cup 2018 terus dia letak jawatan Its your country not my...... Tapi bagus juga, bagi je lah
Dulu pegang setahun drop giler ranking
Kita bg la lagi skali tgk mcmana pegi nya
Klau ikut track record org x amik dah sebab prestasi terlalu hauk waktu dia pegàng dulu.. naina replied at 7-5-2024 09:11 AM
Bola sepak dah tak seronok bila kayangan kuning pegang. Of course la semua kuasa dia ada. Dia tarik...
Hairan ... Kau klaim ada diaspora malaysia yang jumlahnya sangat besar di seluruh dunia ... tetapi faktanya ternyata klaim itu semuanya PALSU ... Hehehehehe
QXBLT_qeiKw
jgn main petik2 dah bg2 jwtn gitu
ramai lg yg lain layak Aik bukan dah penah jadi presidin ke dulu tapi melingkop jugak?? Sesapa pun boleh. Jgn cari serupa tok hans
{:smileo Decaffeinated replied at 8-5-2024 11:37 AM
Betul la tu. So far sorang tu ja nampaknya yang cukup syarat dan ada hasil yang boleh dilihat.
Once bitten twice shy shy....tup tup pishangggggg hanya setelah setahun.....
DE JA BOOOOOOOOO tripleid replied at 8-5-2024 03:33 PM
Aik bukan dah penah jadi presidin ke dulu tapi melingkop jugak??
.ada ler itu benda yg dia tak dapat atau tak ditunaikan...
Pages:
[1]
2