Abahmung Publish time 7-5-2024 09:25 AM

Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'

Edited by Abahmung at 7-5-2024 12:05 PM

Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
Diterbitkan:May 7, 2024 8:00 AM

https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-Price-list.jpeg

Restoran makanan segera tempatan, Darsa Fried Chicken, memohon maaf berhubung komen di media sosial, yang menyebabkan netizen mendakwa pihak restoran itu cuba bermain isu perkauman.

Dalam satu kenyataan petang semalam, pihak restoran yang mendakwa "100 peratus milik bumiputera" itu menyifatkan ia sebagai "kesilapan yang tidak disengajakan".

"Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak megganggu fokus admin kami,” jelasnya.

Pihak restoran itu berkata mereka telah memutuskan untuk tidak menjawab sebarang isu selepas ini bagi mengelakkan kesilapan sama berulang

"Kami mengalu-alukan semua pelanggan kami di pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa atau agama.

"Semoga Malaysia yang kita kasihi ini aman dan damai. Pihak pengurusan DarSA Fried Chicken sedang memberi tumpuan sepenuhnya kepada operasi restoran pertama kami yang baru buka pada 29 April lalu.


Restoran itu, yang disebut-sebut sebagai alternatif kepada KFC, mendapat kecaman ekoran respons yang diberikan kepada mereka yang menyatakan harganya mahal.

Ini selepas restoran ini mengingatkan seorang pelanggan agar tidak "ditipu oleh sentimen buruk yang dimainkan oleh 'type C", yang pengguna media sosial percaya merujuk kepada orang Cina di Malaysia.




Respons itu juga menyebabkan Adun Rawang Chua Wei Keat, yang bercadang untuk merasai ayam goreng di restoran itu tertanya-tanya.

Dalam catatan Facebooknya, ahli politik PKR itu berkata dia bercadang untuk mengunjungi restoran itu kerana ia terletak berhampiran Rawang dan bagi memberi sokongan kepada usahawan tempatan.

"Baru fikir nak cari masa untuk pergi cuba kedai ayam goreng lokal kerana lokasi berhampiran Rawang dan semangat nak support lokal. Tetapi.. sekarang muncul pula soal 'type C'. Apa maksud 'type C'," soalnya

https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-SS1b.jpg
https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-Ss1c.jpg
https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-SS1d.jpg

Seorang pengguna Facebook menjawab apabila sesuatu perniagaan mengguna pakai sentimen perkauman, ia tidak akan bertahan lama bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.


Tidak kurang juga di antara mereka mahu memboikot restoran berkenaan dan menyindir bahawa 'type C' yang dimaksudkan merujuk kepada kabel USB.

Abahmung Publish time 7-5-2024 09:33 AM

Edited by Abahmung at 7-5-2024 09:38 AM

https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-SS3-472x632.jpg

https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-SS4b-532x632.jpg

https://focusmalaysia.my/wp-content/uploads/DarSa-SS4c.jpg






vanillaninja Publish time 7-5-2024 09:54 AM

Theyols amik budak rempit mana jadi admin? PR ke laut.

kucingitam Publish time 7-5-2024 10:12 AM

kau nak bisnes..dua benda kau kena elakkan... hal perkauman dan hal politik..

dewi_rina Publish time 7-5-2024 10:21 AM

yg hotbird pun mahal, beratur panjang sampai ke luar sampai tak cukup tempat dudukkk

BoongaKertas Publish time 7-5-2024 10:29 AM

mak aih, mcm mahal jer harga kan? jgn sampai darsa jd mcm mcd. dulu before boikot, set ayam mekdi kemain israhell, mahal. sekali lps boikot, baru lah nampak turun harga. lol. the irony...

BoongaKertas Publish time 7-5-2024 10:30 AM

dewi_rina replied at 7-5-2024 02:21 AM
yg hotbird pun mahal, beratur panjang sampai ke luar sampai tak cukup tempat dudukkk

ni viral haritu sbb nmpk mcm sdp betul ala2 mekdi. chuols dh rasa ke? kalau mcm mekdi, teringin gak. lama sgguh ngidam mekdi tp kenangkan palestin, x sggup nak beli

Samerosie Publish time 7-5-2024 10:31 AM



Hahaha. Anyways, kalau iols teringin fried chicken better lah iols gi cari kat original KFC, or Mekdi or BK ke etc, selalu yg copy paste ni buat dosa je iols makan lepas tu tak kena tekak kecam hari2.

dewi_rina Publish time 7-5-2024 10:33 AM

BoongaKertas replied at 7-5-2024 02:30 AM
ni viral haritu sbb nmpk mcm sdp betul ala2 mekdi. chuols dh rasa ke? kalau mcm mekdi, teringin ga ...

hotbird ye? i rasa dah, ambik yg level 3, pedassss ye.. sedap juga lah sbb panas2 kan, tapi masa tu mkn ayam dia biasa je.. yg sedap tender tu, tp kebas lah mulut :lol: rasa yg tak pedas biasa je, ambik yg pedas better


BoongaKertas Publish time 7-5-2024 10:37 AM

dewi_rina replied at 7-5-2024 02:33 AM
hotbird ye? i rasa dah, ambik yg level 3, pedassss ye.. sedap juga lah sbb panas2 kan, tapi masa t ...

sbb mahal nau. iols jd cuaks nak spend duit sbb takut x sesedap yg dihype kan tu. tp chuols ckp cenggitu, nanti iols cari semangat nak beratur. hahaha!

B40tastePosh Publish time 7-5-2024 10:38 AM

kucingitam replied at 7-5-2024 10:12 AM
kau nak bisnes..dua benda kau kena elakkan... hal perkauman dan hal politik..

Kalau meols nak buat Pottery ada tulisan Jawi rasa okey tak? Ada Bahasa Melayu, okey tak?

Rasanya Cina nak beli tak?

Radzor Publish time 7-5-2024 10:42 AM

Go for it darsa. May darsa prosper. Nak letak harga mahal ke apa dia punya pasal .

kucingitam Publish time 7-5-2024 10:42 AM

B40tastePosh replied at 7-5-2024 10:38 AM
Kalau meols nak buat Pottery ada tulisan Jawi rasa okey tak? Ada Bahasa Melayu, okey tak?

Rasanya ...

apa kena ngena bahasa melayu pulak ni..kang cina tak guna bahasa melayu merempan plak...kau beli ke pottery ada tulisan cina?

blue_blur Publish time 7-5-2024 10:43 AM

Abahmung replied at 7-5-2024 09:33 AM


eh ada lagi set ni kat FC tu? lama tak jengah...

apa2pun, kita jenis tak berapa suka yang menunggang BMF/bumi etc tu.... fokuskan cop halal aja sudah, neutral..

B40tastePosh Publish time 7-5-2024 10:43 AM

Samerosie replied at 7-5-2024 10:31 AM
Hahaha. Anyways, kalau iols teringin fried chicken better lah iols gi cari kat original KFC, or Me ...

Bukan Type C tapi Thigh C

Radzor Publish time 7-5-2024 10:44 AM

kucingitam replied at 7-5-2024 10:12 AM
kau nak bisnes..dua benda kau kena elakkan... hal perkauman dan hal politik..

Bukan kena elak. Tapi kena diam diam . Mcm type C buat.

B40tastePosh Publish time 7-5-2024 10:44 AM

kucingitam replied at 7-5-2024 10:42 AM
apa kena ngena bahasa melayu pulak ni..kang cina tak guna bahasa melayu merempan plak...kau beli k ...

Beli.... pasu Bonsai.

dewi_rina Publish time 7-5-2024 10:45 AM

BoongaKertas replied at 7-5-2024 02:37 AM
sbb mahal nau. iols jd cuaks nak spend duit sbb takut x sesedap yg dihype kan tu. tp chuols ckp ce ...

aah mmg mahal, pastu beratur panjang then nak tunggu mknn tu mmg lama.. tapi best lah sbb dpt panas2 kan
then i try burger dia jugak, yg ni pun sedap tapi mahal lah.. yg buffalo wings ni bagi i kurang sikit
dalam banyak2 fries dgn tenders yg paling sedap..

Thunderclouds Publish time 7-5-2024 10:47 AM

Kt umah aku ni hah.
Xteringin pon nk pegi.
Seketoi rega sama mcm sekilo ayam.
Aku bila bisnes kempen bmf mmg x p ler.
Sah rega yahudi & agreed ngn post #4.
Bakalan melingkup cm malakat mol tu.

Samerosie Publish time 7-5-2024 10:56 AM

kucingitam replied at 7-5-2024 10:12 AM
kau nak bisnes..dua benda kau kena elakkan... hal perkauman dan hal politik..

Ala2 nak racist kan kenapa guna Fried Chicken, gunalah bahasa melayu ayam goreng darsa.Nak racist tapi riding pula bahasa bukan melayu untuk biznes.Tak malu.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'


ADVERTISEMENT