mattzzx Publish time 8-5-2024 01:59 PM

Suami isteri tak mengaku miliki 10,000 ubat batuk jenama tiruan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/court2hiasan_1715145365.jpg
GAMBAR hiasan

Seremban: Suami isteri masing-masing didakwa atas enam dan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana memiliki 10,000 unit ubat batuk dengan menyalahgunakan cap dagang jenama Dynapharm, tahun lalu.

Tertuduh, James Ooi Joe Behn, 41, dan Cheong Yin Ying, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan bagi kapasiti individu, pengarah dan wakil syarikat di hadapan Hakim, Mazni Nawi.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, bagi mencapai niat bersama tertuduh didapati mempunyai dalam kawalan mereka bagi maksud perdagangan sebanyak 8,000 unit ubat batuk jenama Dynadryl Syrup yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah bagi imej dan perkataan Dynapharm di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagangan 2019 yang dijumpai di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Pertuduhan seterusnya, James yang mewakili syarikat Fedes Sdn Bhd manakala Yin Ying mewakili Rasa Ria (M) Sdn Bhd didapati mempunyai dalam kawalan mereka bagi maksud perdagangan sebanyak 2,000 unit ubat batuk jenama Dynadryl Syrup yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah bagi imej dan perkataan Dynapharm.


James turut berdepan pertuduhan selaku pengarah syarikat Fedes Sdn Bhd mempunyai dalam kawalan mereka bagi maksud perdagangan sebanyak 2,000 unit ubat batuk jenama Dynadryl Syrup yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah bagi imej dan perkataan Dynapharm.

Kesalahan dilakukan kira-kira jam 12.50 tengah hari 15 Disember 2023 di Jalan Perindustrian Mantin 2, Kawasan Perindustrian Ringan Batu 8, Mantin, dekat Nilai.

Hukuman bagi suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih RM15,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda maksimum RM30,000 bagi setiap barang yang dipakai dengan salah cap dagangan berdaftar.

Jika bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak lebih RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salap cap dagangan berdaftar atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak lebih RM20,000 bagi setiap barang yang dipakaikan

dengan salah cap dagangan berdaftar, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Syazwani Zawawi manakala kedua-dua tertuduh diwakili Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi semua pertuduhan terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan sebutan semula 19 Jun.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1088060/suami-isteri-tak-mengaku-miliki-10000-ubat-batuk-jenama-tiruan
Pages: [1]
View full version: Suami isteri tak mengaku miliki 10,000 ubat batuk jenama tiruan


ADVERTISEMENT