mattzzx Publish time 8-5-2024 05:18 PM

IG Muhammad Imran Suresh disahkan palsu, sengaja cetus spekulasi

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/PLASUAMAN1_1715159265.jpg
MOHD Shuhaily pada sidang media berkaitan isu serangan terhadap pemain bola sepak negara di Bukit Aman. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Hasil semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas Instagram (IG) Muhammad Imran Suresh mendapati akaun itu adalah palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, individu berkenaan dilihat cuba mengganggu dan mencetuskan persepsi negatif berhubung kejadian simbah asid terhadap pemain bola sepak negara, Faisal Halim.

Shuhaily berkata, PDRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengendali atau pemilik pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.

"Kita akan memantau semua akaun-akaun ini dengan meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


"Kita tidak boleh memberi ruang kecil untuk mereka ini ambil kesempatan untuk merosakkan keadaan," katanya pada media di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya terhadap mana-mana akaun media sosial yang membuat spekulasi.

"Jika ada laporan, kita akan siasat," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara mengesahkan pemilik media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti PDRM berhubung kenyataan dikeluarkannya mengenai kejadian simbah asid itu.

Beliau berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Dia mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1088218/ig-muhammad-imran-suresh-disahkan-palsu-sengaja-cetus-spekulasi
Pages: [1]
View full version: IG Muhammad Imran Suresh disahkan palsu, sengaja cetus spekulasi


ADVERTISEMENT