CARI-MAL Publish time 8-5-2024 11:57 PM

Tingkat kawalan, elak keganasan terhadap pemain melarat - Saifuddin Nasution

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/08/235632n3vsl9dx54x5xu0s.png



SHAH ALAM – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sudah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mempertingkatkan kawalan bagi mengelak isu keganasan terhadap pemain semakin melarat.


Bagaimanapun Saifuddin menjelaskan, kementeriannya tetap yakin yang pihak berkuasa mampu melakukan tugas dengan baik.


“Permintaan saya kepada Ketua Polis Negara petang tadi adalah untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan, bukan saja kepada tiga insiden yang telah berlaku tetapi juga kepada semua yang terlibat.. Itu jaminan keselamatan yang saya bagikan tadi.


“Saya meletakkan keyakinan tinggi atas permintaan yang saya anggap munasabah, kena pada masanya. Pihak polis disebalik tugas hakiki yang lain akan melibatkan tugasan untuk berikan jaminan kepada keselamatan,” katanya


“Jadi kita sebut jaminan pasukan polis adalah jaminan kepada ketenteraman semua pihak termasuk pasukan bola sepak. Pemantauan pasukan polis akan ditingkatkan,” ujarnya ketika hadir melawat pemain kebangsaan, Faisal Halim, hari ini.


Terdahulu, tiga pemain tempatan diserang, bermula dengan insiden babikan Akhyar Rashid di Terengganu, Faisal Halim dan terbaharu, bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul dalam kejadian di Jalan Seri Gelam menghala Pantai Lido, Johor Bahru, malam tadi.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Perwira2022 Publish time 9-5-2024 12:17 AM

Menteri sukan yg gagal. Huru hara hidup atlet

B40tastePosh Publish time 9-5-2024 12:23 AM

Berapa ramai pemain yang kau nak sediakan bodyguard?

Tingkat kawalan pakai air liur ke caner?{:noseo

lostnfaun Publish time 9-5-2024 07:52 AM

Rasanya zaman dulu tengok bola lebih enjoy & terasa feel. Semua team lebih kurang sama kuat jd ada game yg syok nak tgk sbb susah nak ramal.

Lepas tue kita nampak progress karier pemain dr mula jadi star smp dia pencen.

Zaman skrg tgk bola dah tak best, dah bola agak sapa menang & antara team jauh sgt level. Mana player yg tgh perform & jd star dibeli & kemudian duduk dekat reserve team.

supernaturalee Publish time 9-5-2024 12:10 PM

ape dress die pakai tu
dgn heel x bertutup nye
asal boleh ke


done kecam baju menteri;P
Pages: [1]
View full version: Tingkat kawalan, elak keganasan terhadap pemain melarat - Saifuddin Nasution


ADVERTISEMENT