CARI-MAL Publish time 8-5-2024 11:58 PM

Pendaki ‘tergantung’ tepi tebing gunung kerana laluan sesak

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/08/235838wqp8plz1uq8iq74u.png





BEIJING– Sekumpulan pengembara yang mendaki Gunung Yandang di timur China terkandas di laluan tebing gunung berkenaan ketika menuju ke puncak gara-gara terlalu ramai pendaki, lapor saluran berita CNN semalam.


Imej pendaki dalam keadaan ‘tergantung’ di tebing gunung menjadi tular di media sosial negara tersebut, baru-baru ini.


Ia memaparkan mereka mereka menunggu pendaki lain berjalan di sepanjang anak tangga logam yang dipasang di tebing Gunung Yandang selama lebih sejam.


“Ini amat menakutkan! Seseorang seperti saya yang takut ketinggian mungkin hanya berpeluh di sana!” tulis seorang netizen.


“Saya tidak akan pergi walaupun saya ditawarkan wang tunai untuk melakukannya,” tulis seorang pengguna lain.


Pihak yang mengendalikan laluan gunung itu, Wenzhou Dingcheng Sports Development Co., Ltd., berkata, ia telah tersilap membuat anggaran pengunjung yang berminat untuk mendakinya.


Menurut syarikat itu, disebabkan kesilapan tersebut, kekurangan kawalan trafik seperti sistem tempahan tiket dan pengurusan menyebabkan pendaki terkandas di laluan pendakian. – AGENSI

BoongaKertas Publish time 9-5-2024 07:30 AM

xtau nak kata ni berani x bertempat or plain stupid. takde had ke before continue hiking tu?

Samerosie Publish time 9-5-2024 07:33 AM

Korang ni pi mana2 dlm dunia pun buat sesak. Pastu bila berborak tak reti nak control volume padahal sebelah menyebelah je.

ultra78 Publish time 9-5-2024 08:20 AM

Akibat tamak la kan. Kalau dah terlebih jual tiket,boleh aje refund kan.

s@s@ Publish time 9-5-2024 08:50 AM

kat everest kalau ada yg mati ramai2 tu selalunya sbb jem kena q macam ni la

SalenaGomez Publish time 9-5-2024 08:52 AM

ultra78: Akibat tamak la kan. Kalau dah ...

Entah2 no refund policy

Tinot7 Publish time 9-5-2024 09:32 AM

Kalau teejatuh, mati katak jahh

matamata Publish time 9-5-2024 09:38 AM

Gambar pun tipu
Ni mana portal berita YG buat cerita murahan ni?

zorrro_03 Publish time 9-5-2024 09:38 AM

Samerosie replied at 9-5-2024 07:33 AM
Korang ni pi mana2 dlm dunia pun buat sesak. Pastu bila berborak tak reti nak control volume padahal ...

kalau puak2 ni masuk lif sembang kuat2 aku sound je.wei kau tak reti nak slow sikit ke?kau saja nak buat bising eh?terus diam puak2 c

syamzana Publish time 9-5-2024 09:41 AM

tiba2 mai ribut kuat mendapat larr kat situ.

supernaturalee Publish time 9-5-2024 10:10 AM

ni suicide mission namanya

I.K.A888990 Publish time 9-5-2024 10:57 AM

punya byk lagi tempat2 yg boleh pergi mengembara kan
yg ni jugak dipilihnya
tapi ye lah dah depa pun mmg berani mati risiko tinggi kalau mati lantak mu lah gitu

hokeypokey Publish time 9-5-2024 01:56 PM

dh kenapa nk bersesak kt tempat camni???

kepompong Publish time 9-5-2024 02:17 PM

matamata replied at 9-5-2024 09:38 AM
Gambar pun tipu
Ni mana portal berita YG buat cerita murahan ni?

https://www.cnn.com/travel/yandang-mountain-china-via-ferrata-intl-hnk/index.html

kepompong Publish time 9-5-2024 02:17 PM

sebijik2 berita dari situ

Dwdrum Publish time 9-5-2024 02:30 PM

Berapa weight cable and piton boleh support?.... Safety problem depa ini... Geez

nisako Publish time 9-5-2024 03:44 PM

eiiii    gila la....
Pages: [1]
View full version: Pendaki ‘tergantung’ tepi tebing gunung kerana laluan sesak


ADVERTISEMENT