CARI-MAL Publish time 9-5-2024 12:12 AM

Kes bunuh Zayn Rayyan tidak pernah dilupakan – Shuhaily

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202405/09/001153j6b186tz6q43t6mn.png





KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain menegaskan pihaknya masih mengharapkan petunjuk baharu berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang berlaku Disember tahun lalu.


Jelas beliau, kes tersebut masih aktif dan terdapat anggota polis berada di lapangan berusaha menyelesaikan kes tersebut.


“Seperti yang selalu saya katakan, kita tak pernah tutup mana-mana kes, namun malang sekali, selepas ganjaran ditawarkan pun kami masih tidak menerima petunjuk baru.


“Saya faham masyarakat tak puas hati dengan perkembangan kes ini, tetapi macam saya sebut kita tak pernah lupa kes itu dan ia adalah hutang saya kepada masyarakat,” katanya mengulas perkembangan terkini Zayn Rayyan pada sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.


Tambah beliau, menjadi harapannya untuk menyelesaikan kes pembunuhan itu sebelum tamat perkhidmatan dalam pasukan.


“Sekiranya saya pencen tanpa selesaikan kes, itu akan jadi kegagalan saya. Kita (polis) sudah cuba yang terbaik dari pelbagai sudut tetapi tiada petunjuk yang jelas.


“Kita harap kes ini masih ada sinar dan kehadiran orang ramai ketika kejadian berkemungkinan memusnahkan bukti-bukti yang ada. Berkemungkinan,” katanya.


Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Petaling Jaya sebelum ditemui meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya.


Kanak-kanak autistik itu disahkan dibunuh selepas terdapat kesan kecederaan pada lehernya.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

B40tastePosh Publish time 9-5-2024 12:25 AM

Shuhaily ni kalau group telegram Edisi Siasat dipanggil Sohai{:smileo

dua_chzy Publish time 9-5-2024 01:28 AM

Kesimpulannya,

elakkan cuai bila bersama kanak2.

Rogue98 Publish time 9-5-2024 01:36 AM

Dia ni ada apa2 achievement ke sejak jadi pengarah jsj?

epullipan Publish time 9-5-2024 08:49 AM

kalau dalam edisi siasat katanya bakal cold case bab bukti dna bagai da bercampur aduk.. polis tak jumpa bukti kukuh nak sabit kesalahan pada pelaku..area situ masih lagi bersepah SB..moga moga dipermudahkan agar pelaku terkantoi

SalenaGomez Publish time 9-5-2024 08:54 AM

Rogue98 replied at 9-5-2024 01:36 AM
Dia ni ada apa2 achievement ke sejak jadi pengarah jsj?

Ensem ???? Maybe ;P

vanillaninja Publish time 9-5-2024 09:04 AM

I pun dah terlupa pasal kes ni. Yang budak sekolah meninggal kena langgar polis Ipoh tu pun apa update ye.

bulalof Publish time 9-5-2024 09:19 AM

camana la dgn case FH7 pula ya?

I hope there is no one above the law,in Malaysia. Pffttt....

supernaturalee Publish time 9-5-2024 11:00 AM

why suddenly he mention ni


tp bagus la klu masih siasat tak biar gitu je
cuma tu lah
bila jd mcm ni (but hopefully takde dah lah)
1st thing is secure the perimeter
utk pastikan bukti2 yg ada intact

supernaturalee Publish time 9-5-2024 11:00 AM

SalenaGomez replied at 9-5-2024 08:54 AM
Ensem ???? Maybe

so hensem
slim fit lagi


{:shyo

Kurex Publish time 9-5-2024 02:02 PM

kawan iols yg sombong bodoh cakap hari tu " akhirnya tertangkap jugak pembunuh budak oku tu" iols soal balik mcm mana tertangkap sebab takde berita. kawan iols kata la saje polis taknak bagitau orang pembunuh dah kena tangkap. iols malas nak layan sebab member2 sendiri tau perangai sheols yg konon tau semua perkara

slavehunter Publish time 9-5-2024 02:07 PM

10 ribu tak cukup untuk lure information. Paling2 letak la 50k.

SalenaGomez Publish time 9-5-2024 04:39 PM

supernaturalee replied at 9-5-2024 11:00 AM
so hensem
slim fit lagi

Version bad boy gitthewww

supernaturalee Publish time 9-5-2024 04:47 PM

SalenaGomez replied at 9-5-2024 04:39 PM
Version bad boy gitthewww

behave SG behave


supernaturalee Publish time 9-5-2024 04:48 PM

SalenaGomez replied at 9-5-2024 04:39 PM
Version bad boy gitthewww

behave SG behave


SalenaGomez Publish time 9-5-2024 05:19 PM

supernaturalee replied at 9-5-2024 04:47 PM
behave SG behave

SG behave je ;P mulut pokcik ni boleh tahan oo ganas

SpanishOlives Publish time 9-5-2024 05:28 PM

memang kegagalan ko... dah hampir 6 bulan da...
byk kes yang tergantung

supernaturalee Publish time 10-5-2024 09:17 AM

SalenaGomez replied at 9-5-2024 05:19 PM
SG behave jemulut pokcik ni boleh tahan oo ganas

ye
garang
choice of word pun tak mcm tipikal officer
;P


bakingsoda Publish time 10-5-2024 09:20 AM

acik porem mmg takde kabel eh mintak siasat pacik ben. tapi tu la dah berbulan, mana nak cari bukti kalau awal2 pon tak jumpa
{:8_647:}
Pages: [1]
View full version: Kes bunuh Zayn Rayyan tidak pernah dilupakan – Shuhaily


ADVERTISEMENT