capiloton Publish time 16-9-2024 05:23 PM

Aku hampir mati 3 kali

Edited by capiloton at 16-9-2024 09:37 PM

Bismillahir Rahmanir Raheem.
“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.”

Salam to all.
Buat forumer cari yang kenal aku di forum ni.
nickname - @capiloton OR @brego

Aku nak share pengalaman aku dalam tempoh 2 tahun ni.

Juga untuk proses memulihkan memori & hilang ingatan

So aku boleh aku baca balik, lepas aku terbangun dari tidur. sebab bila aku tidur, esok nya aku tak ingat apa2. kecuali kalau aku dah tulis. guna notepad. dan type kat whatsapp, save notes, send kat diri sendiri ;P

Apa yang jadi pada aku dalam tempoh 2 tahun ni. bila keluar masuk hospital.

Aku kata pada mak aku, patut nya aku dah mati. Aku hampir mati 3 kali. so aku kena banyak bersyukur banyak2. Allah dah bagi peluang kedua.

Januari 2023
Hospital Kajang
Paru2 berair & lemah jantung
- jantung aku dah tinggal 20%
- batuk tak berhenti 2 bulan. tak boleh tidur.
- tak boleh tidur macam biasa, kena tidur guna bantal tinggi/banyak
- duduk wad emergency (tak ingat berapa hari)
- duduk dengan wad pesakit2 yang di tidurkan, nasib aku tak kena tidur
- tak boleh minum lebih 500ml sehari

Disember 2023
Hospital Melaka
Stroke
- hilang ingatan & memori, nama sendiri pun tak ingat
- hanya ingat nama aku lepas beberapa hari
- masalah bercakap & pertuturan
- aku tak kenal nama2 kawan aku yg datang melawat
- muka kenal, tapi tak tahu nama

Januari 2024
Hospital Kajang
Stroke
- hilang ingatan & memori, nama sendiri pun tak ingat
- masalah bercakap & pertuturan
- bab fizikal, tangan ada masalah saraf, tangan x boleh genggam
- masih buat rehab & physio, untuk pulih memori
- aku cuma ingat 2 patah perkataan pertama, itu pun selalu terbalik
- sampai sekarang, 16 september 2024, aku masih tak boleh drive kereta

LEPAS STROKE
- jalan2 yg biasa drive, sampai sekarang tak ingat jalan
- awal2 masa kena, tak reti: guna phone, remote tv, GPS, water filter, etc
- tak ingat: nama2 macam kunci kereta, pinggan, etc
- tak ingat: nama kawan2, dan org yg aku kenal
- tak ingat: cara solat, bacaan solat dalam solat
- tak ingat: surah2 yg biasa di baca, tajuk surah pun tak ingat
- tak ingat: selawat dan zikir (yg teringat, 1st sekali adalah selawat jibril)
- yang mula2 first sekali yang aku ingat, bila aku cuba ingat2 balik, akhir dapat, ialah; lafaz kalimah : LAA ILAAHA ILLALLAH

(kalau korang jumpa orang sakit, ajar kalimah ini pada orang sakit, biar dia rasa tenang. yang ramai awam tak reti, bila melawat org sakit, pegi suruh solat pada org sedang sakit dan yg hilang ingatan. siap pegi seret orang sakit tu sampai suruh org tu amik wudhu dan betulkan kiblat dia. ya salam ;P orang2 macam ni, dia tak ingat pun apa yg dia buat, otak dia tak boleh proses apa yg dia sedang buat. senang citer - GILA. kena zikir/wirid banyak2. bantu pesakit untuk ingat Allah)

masa lepas kena stroke, sampai sekarang, kena pulak GOUT. aku kena blackout kat rumah, tak sedar. bila kena gout, aku jadi hilang ingatan, sebab terlalu sakit. jadi mabuk tahan sakit. darah rendah, hampir masuk hospital lagi. bila kena gout, sampai 2,3 hari tidur tak bangun2, takde selera makan. sebab tak boleh bangun dari katil. nak pegi toilet pun azab/siksa. kena gout sampai tempat 4 serentak - 2 lutut dan 2 bahu.

di sebabkan dulu2 aku ni mmg suka layan movie, banyak masa terluang, bila aku teringat balik movie 50 FIRST DATES. asalnya nama movie ni pun dah tak ingat, nama Adam Sandler ni pun aku lupa. aku google balik nama2 ni semua, baru ingat nama. dalam movie ni, adam sandler yang gigih buat video utk gelfren. yang aku pulak tulis sendiri untuk aku baca balik lepas bangun. memori aku cuma boleh bertahan satu hari. reset bila bangun tidur.

Sekarang aku kat rumah, training untuk pulih memori dan ingatan. masih pegi physio/rehab kat hospital kajang. dah sikit2 boleh ingat. tapi banyak lagi lupa. masih tak ingat esok tarikh nya apa. kalau sebelum tidur, aku try nak hafal tarikh, esok nya memory reset, aku terus lupa tarikh yg aku hafal pada hari sebelum.

Nanti aku sambung lagi, kalau ada soalan.

Sekian. salam.






capiloton Publish time 16-9-2024 05:24 PM

Q_2AbjYeSMI

29dhfs8sz7s

LolaMokkk Publish time 16-9-2024 06:05 PM

jadinya setiap mlm kena buat notes utk igt next day? kesiannya awk.. apa planning doctor bila awk mcmtu ya? sorry bnyak tnya

pinkerx Publish time 16-9-2024 06:36 PM

Welcome back to forum and speedy recovery aminnn

slavehunter Publish time 16-9-2024 06:55 PM

Aku tersilap lyric. Rupanye " Dont carry the world upon your shoulder".

Semoga Capiloton dikurniakan kesihatan wal afiat panjang umur murah rezeki aminnn.

_kelly Publish time 16-9-2024 07:13 PM

hello, capi..semoga kesihatan uols makin baik .kalau ikutkan komen2 uols kat porum ni uols jenis jaga makan, bersenam semua..apa punca ya jadi macam ni

prettyuglybabe Publish time 16-9-2024 08:59 PM

takziah tt.. semoga cepat sembuh seperti sedia kala..
kena stroke punca macam mana ye?
i selalu kena jantung tetiba macam laju..
rasa panic and weak..

Jitu Publish time 16-9-2024 09:42 PM

oh patut la lama tak nampak
semoga cepat sembuh

Mary_jane Publish time 16-9-2024 10:27 PM

Takziah. Kesian kat awak. Semoga cepat sembuh.

Bila memory reset tiap pagi jadi siapa yang ingatkan untuk tengok notes?

AbukRokok Publish time 16-9-2024 10:48 PM

you got aladeenews or aladeenews?

slavehunter Publish time 17-9-2024 01:03 PM

Hi Capi/Brego how are you today?

noor2 Publish time 19-9-2024 11:19 AM

Capi...knp u kena stroke?Badan u naik ke cane..dulu I jumpa u kurus je...

capiloton Publish time 19-9-2024 11:34 AM

slavehunter replied at 17-9-2024 01:03 PM
Hi Capi/Brego how are you today?

hari ni ok, alhamdulillah

masih lagi lupa aktiviti semalam.
memori dah ok sikit,
boleh ingat hari apa semalam, tarikh masih lupa.
kena tgk phone tarikh semalam.

capiloton Publish time 19-9-2024 12:06 PM

Edited by capiloton at 19-9-2024 12:10 PM

Mary_jane replied at 16-9-2024 10:27 PM
Takziah. Kesian kat awak. Semoga cepat sembuh.

Bila memory reset tiap pagi jadi siapa yang ingatka ...
tulis siap2 sebelum tidur pada diri sendiri.
kat physio, ada staf citer.
ada kes lagi teruk pasal memori.
badan jer kat situ. kepala nya kosong.
tak boleh proses apa yg dia tengok.
bila dia tengok tv, dia pun tak paham apa yg dia tgk.

macam aku mula2 kena stroke, yg pertama kt melaka.
time masih sedar lagi, sebelum masuk hospital.
lepas driving pagi tu, tengah hari nak tido kejap.

otak dah start nak start shutdown, cell mula nak korup
aku bila bukak youtube,
aku tak faham bahasa apa dia yg cakap (english).
aku dengar macam bahasa alien ;P
time tu aku bukak tv clip, the big bang theory.
lepas tu aku tido tengah hari.

start petang tu aku hilang ingatan, nama sendiri pun tak ingat.
aku try nak wasap kat kawan, tapi dah tak tahu tulis.
nasib baik housemate ada kat rumah.
dia yg call ambulan pi hospital melaka.


capiloton Publish time 19-9-2024 12:13 PM

noor2 replied at 19-9-2024 11:19 AM
Capi...knp u kena stroke?Badan u naik ke cane..dulu I jumpa u kurus je...

sekarang lagi kurus.
lepas stroke, hilang lebih 20kg.

capiloton Publish time 19-9-2024 12:14 PM

Jitu replied at 16-9-2024 09:42 PM
oh patut la lama tak nampak
semoga cepat sembuh

terima kasih :)

noor2 Publish time 19-9-2024 12:16 PM

capiloton replied at 19-9-2024 12:13 PM
sekarang lagi kurus.
lepas stroke, hilang lebih 20kg.

Moga cepat sembuh seperti sediakala...amin

capiloton Publish time 19-9-2024 12:25 PM

Edited by capiloton at 19-9-2024 12:28 PM

prettyuglybabe replied at 16-9-2024 08:59 PM
takziah tt.. semoga cepat sembuh seperti sedia kala..
kena stroke punca macam mana ye?
i selalu kena ...
stroke punca darah tinggi.
dulu2 aku selalu skip makan ubat.
stress keje pun jadi punca jugak.

cara makan tak betul pun jadi punca darah tinggi.
konon nak diet, taknak makan nasi.
dulu2 aku suka makan nugget & fries, suka makan makanan proses.
selalu makan jajan. selalu goreng keropok ikan, sayur, udang.
siap peluk balang, sambil mengadap PC sambil mengunyah :laugh3:

capiloton Publish time 19-9-2024 01:01 PM

Edited by capiloton at 19-9-2024 01:08 PM

_kelly replied at 16-9-2024 07:13 PM
hello, capi..semoga kesihatan uols makin baik .kalau ikutkan komen2 uols kat porum ni uols jenis jag ...
punca darah tinggi..

dan vaksin kobid WHO..;P
yg shutdown otak dan jantung..

masa kat hospital kajang, ramai giler kena stroke
especially pekerja asing
mula2 kat hospital aku baring kat canvas, katil penuh

kesian aku tgk pekerja asing,
kita tak faham bahasa asal dia.
nurse kita pun tak faham apa yg dia cakap.
azab aku tengok nurse ramai2 kerumun.
kena pakai kan pampers, buang air.
tapi tutup tirai.

capiloton Publish time 19-9-2024 01:09 PM

noor2 replied at 19-9-2024 12:16 PM
Moga cepat sembuh seperti sediakala...amin

terima kasih, noor.
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Aku hampir mati 3 kali


ADVERTISEMENT