tatod Publish time 15-3-2025 04:44 PM

Harga emas pecah rekod tertinggi baharu, lebih RM427 segram

https://cdn.rri.co.id/berita/Banda_Aceh/o/1735622199567-0gdfiq65gc6f35l/l9gz3964lywi0nk.jpeg
NEW YORK: Harga emas naik melebihi AS$3,000 seauns (RM427 segram) buat pertama kali berikutan perang perdagangan Presiden Donald Trump meningkatkan permintaan untuk aset selamat, manakala pasaran saham melantun dengan tanda-tanda penggubal undang-undang AS akan mengelak penutupan kerajaan.

Indeks utama AS dibuka lebih tinggi dan kekal dalam wilayah positif sepanjang hari, mengenepikan bacaan rendah terhadap sentimen pengguna AS.

Pasaran saham Eropah juga meningkat selepas Jerman semakin hampir untuk meluluskan infrastruktur besar-besaran dan program perbelanjaan pertahanan.

Di Washington, beberapa jam sebelum tarikh akhir untuk menolak rang undang-undang perbelanjaan Republik, pemimpin Demokrat Senat, Chuck Schumer menggugurkan ancaman untuk menyekatnya.

Pakej itu akan memastikan kerajaan beroperasi sehingga September, tetapi Demokrat mendapat tekanan daripada penyokong untuk menentang rancangan itu, yang dikatakan penuh dengan pemotongan perbelanjaan.

Pasaran saham mendapat sokongan daripada kemungkinan yang semakin meningkat bahawa penutupan kerajaan akan dielakkan selepas Schumer berkata beliau akan mengundi resolusi berterusan yang diluluskan oleh Dewan, kata penganalisis di Briefing.com, Patrick O'Hare.

Pasaran di Paris dan Frankfurt kedua-duanya pulih selepas kerugian hari sebelumnya akibat ancaman tarif AS.

Calon Canselor Jerman, Friedrich Merz, berkata parti konservatif telah mencapai perjanjian dengan Greens untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan infrastruktur, membuka jalan untuk kelulusan cadangan itu di Parlimen.

"Jerman bersedia untuk meneruskan pembaharuan struktur penting sambil mengharapkan kemelesetan ekonomi ditamatkan," kata penganalisis CMC Markets, Jochen Stanzl.

"Sentimen pelabur berubah secara mendadak hari ini."

Emas, pilihan selamat dalam masa ketidaktentuan, meningkat kepada AS$3,004 seauns sebelum jatuh semula sedikit di bawah AS$3,000.

"Logam berharga itu dirangsang oleh peningkatan permintaan selamat di tengah-tengah risiko perang perdagangan dan turun naik pasaran saham baru-baru ini," kata penganalisis di City Index dan Forex.com, Fawad Razaqzada.-AFP


Sumber: BH Online

orkid_amani Publish time 17-3-2025 05:36 AM

Harga beli ja mahai..harga juai murah jugak.xfaham..padahal emas juga..knp jaaaaaauuuuuuuuh sgt beza harga new & used tu?

Kitty_catz Publish time 17-3-2025 10:40 AM

habib hari sabturm490/gm

haku masuk saje nak tengok rega.. bukan nak beli.. budak tu tanya nak apa.. aku ckp nak tengok rega emaihjah... terus dia tergelak

Buritan Publish time 17-3-2025 12:34 PM

Kitty_catz: habib hari sabtu  rm ...

Aku lg best.. siap ckp.. nak tgk design jahh.. tak pyh laa hulur hulur tunjuk pd haku..

AbukRokok Publish time 17-3-2025 02:41 PM

terkedu yg main crypto :lol:

downiey Publish time 22-3-2025 10:03 PM

uisshhhhhhh

downiey Publish time 4-4-2025 01:18 PM

mahal nye
Pages: [1]
View full version: Harga emas pecah rekod tertinggi baharu, lebih RM427 segram


ADVERTISEMENT