tatod Publish time 28-3-2025 10:21 PM

Bank Muamalat peruntuk lebih RM500,000 untuk CSR sepanjang Ramadan


Lumpur: Bank Muamalat Malaysia Bhd memperuntukkan lebih RM500,000 di bawah pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) pada sepanjang Ramadan ini.

Secara keseluruhannya, sebanyak lebih 5,000 orang daripada golongan asnaf, anak yatim, fisabilillah, muallaf dan lain-lain telah mendapat manfaat daripada program Ziarah Ramadan, majlis berbuka puasa di empat wilayah serta edaran pek makanan iftar yang telah dianjurkan.

"Selain itu, beberapa cawangan Bank Muamalat di setiap negeri juga menganjurkan program edaran bubur lambuk kepada orang ramai dengan jumlah penerima keseluruhan 7,000 orang," menurut bank itu dalam kenyataan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Khairul Kamarudin berkata pihaknya amat berbesar hati dengan kesungguhan kakitangan Bank Muamalat yang memberikan komitmen sangat tinggi untuk sama-sama menjayakan program CSR yang telah direncanakan.

"Kami di Bank Muamalat amat bersyukur dapat melaksanakan program CSR sepanjang Ramadan yang bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan malah juga mengukuhkan hubungan kami dengan komuniti," katanya. - Harian Metro


Pages: [1]
View full version: Bank Muamalat peruntuk lebih RM500,000 untuk CSR sepanjang Ramadan


ADVERTISEMENT